Sunday, April 30, 2017

Ada yang rindu ke?

Wow statement, muntah membacanya :P
Kasik la chance sekali-sekala nak feeling ramai readers
Hilang 10 hari dah ramai yang rindu nak baca bebelan i kat sini.

Entry last hari tu, pasal daftar sekolah hariz
Hahhaa, malam tadi baru siap daftar dan submit
Itu belum lagi print out dan hantar ke sekolah
Together with all supporting documents yang kpm nak
Dalam minggu ni anta le tu kat skolah

Last week, hari Sabtu kitorang balik keratong
Anta dulu Nek Jah dan adik saya kat Petronas Chini
Abang ambik kat situ, dan mereka ke kemaman
Kitorang balik keratong, ahadnya tu nak buat kenduri
Kenduri cukur jambul Ayra dan doa selamat
Nek Jah taknak pegi ke keratong, tu terus anta dorang

Nanti ada masa saya share gambar masa majlis tu
Majlis kecik-kecik jer,lepaskan hajat mama dia ni haaa
Dania Hariz dulu tak buat, sebab tak rasa nak buat
Ni, dah anak bongsu, teringin la nak merasa
Nak ada kenangan mengusik kalbu gitu bila tua nanti
Itu pun kalau sempat tua la kan, manalah tau pasal ajal maut ni
Mintak-mintak umur panjang dan usia berkat, juga sihat
Gituuuu

Dalam minggu ni hectic
Balik jer dari keratong Isnin petang lepas
Bermulalah perjuangan sebagai mama anak-3!
Alhamdulillah senang nak uruskan Ayra
Tidur dia terus elok lepas majlis tu
In fact, macam dia balas dendam tidur
Sebab dari dalam pantang dia jenis tidur tak lena
Mama papa dia pun apa lagi, tumpang balas dendam tidur sama la
Malah, lebih sudu dari kuah hahaha
Dasar laki bini kaki membuta ahaks!

Dari hari selasa - khamis
Macam nak pengsan mengemas rumah
Memang tongkang pecah sangat rumah ni
Yelah dari mengandung selalu tak sihat
Pastu bersalin pulak
Mak ayu ada pun, apa dia dapat buat bab mengemas
Kederat orang tua kan.
Dia tolong uruskan baby dan masak skit-skit boleh la
Takkan nak suh dia deko rumah pulak hahaha

Pastu, saya ada beli sikit barang dan deko items
Tu semangat mengemas tu hehehe
Kira deko raya terus.
Langsir jer tak tempah lagi, cuti skolah ni tempah

And guess what?

Nek Jah & adik saya datang semula sini!
Hari Jumaat kelmarin datang
Kebetulan abang nak datang sini konvo anak dia
So, depa 2 beranak ikut datang semula
Rindu cucu tu... bukan rindu anak dah :P

Eh, panjang pulak entry di hujung minggu panjang ni
Plan asal nak balik keratong lagi
Tapi, dah mak datang dan tamu ada, tak jadi la balik
Mgu depan la kot balik
Nak balik berurut, sakit-sakit badan ni
Melasak sangat buat keje, sejak balik sini

Susah la kalau ocd ni
Takleh tengok umah bersepah sikit
Sakit jer mata mandang
Makin ramai rakyat jelata makin letih sebenarnya
Tapi tkpelah, nak buat macam mana
At least, ada orang tolong tengok dan jagakan ayra masa saya keje

Okey, banyak nak share dalam blog ni
Especially pasal deko-deko
Maklumlah dah nak puasa dan raya kan
Mesti ramai dok berangan nak deko sakan raya ni

Sekian dulu, nanti borak lagi!



TEASER:
Majis Cukur Jambul & Doa Selamat for Ayra Safiyya



No comments: