Sunday, April 30, 2017

April 30, 2017

Ada yang rindu ke?

Wow statement, muntah membacanya :P
Kasik la chance sekali-sekala nak feeling ramai readers
Hilang 10 hari dah ramai yang rindu nak baca bebelan i kat sini.

Entry last hari tu, pasal daftar sekolah hariz
Hahhaa, malam tadi baru siap daftar dan submit
Itu belum lagi print out dan hantar ke sekolah
Together with all supporting documents yang kpm nak
Dalam minggu ni anta le tu kat skolah

Last week, hari Sabtu kitorang balik keratong
Anta dulu Nek Jah dan adik saya kat Petronas Chini
Abang ambik kat situ, dan mereka ke kemaman
Kitorang balik keratong, ahadnya tu nak buat kenduri
Kenduri cukur jambul Ayra dan doa selamat
Nek Jah taknak pegi ke keratong, tu terus anta dorang

Nanti ada masa saya share gambar masa majlis tu
Majlis kecik-kecik jer,lepaskan hajat mama dia ni haaa
Dania Hariz dulu tak buat, sebab tak rasa nak buat
Ni, dah anak bongsu, teringin la nak merasa
Nak ada kenangan mengusik kalbu gitu bila tua nanti
Itu pun kalau sempat tua la kan, manalah tau pasal ajal maut ni
Mintak-mintak umur panjang dan usia berkat, juga sihat
Gituuuu

Dalam minggu ni hectic
Balik jer dari keratong Isnin petang lepas
Bermulalah perjuangan sebagai mama anak-3!
Alhamdulillah senang nak uruskan Ayra
Tidur dia terus elok lepas majlis tu
In fact, macam dia balas dendam tidur
Sebab dari dalam pantang dia jenis tidur tak lena
Mama papa dia pun apa lagi, tumpang balas dendam tidur sama la
Malah, lebih sudu dari kuah hahaha
Dasar laki bini kaki membuta ahaks!

Dari hari selasa - khamis
Macam nak pengsan mengemas rumah
Memang tongkang pecah sangat rumah ni
Yelah dari mengandung selalu tak sihat
Pastu bersalin pulak
Mak ayu ada pun, apa dia dapat buat bab mengemas
Kederat orang tua kan.
Dia tolong uruskan baby dan masak skit-skit boleh la
Takkan nak suh dia deko rumah pulak hahaha

Pastu, saya ada beli sikit barang dan deko items
Tu semangat mengemas tu hehehe
Kira deko raya terus.
Langsir jer tak tempah lagi, cuti skolah ni tempah

And guess what?

Nek Jah & adik saya datang semula sini!
Hari Jumaat kelmarin datang
Kebetulan abang nak datang sini konvo anak dia
So, depa 2 beranak ikut datang semula
Rindu cucu tu... bukan rindu anak dah :P

Eh, panjang pulak entry di hujung minggu panjang ni
Plan asal nak balik keratong lagi
Tapi, dah mak datang dan tamu ada, tak jadi la balik
Mgu depan la kot balik
Nak balik berurut, sakit-sakit badan ni
Melasak sangat buat keje, sejak balik sini

Susah la kalau ocd ni
Takleh tengok umah bersepah sikit
Sakit jer mata mandang
Makin ramai rakyat jelata makin letih sebenarnya
Tapi tkpelah, nak buat macam mana
At least, ada orang tolong tengok dan jagakan ayra masa saya keje

Okey, banyak nak share dalam blog ni
Especially pasal deko-deko
Maklumlah dah nak puasa dan raya kan
Mesti ramai dok berangan nak deko sakan raya ni

Sekian dulu, nanti borak lagi!



TEASER:
Majis Cukur Jambul & Doa Selamat for Ayra Safiyya


Friday, April 28, 2017

April 28, 2017

Pesanan Terakhir Al-Marhum Dato' Dr. Haron Din

Orang Mukmin yang hebat ialah dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah. Dia datang masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.

Al-Fatihah. Semoga Allah merahmati Al-Marhum dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepadaNya dengan rahmat dan kasih sayangnya. Amin


Thursday, April 20, 2017

April 20, 2017

Daftar Sekolah Anak Darjah 1/2018

Ehh.. harini dah 20 April 2017
Semalam nizam WA berpesan-pesanan kat bini dia ni:
"Jangan lupa, daftar sekolah hariz"

Wah... begitu!
Baiklah bang, nanti ayu daftar
Tapi, ada masa 10 hari lagi, sempat
Hhahaha... bertangguh pencurik masa
Tapi tu laa, saya suka mencurik masa.
Dengan alasan:
"Ala papa, tak sempat laa. sibuk jer manjang bila online"
Padahal sibuk dok 'merayap' sana-sini berblogwalking

Korang yang anak nak sekolah tahun depan dan 2019
Dah daftar ke secara online?
Cepat daftar... jangan nak berebut masa daftar ngan i
Nanti line semput okey!
Wah berpesan kat orang tu, ntah2 saya jer tak daftar lagi :P


Al-kesahnya antara syarat nak daftar ialah kena ada rekod imunisasi anak
Hariz punya buku rekod, kitorang tertinggal kat Poliklinik Al-Hikmah Shah Alam
Bayangkan, tertinggal dari tahun 2012
Itu pun, saya ingat-ingat lupa
Kat mana buku tu

Kisahnya macam ni
Masa nak raya puasa 2012, tak ingat hariz umur berapa bulan
Kitorang bawak hariz nak inject
Esoknya dah nak balik kampung (besut) untuk raya
Pastu, Dr Syed cakap, kalau injection ni biasa baby demam
Kesian pulak demam time raya
*Kesian kat mak bapak la lebih kan ahhaa
Baby umur 2 tahun tau apa pasal raya, ye dok?

So, kitorang pun decide la nak postpond jer inject tu
Kononnya lepas raya la datang semula
Then, mentang-mentang tak jadi inject
Laki bini terus menonong dukung anak balik!
Terlupa terus buku rekod yang dah kasik masa daftar tadi

Masa tu, saya memang dah tak kerja unisel la
Selalu ke Al-Hikmah sebab tu klinik panel unisel
TNB (PMcare) bukan panel kat sini

So, daripada habihkan duit sendiri buat bayar kan
Baik carik klinik panel TNB hehehe
Lepas tu, kitorang start ambik injections hariz kat Klinik An-Nisa seksyen 7
Sampailah complete semua imunisasi yang wajib ambik
Semua injection ni, tak tulis kat buku rekod imunisasi
Kitorang la sengal, tak pegi carik semula kat Al-Hikmah
Since Dr Zul cakap, takper tak tulis pun
Nanti dah ada buku bawak sini semula, dia tulis dan sign

Kat An-Nisa biasa inject dengan Dr. Zul
Kitorang selesa gila ngan Dr. Zul
Sebab beliau sangat friendly dan ehh, baik la senang cakap.
Saya rekemen sangat klinik ni.
Kalau dekat, memang kat situ je la kami pegi
Bila dah pindah Semenyih tahun 2013 tu, kitorang tetap tak ambik buku tu
Sampailah hujung bulan 3 lepas
Nak daftar sekolah hariz secara online

Haaaa... baru tak cukup tanah pegi ke Shah Alam carik buku tu haa
Mula-mula saya call dulu Al-Hikmah
Mula-mula sorang staf tu cakap takder
Then, saya mintak dia tanya staf yang lain
Dia pass the phone, then staf tu carik.
ADA!

Haa...kan hakak dah cakap, memang tinggal situ
Syukurrr alhamdullilah, depa simpan lagi
Walaupun dah bertahun-tahun!

So kitorang pun pegi ambik kat Al-Hikmah.
Setel satu hal





Then kene ke klinik An-Nisa pulak
Nak jumpa Dr Zul untuk mintak tulis tarikh dan sign kat buku tu

Skali, Dr Zul bukan on duty
Kena datang semula
Dah la staf carik dalam sistem takder
Nama Hariz pun takder!

Kitorang pun balik, dan akan datang semula

Esoknya nizam call PMCare
Syukur lagi, PMCare dapat bagi rekod
So kami pun bawak la rekod tu ke An-Nisa

Then, Dr Zul carik dalam sistem
Haaa...ada pun!
Alhamdulillah, semua setel
Dr Zul tulis dan sign.
Semua complete imunisasi untuk Hariz.
Dapatlah daftar sekolah dengan bahagianya
Ehh... bila nak daftar ni? Hahhaaa


So, moral dia ibu bapak sekalian
Simpanlah buku rekod imunisasi anak-anak yer
Sampai bila2 pun. Jangan jadi macam kitorang
Cuai!


Wednesday, April 19, 2017

April 19, 2017

Duit Raya RM1,000 jer

RM1000 jer?
Mungkin RM1000 tu jer pada yang dah income besar

TAPI...
Untuk orang yang biasa-biasa macam saya ni
Camni reaksi saya:
"RM1000 ngkoooooo"

Saper nak kasik oiiii, duit RM1000 kan
Pastu duit tu pulak dapat elok-elok dekat nak raya puasa
Woww sangat kan?

So, saya nak share dengan korang
Macam mana nak dapat RM1000 dalam masa sebulan
Pada bulan Mei 2017
Iaitu lebih kurang sebulan sebelum kita nak raya puasa

Caranya ialah jual Dexandra Perfume sebagai Dropshipper

Modal cuma RM150
Jangan risau, duit modal tu korang boleh dapat semula
Beli dan jual. Haaa gitu la konsepnya
Mudah jer!


Berapa banyak nak jual untuk dapat RM1000?

50 botol jer.
Banyak ke 50 botol tu?

Tak banyak pun jika dibandingkan dengan populasi rakyat Malaysia!



NOTA:
*Anggaran komisen RM1000 untuk jualan 50 botol ni untuk harga biasa, jika ada RAYA SALE, pengiraan akan berbeza tau. Since taktau lagi bila RAYA SALE dan harga macam mana, saya just buat kiraan based on harga biasa. Harap maklum.

So, saper nak buat duit raya paling sikit RM1000?
Boleh terus WA saya.

Ayu Rashid
019 -989 8341

Monday, April 17, 2017

April 17, 2017

Masak-masak-masak.

Wah macamlah rajin nau masak hehee
Padahal manjang jer ulang tayang lauk sama!

Tapi betul la korang.
Tetiap hari kena masak, rasa tepu otak
Dah tak tau menu apa nak buat
Walaupun saya ni jenis 1hari  1lauk ajer
Ko takyah berangan nak makan 3.4.5 jenis lauk yer
Kalu hari tu sup ayam, sup ayam tu la sila hadap dari lunch sampai dinner
Takder maknanya nak masak banyak lauk
Atau petangnya tu nak masak lauk lain pulak



Biasa, kalau nizam ada lagi ler tak masak terus
Kekadang masak untuk lunch.
Malam makan kat luar
Bekfes memang tak masak la hahaa
Kesian nizam dapat bini cam i kan
Redho jer la, bab masak i memang berat tulang
Tapi bab lain insyaAllah agak ringan la tulangku heh!

Sejak ada Nek Jah dan adik saya kat sini lagi ler
Pening nak masak apa
Dorang memang la tak kisah makan apa pun
Tapi, rasa bersalah pulak
Gitu la tetiap kali dorang datang sini
Kene gigih pikir nak masak apa
Hari-hari masak... letih dan erkkk stress rasanya huhuu


Skang ni, kalau asik makan kat luar jer atau tapau
Memang pengsan la
Makanan semua mahal huhuuu
Bulan puasa nanti konfem rega makanan minuman melambung naik
Sedia la duit bebanyak nak merambang mata kat bazar ramadhan


Tengok gambar buah ni, teringin pulak huuuuhu
Pepetang camni, makan buah best jugak kan

Haha, entry merapu uols
Petang baru naik SOHO nak update blog
Pagi tadi gigih kemas bilik master yang adik saya duduk
Esok kemas pulak bilik paling kecik 

Jumaat ni Nek Jah dan adik saya dah nak balik kg
Sunyi la rumah ni nanti
Hmmm... macam mana la saya nak handel anak-anak semua
Takutnya kalau Ayra masih berterusan bertukar waktu tidur
Kalau dia meragam macam mana...huuuhuuu

Apa pun
Semoga semuanya baik saja dan dipermudahkan.
Amin.

Friday, April 14, 2017

April 14, 2017

Cuba Dulu... Tengok macam mana

Jika korang dah lama follow blog saya ni
Dan juga di FB, korang mesti tau saya sepenuhnya bisnes dari rumah
Gaya surirumah diva katernya hehehe
Bisnes taknak jumpa orang, nak yang 100% online ajer.


Inilah suasana atas meja soho, tempat saya 'mengais' hehe
Saje nak tayang lagi bunga tulip baru hahaha.



Dah hampir 2 tahun saya berbisnes Dexandra Perfume
Jadi agent jer mampu. Hehhe
Belum berimpian dan tak layak lagi nak jadi stokis
Malah takder lagi dalam matlamat saya nak jadi stokis
Saya tau takat mana kemampuan saya
Jadik agent pun dah memadai sangat.
Saya memang suka dan happy dengan bisnes Dexandra.
Ia banyak bagi income pada saya dan dropship saya.
Semoga panjanglah jodoh kami dalam bisnes ni.




Then, hujung bulan 3 lepas saya join bisnes essential oil (Ronella)
Jadik dropshipper jer
Tak berani lagi nak jadi agent apalagi stokis hehee
Mula sebagai dropship dulu
Lagi pun, memang dari sebelum bersalin Ayra lagi nak beli EO
Masa tu nak beli brand Young Living
Tapi tak jadi beli
Rupanya Allah dah aturkan jodoh dengan Ronella
Bukan ajer sebagai pengguna, tapi bisnes skali.

Saya cuba la dulu secara kecil-kecilan, mula dari bawah
Macam bisnes Dexandra dulu pun, saya jadi Dropshipper jer mulanya tu
Dah yakin, dah ada modal.. saya upgrade jadi agent

Alhamdulillah, dah dapat dah beberapa sales daripada Ronella ni
Cuma, ilmu jer takder lagi hehe
Nak kena slow-slow blaja

EO ni memang produk yang best dan trending skang ni
Sebab dah timbul kesedaran kita bertukar pada produk yang selamat
Ada nilai kesihatan dan untuk kecantikan jugak
Dengan cara yang selamat dan natural gitew.



Nanti saya akan share lagi pasal Ronella Essential Oil
Boleh visit blog khas Ronella saya buat ni


Saya pun masih struggle lagi bila buat 2 bisnes ni hahaha
Camner la orang yang jual banyak produk ekkk?

Kekadang fikir jugak tau
Mampu ke saya jual Ronella ni hahhaa

Sebab rasa banyak nau nak kena belajar dan tau
Kang ada jugak bulan depan saya quit hahhaa

Tapi saya suka tengok gambar produk yang cantik-cantik
Geram tengok gambar yang HQ sediakan.
Boleh gitu, suka tengok gambar pastu nak bisnes

Harini, baru 1st time dapat wa dari strangers tanya pasal Ronella
Wahhh...makcik sukaaaa.

Sebelum ni yang beli adalah kawan sekolah, kawan fb dan anak sedara
Ok la tu, tak sampai sebulan kan... dah dapat 3 sales yang cecah rega ratus-ratus.

Apa pun, sis cuba!

Doakan saya yer, dan kalau nak beli atau nak tau pasal essential oil
Boleh visit blog saya tu haaaa.
Masih lagi dalam proses masukkan info tu
Ambik masa sikit sejak ada baby ni

Okey, jumpa lagi.
Selamat berhujung minggu uols!
Esok kitorang nak gi tengok Power Rangers kat AEON Cheras
Ayra dok rumah dediam ngan Nek Jah & Ayah Su yer hehee
Minggu ni jer nak berjinbara
Minggu depan dorang dah nak balik kampung
Haa... duduk la dediam kat umah takleh merayap dah huhuu.

Kbye!

Thursday, April 13, 2017

Buat Duit Raya dengan Dexandra

Hi semua.

InsyaAllah, kita akan sambut Ramadhan pada 27/5/2017 (Sabtu)
Hari mula-mula cuti sekolah, terus kita sambut Ramadhan.




Raya Aidilfitri pulak insyaAllah pada 25/6/2017 (Ahad)


Cuba kita kira berapa hari lagi nak puasa & raya.

Puasa: 43 hari lagi
Raya: 72 hari lagi


Kita taknak cerita pasal ganti puasa.
Sebab saya yakin, kita tau tanggungjawab masing-masing kan.

Saya nak bercerita pasal duit.
Duit raya!

