Friday, April 14, 2017

Cuba Dulu... Tengok macam mana

Jika korang dah lama follow blog saya ni
Dan juga di FB, korang mesti tau saya sepenuhnya bisnes dari rumah
Gaya surirumah diva katernya hehehe
Bisnes taknak jumpa orang, nak yang 100% online ajer.


Inilah suasana atas meja soho, tempat saya 'mengais' hehe
Saje nak tayang lagi bunga tulip baru hahaha.



Dah hampir 2 tahun saya berbisnes Dexandra Perfume
Jadi agent jer mampu. Hehhe
Belum berimpian dan tak layak lagi nak jadi stokis
Malah takder lagi dalam matlamat saya nak jadi stokis
Saya tau takat mana kemampuan saya
Jadik agent pun dah memadai sangat.
Saya memang suka dan happy dengan bisnes Dexandra.
Ia banyak bagi income pada saya dan dropship saya.
Semoga panjanglah jodoh kami dalam bisnes ni.




Then, hujung bulan 3 lepas saya join bisnes essential oil (Ronella)
Jadik dropshipper jer
Tak berani lagi nak jadi agent apalagi stokis hehee
Mula sebagai dropship dulu
Lagi pun, memang dari sebelum bersalin Ayra lagi nak beli EO
Masa tu nak beli brand Young Living
Tapi tak jadi beli
Rupanya Allah dah aturkan jodoh dengan Ronella
Bukan ajer sebagai pengguna, tapi bisnes skali.

Saya cuba la dulu secara kecil-kecilan, mula dari bawah
Macam bisnes Dexandra dulu pun, saya jadi Dropshipper jer mulanya tu
Dah yakin, dah ada modal.. saya upgrade jadi agent

Alhamdulillah, dah dapat dah beberapa sales daripada Ronella ni
Cuma, ilmu jer takder lagi hehe
Nak kena slow-slow blaja

EO ni memang produk yang best dan trending skang ni
Sebab dah timbul kesedaran kita bertukar pada produk yang selamat
Ada nilai kesihatan dan untuk kecantikan jugak
Dengan cara yang selamat dan natural gitew.



Nanti saya akan share lagi pasal Ronella Essential Oil
Boleh visit blog khas Ronella saya buat ni


Saya pun masih struggle lagi bila buat 2 bisnes ni hahaha
Camner la orang yang jual banyak produk ekkk?

Kekadang fikir jugak tau
Mampu ke saya jual Ronella ni hahhaa

Sebab rasa banyak nau nak kena belajar dan tau
Kang ada jugak bulan depan saya quit hahhaa

Tapi saya suka tengok gambar produk yang cantik-cantik
Geram tengok gambar yang HQ sediakan.
Boleh gitu, suka tengok gambar pastu nak bisnes

Harini, baru 1st time dapat wa dari strangers tanya pasal Ronella
Wahhh...makcik sukaaaa.

Sebelum ni yang beli adalah kawan sekolah, kawan fb dan anak sedara
Ok la tu, tak sampai sebulan kan... dah dapat 3 sales yang cecah rega ratus-ratus.

Apa pun, sis cuba!

Doakan saya yer, dan kalau nak beli atau nak tau pasal essential oil
Boleh visit blog saya tu haaaa.
Masih lagi dalam proses masukkan info tu
Ambik masa sikit sejak ada baby ni

Okey, jumpa lagi.
Selamat berhujung minggu uols!
Esok kitorang nak gi tengok Power Rangers kat AEON Cheras
Ayra dok rumah dediam ngan Nek Jah & Ayah Su yer hehee
Minggu ni jer nak berjinbara
Minggu depan dorang dah nak balik kampung
Haa... duduk la dediam kat umah takleh merayap dah huhuu.

Kbye!

No comments: