Thursday, March 9, 2017

Pregnancy Journey | 2 Kali Drip!

Masa peknen Dania & Hariz, wat lek wat pisss yooo jer
Saya tak mabuk, sihat ajer, berselera makan dan cergas ajer
Masa peknen Dania saya masih kerja, dapat pulak geng kuat makan hehe
Pastu, kerja pun happy jer, memang heaven gila

Peknen Hariz pulak, saya dah tak kerja
Dania dah umur 4 tahun lebih masa tu
Memang berganda heaven sebab saya tak kerja
Seronok dan enjoi jer dok rumah dan kerap balik kampung
Cuma... masa peknen 4 bulan saya kena appendiks
Merasa la masuk OT 4 hari sebelum raya puasa 2010 tu
Syukur dapat balik Besut beraya.

But as overall, kedua-duanya saya sihat dan tak mabuk
Oh, cuma ada problem tekanan darah rendah jer la
Itu pun takder la teruk, cuma kekadang rasa nak pitam jer.

TAPI...
Peknen kali ke-3 lepas, memang horror sangat
Saya tak perasan pun saya peknen masa bulan puasa tu
Cuma rasa lain macam jer, cepat letih, rasa nak pitam
Makan selera ajer hahahha.
Lagi pun, masa tu saya period macam biasa
Cuma pelik, naper sikittt-sikitt dan lama
Bayangkan, 12 hari saya nak mengganti puasa
Wawawaaa... bila nak ganti ni, sempat ke tidak huhuu

So, dah balik keratong untuk raya tu baru beli pregnant test
Positif rupenya.
Esoknya kami ke klinik di Muadzam nak jumpa doktor
Untuk pengesahan sebab risau bleeding sesikit
Yang saya anggap its period.

Then, doktor scan, positif peknen
Cuma doktor cakap tak pasti jadi ke tak
So, tak boleh terlalu berharap, doa banyak-banyak
Huhu... so, masa tu kami dah sedia terima apa jadik pun
Tapi, kali ni memang kami berharap sangat baby dapat survived
Ada rezeki kami nak timang anak sebelum saya umur 40 tahun hahha
Sebab kali ni memang kami plan nak anak dalam tahun 2017

Alhamdulillah.
Kami beraya puasa di Besut, bleeding still ada sikit-sikit
Balik jer Keratong lepas raya tu, masih ok lagi

Lepas jer balik Semenyih, saya dah mula mabuk!
Makan jer muntah. Tak selera makan
Muntah pulak sampai tahap kuar ailio jer
Sebab dah takder isi dalam perut dan saya tak makan
Semua benda saya tak selera nak makan

Pastu, paling tak menahan...
Nak masak pun tak boleh!
Saya memang dah sediada malas masak hahah
Makin menggunung la alasan taknak masak kannnn

Jangankan nak masak, tengok ikan, ayam pun loya
Dengan tak laratnya
Berdiri sekejap pun dah rasa nak pitam
Bayangkan... saya masak dengan duduk atas kerusi
Basuh ayam pun, kat sinki duduk atas kerusi huhuu

Ye la, nizam kan keja outstation
Bila dia takder kat umah, terpaksa la masak
Kalaulah kakak nizam tu kakak i sendiri
Saya beli lauk basah atau bagi dia duit
Mintak dia tolong masak hahaa
Sebab seriusly rasa takleh buat apa pun
Rasa nak baring berkurung dalam bilik yang gelap jer
Tapi apakan daya... kena buat jugak huhuu.

Kemuncak pada mabuk tu
Saya dah takleh makan dah, sampai naik lembik rasa badan
Then, kawan-kawan cakap pegi klinik ambik drip

Sebab dah tak tahan dan risau bahayakan baby
Nizam pun bawak saya pegi drip.

2 kali okey!

26/7/2017
Ni masa 1st drip kat Poliklinik Dinamik Semenyih
Pegi pukul 9.pm, abes sebotol tu dalam pukul 11pm
Dah la masa ni saya ada lagi masalaha ailio asik keluar jer
Jenuh meludah, ada jerrrr.
Sampai tahap saya bawak bekas buat meludah letak tepi katil
Huhuu... ya Allah seksanya bila ingat semula tau.
*Ayra sila baca bila dah besar nanti ye.









3/8/2016
Ini pulak 2nd drip, dalam seminggu - 2 minggu lepas 1st drip
Ni buat kat Poliklinik Az-Zahran, Bangi



Alhamdulillah, lepas kedua-dua drip ni
Saya dah makin sihat dan bertenaga
Cuma masalah seterusnya pun bermula...
Yang mana masalah tu berpanjangan sampailah saya bersalin!

Nanti saya share lagi... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...