Sekarang, cost of living expenses makin tinggi
Cukup la kita cerita pasal harga makanan
Memang makin naik.
Kuih contohnya
Walaupun maybe harga masih sama,
Tapi ada certain tu, saiz atau kuantiti makin sikit atau kecik

Nyumsss, terliur i :P


Macam mana agaknya bulan puasa dan raya nanti?
Selalunya... harga akan berganda-ganda naik

Yelah, depa meniaga nak untung
Bila harga minyak naik, harga barang dan bahan lain akan naik
So, tak boleh la nak salahkan peniaga jugak kan jika harga naik

Kita tak boleh nak ubah situasi negara
Tapi, kita boleh ubah ekonomi kewangan kita sendiri.

Itu belum lagi cerita pasal duit raya 
Kalau anak sedara tak ramai takpe la
Kalau yang bertingkek-tingkek macam mana hahaha.
Belum kira lagi anak-anak jiran, anak kawan, sedara-mara, dll

Bab sedekah dan infaq pun of course nak jadi keutamaan kita
Lagi-lagi bulan Ramadhan, kita nak tambah sedekah dan infaq
Pahalanya berganda-ganda

Sebab tu, orang Islam digalakkan menjadi kaya
Or at least 'berduit'. 
Senang nak bersedekah dan berinfaq bila kita berduit

Memang la tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah
Tapi, kalau ada lebih banyak duit kan lebih elok
More money more sedekah.
Jangan ler pulak more money more kedeks *gurau jer hehe.





SO, kepada sesaper jer yan nak carik duit raya lebih
Saya nak ajak korang berbisnes Dexandra
Dengan modal as Dropship sebanyak RM150
Korang boleh buat duit raya besar.


Nak bisnes untuk raya kenala mula sekarang!
Jangan la tunggu 29 Ramadhan baru nak bisnes.
Esok tu dah nak raya dah hehhee.

So, fast action fast result!

WA saya untuk sertai team Oh Wanginya
Ayu Rashid
019 - 989 8341




Image source: Google Image

Wednesday, April 12, 2017

April 12, 2017

Kumpul Semula Gambar Deko Rumah

Kan saya pernah buat post pasal gambar tak keluar dalam entries blog
Huhuuu... makin banyak rasanya gambar tak keluar
Sedih giler.
Seriyesly, last week hilang mood nak update blog
Bila tengok banyakkkkk giler entries gambar tak keluar.
Nak nanges rasa, sebab semua tu kenangan
Gigih snap gambar, upload dalam fb dan copy paste image masuk blog

Haaa...
Disebabkan copy paste gambar dari FB tu yang gambar tak keluar!

Rupa-rupanya, google nak prevent budaya copy-paste!

Manalah daku tau tak boleh.
Sebab dah sekian lama dah dok buat kerja 'nak cepat' cenggitu

Saya snap gambar guna hp
Pastu bukan semua gambar nak upload masuk blog kan?
Mana-mana nak masuk blog, selalunya saya upload dalam fb
Samada upload dalam status (set Only Me atau public, ikut privacy saya nak)
Then, bila nak update blog
Saya update kat laptop
Bukak fb dan blogger
Copy gambar dari fb, then paste kat blog masa nak update tu

Saya suka cara macam ni sebab takyah transfer gambar ke laptop
Pastu, lagi cepat copy paste berbanding nak upload dari laptop masuk blog

Saya google jugak kenapa gambar tak keluar
Dan cara nak paparkan semula gambar-gambar
Dah try cara orang ajar tu, tapi tetap tak boleh, tak kuar gak gambar
Kecewa!

Dah la most of the entries tu pasal deko-deko rumah kami
Itu ler entries yang bawak orang baca blog ni
Walaupun rumah sendu jer hahahhaa.

Pastu, saya pulak jenis suka delete gambar
Dalam hp memang dah takder la
Dalam laptop pun most of it saya tak simpan pun
Ada pun, cuma sikit-sikit ajer
Dan, erkkk tak rajin la nak carik semula gambar dlm folder dan upload
Kena gigih betul tu, sebab nak kena baca entries pastu carik gambar tu semula
Pengsan mak!

So, skang bila ada jer FB Memories melintas gambar deko lama
Terus saya save dlm hp hahhaha.

Kesian ko ayu.
Tu la... nak shortcut lagi, nak cepat lagi
Kan dah makan diri... sobbb sobbbbb.... sedehhhhhh!

Sopa lama. Rindu pulak.
Sopa ni sesuai sangat dengan deko ala scandinavian yang tengah intred skang.
Nizam la suruh let go, kalau ikutkan saya, saya nak guna jer lagi huuuu.
Tapi, mana nak letak umah kecik.



