Wednesday, April 12, 2017

Kumpul Semula Gambar Deko Rumah

Kan saya pernah buat post pasal gambar tak keluar dalam entries blog
Huhuuu... makin banyak rasanya gambar tak keluar
Sedih giler.
Seriyesly, last week hilang mood nak update blog
Bila tengok banyakkkkk giler entries gambar tak keluar.
Nak nanges rasa, sebab semua tu kenangan
Gigih snap gambar, upload dalam fb dan copy paste image masuk blog

Haaa...
Disebabkan copy paste gambar dari FB tu yang gambar tak keluar!

Rupa-rupanya, google nak prevent budaya copy-paste!

Manalah daku tau tak boleh.
Sebab dah sekian lama dah dok buat kerja 'nak cepat' cenggitu

Saya snap gambar guna hp
Pastu bukan semua gambar nak upload masuk blog kan?
Mana-mana nak masuk blog, selalunya saya upload dalam fb
Samada upload dalam status (set Only Me atau public, ikut privacy saya nak)
Then, bila nak update blog
Saya update kat laptop
Bukak fb dan blogger
Copy gambar dari fb, then paste kat blog masa nak update tu

Saya suka cara macam ni sebab takyah transfer gambar ke laptop
Pastu, lagi cepat copy paste berbanding nak upload dari laptop masuk blog

Saya google jugak kenapa gambar tak keluar
Dan cara nak paparkan semula gambar-gambar
Dah try cara orang ajar tu, tapi tetap tak boleh, tak kuar gak gambar
Kecewa!

Dah la most of the entries tu pasal deko-deko rumah kami
Itu ler entries yang bawak orang baca blog ni
Walaupun rumah sendu jer hahahhaa.

Pastu, saya pulak jenis suka delete gambar
Dalam hp memang dah takder la
Dalam laptop pun most of it saya tak simpan pun
Ada pun, cuma sikit-sikit ajer
Dan, erkkk tak rajin la nak carik semula gambar dlm folder dan upload
Kena gigih betul tu, sebab nak kena baca entries pastu carik gambar tu semula
Pengsan mak!

So, skang bila ada jer FB Memories melintas gambar deko lama
Terus saya save dlm hp hahhaha.

Kesian ko ayu.
Tu la... nak shortcut lagi, nak cepat lagi
Kan dah makan diri... sobbb sobbbbb.... sedehhhhhh!

Sopa lama. Rindu pulak.
Sopa ni sesuai sangat dengan deko ala scandinavian yang tengah intred skang.
Nizam la suruh let go, kalau ikutkan saya, saya nak guna jer lagi huuuu.
Tapi, mana nak letak umah kecik.



 Pokok ni dah arwah pun ;P




Kemas jer bilik ni dulu. Skang ni, bersepah ya ampun!
Berdarah mata tengok keadaan rumah sekarang ni. Stress nengok.


Lepas ni, pengajarannya
Jangan nak malas-malas upload gambar yer.

P/S; Nak beli dexandra perfume WA no baru saya ni yer
019 - 989 8341

No comments: