Thursday, April 20, 2017

Daftar Sekolah Anak Darjah 1/2018

Ehh.. harini dah 20 April 2017
Semalam nizam WA berpesan-pesanan kat bini dia ni:
"Jangan lupa, daftar sekolah hariz"

Wah... begitu!
Baiklah bang, nanti ayu daftar
Tapi, ada masa 10 hari lagi, sempat
Hhahaha... bertangguh pencurik masa
Tapi tu laa, saya suka mencurik masa.
Dengan alasan:
"Ala papa, tak sempat laa. sibuk jer manjang bila online"
Padahal sibuk dok 'merayap' sana-sini berblogwalking

Korang yang anak nak sekolah tahun depan dan 2019
Dah daftar ke secara online?
Cepat daftar... jangan nak berebut masa daftar ngan i
Nanti line semput okey!
Wah berpesan kat orang tu, ntah2 saya jer tak daftar lagi :P


Al-kesahnya antara syarat nak daftar ialah kena ada rekod imunisasi anak
Hariz punya buku rekod, kitorang tertinggal kat Poliklinik Al-Hikmah Shah Alam
Bayangkan, tertinggal dari tahun 2012
Itu pun, saya ingat-ingat lupa
Kat mana buku tu

Kisahnya macam ni
Masa nak raya puasa 2012, tak ingat hariz umur berapa bulan
Kitorang bawak hariz nak inject
Esoknya dah nak balik kampung (besut) untuk raya
Pastu, Dr Syed cakap, kalau injection ni biasa baby demam
Kesian pulak demam time raya
*Kesian kat mak bapak la lebih kan ahhaa
Baby umur 2 tahun tau apa pasal raya, ye dok?

So, kitorang pun decide la nak postpond jer inject tu
Kononnya lepas raya la datang semula
Then, mentang-mentang tak jadi inject
Laki bini terus menonong dukung anak balik!
Terlupa terus buku rekod yang dah kasik masa daftar tadi

Masa tu, saya memang dah tak kerja unisel la
Selalu ke Al-Hikmah sebab tu klinik panel unisel
TNB (PMcare) bukan panel kat sini

So, daripada habihkan duit sendiri buat bayar kan
Baik carik klinik panel TNB hehehe
Lepas tu, kitorang start ambik injections hariz kat Klinik An-Nisa seksyen 7
Sampailah complete semua imunisasi yang wajib ambik
Semua injection ni, tak tulis kat buku rekod imunisasi
Kitorang la sengal, tak pegi carik semula kat Al-Hikmah
Since Dr Zul cakap, takper tak tulis pun
Nanti dah ada buku bawak sini semula, dia tulis dan sign

Kat An-Nisa biasa inject dengan Dr. Zul
Kitorang selesa gila ngan Dr. Zul
Sebab beliau sangat friendly dan ehh, baik la senang cakap.
Saya rekemen sangat klinik ni.
Kalau dekat, memang kat situ je la kami pegi
Bila dah pindah Semenyih tahun 2013 tu, kitorang tetap tak ambik buku tu
Sampailah hujung bulan 3 lepas
Nak daftar sekolah hariz secara online

Haaaa... baru tak cukup tanah pegi ke Shah Alam carik buku tu haa
Mula-mula saya call dulu Al-Hikmah
Mula-mula sorang staf tu cakap takder
Then, saya mintak dia tanya staf yang lain
Dia pass the phone, then staf tu carik.
ADA!

Haa...kan hakak dah cakap, memang tinggal situ
Syukurrr alhamdullilah, depa simpan lagi
Walaupun dah bertahun-tahun!

So kitorang pun pegi ambik kat Al-Hikmah.
Setel satu hal





Then kene ke klinik An-Nisa pulak
Nak jumpa Dr Zul untuk mintak tulis tarikh dan sign kat buku tu

Skali, Dr Zul bukan on duty
Kena datang semula
Dah la staf carik dalam sistem takder
Nama Hariz pun takder!

Kitorang pun balik, dan akan datang semula

Esoknya nizam call PMCare
Syukur lagi, PMCare dapat bagi rekod
So kami pun bawak la rekod tu ke An-Nisa

Then, Dr Zul carik dalam sistem
Haaa...ada pun!
Alhamdulillah, semua setel
Dr Zul tulis dan sign.
Semua complete imunisasi untuk Hariz.
Dapatlah daftar sekolah dengan bahagianya
Ehh... bila nak daftar ni? Hahhaaa


So, moral dia ibu bapak sekalian
Simpanlah buku rekod imunisasi anak-anak yer
Sampai bila2 pun. Jangan jadi macam kitorang
Cuai!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...