 Pokok ni dah arwah pun ;P




Kemas jer bilik ni dulu. Skang ni, bersepah ya ampun!
Berdarah mata tengok keadaan rumah sekarang ni. Stress nengok.


Lepas ni, pengajarannya
Jangan nak malas-malas upload gambar yer.

P/S; Nak beli dexandra perfume WA no baru saya ni yer
019 - 989 8341

Tuesday, April 11, 2017

April 11, 2017

Cerita Megi

Megi pun boleh jadik 1 entry khas tau hehhee.
Betapa specialnya megi hehehe.

Al-kesahnya macam ni
Saya ni bukan la penggemar megi
Kalau nizam dan anak-anak memang hantu megi
Kalau masak megi, depa 3 beranak tu memang sakan la
Anak-anak ngikut papa dorang la.
Mama dia makannnn megi, tapi takder la suka sangat
Sekali dua kali sebulan, boleh la
Itu pun tunggu menumpang yang Nizam masak
Nak namanya masak sendiri atau order masa makan kat luar
Memang takkkk laaaaa.

Masa pregnant
Saya langsung takleh hidu bau megi
Haaa... hidu pun tak boleh, apa lagi nak makan

Tiap-tiap kali nizam masak megi, haduihh stess mak!
Bau megi tu bukan takat saya rasa muak, tapi busuk.
Me dislike okey.

Rasa bengang jer kalu dorang kenduri megi
Hariz pulak pandai, dia akan cakap
"mama pegi la naik atas, baru tak bau"

Haaa, memang saya naik berkurung dalam bilik
Siap pesan kat nizam, nanti spray fabreze sebelum ayu turun.
Sampai tahap macam tu sekali


TAPI...
Bila dah bersalin, megi-lahhh makanan saya craving gila
Teringin sangat nak makan!
Dah jadi macam mengidam tau.

Saya terbayang megi macam nizam selalu masak untuk saya
Ada cili padi, kobis dan sebijik telur tak masak sangat
Kuning telur tu cair di dalam mulut
Perghhh meleleh ailio membayangkan.

Tapi, minggu lepas baru hari ke 60 lebih
Belum sampai 100 hari (at least 100 la kan).

Tapi...
Hari ke 64 pada 6/4 lepas saya dah tak tahan hahaha
Saya masak megi sebungkus!
Masa ni Nizam outstation, gigih masak sendiri
Lantaklah tak sesedap dia masak pun, asalkan megi kari

Haaa, cenggini rupa megi kari yang diidamkan
Telur tu tak terlebih masak, sepatutnya lebih cair.
Walla.... sedapnyaaaa. Tapi saya tak makan sebungkus, setengah bungkus jer
Lagi separuh tu bagi adik

Bila saya upload dalam fb
Pelbagai jenis komen ada hehehe

Takper, saya tau badan saya macam mana
Saya bukan jenis gila-gila jaga pantang 
Sejak bersalin dania lagi, saya jenis langgar pantang
Tapi saya still control apa yang terlalu tak sesuai dan bahaya utk makan
Contoh macam laksa, ais, nenas...tu saya memang tak sentuh la

Cuma
Bila ada sesetengah orang yang jaga sangat pantang ni
Bila kondem orang, wowww tak toleh dah kiri kanan
Macam dia la terbaik dalam segala hal
Hmm... badan memasing, diri memasing
Takyah nak kalut sangat pasal orang kan?

Macam saya nak makan megi
Saya takder la taram makan sampai sebungkus
Merasa jer pun, lepaskan ngidam tu hahaa
Ini, dia pulak lelebih 'risau' pasal kita

Eh... laki kita pun cakap
"makan jer, kalau sakit ubat tahan sakit ada, spital pun ada"

See, betapa suamiku memahami hahaha
So, orang lain tu takyala lelebih hehe.

Ni bukan masalah degil ke apa
Tapi, hanya orang mengalami jer paham

Susah kan, kalau ada si bizi body ni
Ahaks!

Monday, April 10, 2017

April 10, 2017

FAQ Tentang Dexandra Perfume



1) BERAPA ML & BERAPA BULAN PENGGUNAAN 1 BOTOL?
35ml dan kegunaan / botol mengikut pengguna, jika spray 2 kali spray boleh bertahan dalam 2-3 bulan, jika spray 5-6 kali dalam sebulan habis. Dan ia mengikut kekerapan spray.


2) BETULKAH PERFUMES INI SANGAT TAHAN LAMA SEPERTI DALAM TESTIMONI?
Ya, semua testimoni yang kami dapat bukan rekaan semata-mata, ia ialah feedback yang kami dapat dari pengguna sendiri . Ketahanan juga bergantung pada tempat yang di spray, jika di nadi boleh kekal 8 jam, dan jika di baju / tudung ramai yang mengatakan 2-5hari masih lagi berbau.

Ciri utama yang ada pada perfumes De'Xandra yang menjadi kegilaan ramai ialah dari segi ketahanannya.


3) ADAKAH PERFUME INI BOLEH DI BAWA SOLAT KERANA IA MENGANDUNGI ALKOHOL?
Ya, ia boleh dibawa solat seperti artikel di bawah yang ditulis dari jabatan Agama.  Alkohol yang kami gunakan selamat dan ia alkohol dari exstrak tebu.


4) BERAPA HARGA PASARAN DE'XANDRA DAN BOLEHKAH IA DI BORONG?
1 botol RM 65.00sm & RM 70.00 ss  | 2 botol RM 120.00sm & RM 130 ss
Kami tidak menerima harga borong, hanya ada harga agent untuk membantu sesiapa yang ingin menjana pendapatan tambahan.  Jika anda didapati tidak aktif anda akan diterminate dan nama anda automaticly di blacklist dari menjadi agent kami. 


5) SAYA DAPATI BEBERAPA PERFUMES YANG MIRIP DEXANDRA TETAPI JENAMA BERLAIANAN DAN HARGA LEBIH MURAH. APA PERBEZAAN DE'XANDRA DENGAN JENAMA LAIN?
Kami menjanjikan KUALITI produk berkualiti tinggi terutama pada pati perfumes yang kami gunakan. Servis penghantaran yang cepat dan COD 1 Malaysia. Keutamaan De'xandra adalah dari ketahanan perfumes-nya. Banyak Feedback yang kami terima "harga perfume terlalu murah compare pada kualiti". Jika anda memilih untuk mempunyai perfumes yang tahan lama, pilihlah kami.


6) ADAKAH PERFUMES INI MIRIP 100% ORIGINAL DAN SETANDING ORIGINAL PERFUMES ANTARABANGSA ?
Tidak menjanjikan ia 100% mirip, tetapi ia lebih baik dari segi ketahanan. De'Xandra hanya perlu di spray 2-3 kali sahaja kerana kekuatan baunya lebih kuat tetapi lama kelamaan baunya semakin lembut, mirip dan tahan. Cuba dulu ya perfumes Dexandra.


7) ADAKAH LIST DE'XANDRA AKAN BERTAMBAH?
Setakat ini kami mempunyai 70 jenis perfumes yang paling digemari ramai, dan kami akan menambah jenis-jenis yang baru mengikut permintaan pasaran yang tinggi

Sumber: Website Dexandra HQ

Wednesday, April 5, 2017

"Saya nak bisnes tapi bizi ya hampun!"

Haaaa, ni sindrom mak-mak la kan
Tak kesah la mak yang bekerjaya atau surirumah
Nak sangat bisnes untuk tambah income
Tapi, bizi ya hampunnnn.

Macam mana nak bisnes ni?

Mana nak buat kerja hakiki kat opis
Mana nak bisnes part time
Mana nak uruskan family
Mana nak masak, mengemas, etc

Kadang mandi pun laju-laju kena siap
Makan pun sumbat-kunyah-telan lelaju

Haii... baca list kat atas pun dah rasa penat
Dah tu, macam mana nak bisnes ni?

Well, nak seribu daya!
Selit jer masa, sikit pun jadik ler
Sesambil pegang handphone
Boleh jer bisnes online
Cara yang paling pantas ialah guna instagram
Takyah nak menceceh membebel menaip pepanjang
Papp... masukkan gambar dan info jer
Cuma... kenalah konsisten kan.
Bukan sebulan sekali update IG tu
Hahhaa, tak mengata orang, tapi mengata diri sendiri!
Sebab saya tak aktif IG

Cuma, saya guna blog dan fesbuk untuk bisnes
Sebab setakat ni masa saya still manageable lagi

Ni sharing untuk korang yang busy dan nak cepat
Haa, instagram sesuai sangat.

Then, kalau tak tau nak bisnes apa
Bisnes jer produk yang ada demand sepanjang masa
Bukan produk bermusim orang nak
Dan juga produk pakai-habis
Yang mana, repeat customer akan sentiasa ada
Cuma sekali lagi nak tegaskan: kena konsisten!

Tak kesah la korang nak bisnes produk apa pun
Percayalah, dengan pengurusan masa yang baik
Dan cukuplah korang pandai curik masa sikit pun
Berbaloi-baloi buat bisnes part time secara online

Tak tau nak bisnes apa?
Meh, jadi dropshipper Dexandra dengan saya
Let me guide you, as long as you nak buat duit

Kalau saya yang sendu ni boleh buat
Korang lagiiii la boleh.

Ikutkan bizi dan tak sempat, saya pun sama jugak
Kita semua ada masa 24 jam/sehari
So, terpulang kat kita, nak guna macam mana masa tu

Jangan cakap saya takder masa nak bisnes
Sadis tau takde masa ni
Sebab korang pun mesti tau kan
Saper jer yang takder masa?

Betul nak tau?

"Orang yang dah nazak jer yang takder masa tau"

hhehhee... jangan sentap, ini realiti kan?
Sebenarnya bukan takder masa atau tau cukup masa
Cuma kita yang kena bijak uruskan masa

Macam saya sendiri
Kekadang rasa banyak benda tak sempat buat dalam sehari tu
TAPI... sebenarnya saya banyak buang masa

Contoh,
Nak update blog.
Dah on laptop nih.
Tapi saya pegi merewang layan youtube
Haaa, pastu update blognya tidak!
Then, tak sempat update... mula la kata takder masa, tak sempat
Padahalllll....

Okey, jika nak bisnes mesti boleh punya
Di mana ada kemahuan disitu ada caranya

Nak bisnes sesama dengan saya, whatsapp
019 - 989 8341



Monday, April 3, 2017

April 03, 2017

Tukar No Telepon

Sticky Post
Please scrool down for a normal post

Bermula semalam, saya dah tak guna no ni:
013 - 255 0727


Ni no baru saya:
019 - 989 8341

Semua urusan (call/whatsapp/telegram)
Guna no baru ni yer.

Harap maklum & terima kasih

Ayu Rashid
019 - 989 8341

Sunday, April 2, 2017

April 02, 2017

Ayra Turns 2 Months!


Alhamdulillah. Dah 2 bulan umo si bongsu kami
Membesar bagai johan ehhehee
Geram tengok pipi dia, macam pau
Dah jadik bentuk segi 4 sama dah :P

So, nak abadikan kenangan umur Ayra 2 bulan harini
Saya pun gigih la snap gambar dia
Ber-DIY Photoshot katernya
Ye laa... nak upah photographer tak mampu kan
Maka, buat la sendiri, walaupun tak kreatif 

Mencarik la benda apa boleh buat props heehe

Mama Ayra beli stick notes nak tulis cenggini haaa.
Punyalah semangat hahahah



Props la sangat hahahaa.
Ada jugak gambar yang ada 2 ekor teddy bear Kit Kat.
Alish la yang letak hehehe

Alahai, setting camera hp tak molek pulak
Tak reti nak setting yang mana paling cun gambar

Beria beli handphone baru sebab nak ambik gambar family
Tapi, sendu jugak hasilnya
Bukan sebab masalah camera hp, tapi saya yang tak reti

Nanti nak kena google setting camera phone yang cantik
Untuk Samsung J7 Prime

Nizam punya gambar hp lawa
Dia guna Oppo. Dania pulak Asus
Tapi, mana best guna hp orang lain
Sebab gambar nak kena dari hp sendiri
Senang nak guna dan transfer ke laptop

Hmm... boleh la dari takder kenangan kan
Ayra pun memberikan kerjasama yang baik hehee
Dari lepas mandi, pakaikan baju dan posing

Dalam dok posing tu.. boleh sampai dia tertidur!
Sabor jer lah kalu waktu siang
Kalau malam... mula la berjaga sampai subuh wawaaaa.

Okey, InsyaAllah. 
Day 100 nanti saya share gambar Ayra.