Sunday, May 28, 2017

Pakej Dexandra Produk sempena Raya Sale 2017

Hi semua

Kami sediakan 4 pakej menarik jika korang nak beli produk-produk Dexandra sempena Dexandra Raya Sale 2017

Boleh refer kat gambar di bawah yer.








WA / Telegram:
Ayu Rashid
019 - 989 8341

Saturday, May 27, 2017

Salam Ramaddhan

Assalamualaikum.
Selamat menyambut bulan Ramdhan Al-Mubarak buat semua pembaca blog ayurashid.com.

Image Source from Google Image
Atas apa jua keterlanjuran penulisan dan perkongsian, yang mungkin menyentap hati anda, saya dengan rendah hati memohon ampun dan maaf. Maklumlah, jari menaip takder insurance, risau tergurau terlebehhh sudaaaa. Semuanya maafkan saya tau :)

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain. Semoga kita semua dikurniakan usia yang berkat dan kesihatan yang baik, juga kesempatan untuk menjalani ibadah pada bulan Ramadhan ni, sehinggalah tibanya Syawal.

Salam Ramadhan daripada kami sekeluarga;
Nizam, Ayu, Dania, Alish & Ayra

Friday, May 26, 2017

Dexandra Raya Sale is Back


Dexandra Raya Sale 2017

27/5/2017 HINGGA 3/7/2017


Harga adalah seperti dalam gambar di  bawah:





List BAU TERKINI boleh rujuk dalam gambar di bawah:



Untuk pertanyaan lanjut atau pembelian
Boleh terus Whatsapp atau Telegram:

Ayu Rashid
019 - 989 8341

Dexandra Limited Edition sempena Raya 2017


Bau apa, kita tunggu yer

Harga macam biasa:
Sebotol: RM65 (Sem) / RM70 (SS)

2 botol dan ke atas:
RM60/sebotol (Sem) / RM65 sebotol (SS)

*Exclude postage


TUNGGU!
Sehari dua lagi saya announce!
Mesti korang tak sabar kan?

Save no bertuah ni sesiap tau
Ayu Rashid | 019 - 989 8341

Thursday, May 25, 2017

Count Down for Dexandra Body Odourless


Dexandra Body Odourless (BO)


Open for pre-order

Harga asal: RM49

KINI... dapatkan dengan 
HARGA PENGENALAN: RM40 sahaja!

Whatsapp:
Ayu Rashid | 019 - 989 8341

Bahang Ramadhan Kareem

Assalamualaikum & Hi semua!

Pepetang baru sempat update blog
Pagi tadi masak dulu, tak masuk SOHO
Bila dah masak dulu, memang tak masuk SOHO dah
Lepas solat zuhur baru dok sini
Ayra pun dok main ngan Ayah Su & Alish
Nek Jah kat bawah, terlena dah nampaknya tu hehee

Plan asal nak anta Nek Jah & Ayah Su esok
Tapi, tetiba tengahari tadi, wasap dengan nizam
Nak tak kalu anta hari Ahad.
Dapat la mak puasa sehari kat sini
Mak kata okey, dan abang yang nak ambik kat sana pun ok
So, dapatla merasa sahur dan berbuka dengan mak 


Plan lagi asal... nak bercuti sekolah kat Besut jer

Tapi, tak jadi
Tak larat pulak rasanya nak balik
Dah la umah mak berbulan-bulan tinggal
Tak daya aihh nak mengemas hahhaa


Lagi pun, nizam cakap


Kalau dah cuti sekolah kat besut (2 minggu tu lama ok!)
Raya dah tak balik Besut dah

Sebab baru 2 minggu balik, ehh nak balik lagi
Penat katanya. Jauh


Eh... no no no no

Mana aci camtu kannnn.
I sanggup sangap kat umah cuti sekolah ni
Daripada raya tak balik kampung umah mak kita sendiri kan

Lagi pun, lama gilaaa tak balik besut

Last balik bulan September tahun lepas!
Tu pun balik sebab arwah abang ipar sakit 

Lagi pun, masa tu saya dah pregnant
Memang tak larat nak jalan jauh
Raya nanti jer la panjang umur baru balik
Skang tak balik tak terasa sangat walaupun dah lama giler tak balik
Sebab Nek Jah asik datang sini jer hehehe

Wah! Korang sakan dah eh membersih dan mengemas rumah
Dah ada tu... macam nak raya dah, siap ber-deko bagai
Bestnya tengok umah-umah cantik kat IG
Especially yang deko-deko scandivian

Cantik! Mak jeles nok. 

Teringin jugak nak spring cleaning sebelum puasa

Tapi, harinya tinggal esok jer sehari

Sempat ke tuuuu?
Memang takk la kannnn


Tadi sebelum masuk waktu zuhur
Sempat la vacum bilik SOHO ni
Pastu sapu & mop tangga, ruang tamu dan dapur
Rasa sedap sikit kaki memijak lantai
Kalau takkkk... terasa habuk melekat kat kaki
Tu yang dalam umah manjang pakai slipa
Takder la terasa umah berhabuk hahahha

Ni baru wasap ngan nizam
Esok... dia ajak kemas-kemas laman
Kemas tempat pokok bunga, kemas beranda

Wah, macam rajin kan laki aku?

Padahal... motip dia ialah nak letak tempat berak kucing

Kat tempat laman pokok bungaku.

Amboiii.. ajak mengemas ada makna!
Hahhaha... sabor jer lah.

Tapi, saya cakap kat dia
Esok nak ajak gi hardware
Nak beli cat nak mintak adik cat rak tv
Nak beli rak baru, bajet tak berapa nak ado
Sebab kalu beli, nak la yang puas hati kan

Lagi pun, kalau beli  yang sediada ni nak letak mana
Nak buang sayang, sebab elok lagi
So, guna jer la selagi boleh

Manalah tau, kot bebila pindah rumah
Terus leh beli rak tv baru, baru best kan
Ehh... kenapalah aku ni asik rasa nak pindah jer
Hmmm... the truth is, dah takder ati dok sini.

Okey, selamat mengemas la buat korang yer|
Kita sambut kedatangan tamu yang mulia dengan rumah yang bersih
Eh, bukan rumah jer nak kena bersih
Hati ni haaa... lagi la nak kena clorox terus.

Jomlah kita perbanyakkan istiqfar
Mohon keampunan dariNya
Semoga bila dah berkurang dosa
Lagi berkat ramadhan kita

Tak sabar nak berpuasa
Semoga dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik
Amin.

Wednesday, May 24, 2017

Risau masalah gastrik, Sebu perut & Angin semasa bulan puasa?

InsyaAllah, lagi 3 hari kita akan sambut kedatangan bulan Ramadhan al-mubarak.
Dah sedia ke?

Ramai dah kan, yang dok atur menu sebulan berbuka & bersahur
Hihi, tak kata orang, tapi saya la tuuu
Menu wajib ado, walaupun hakikatnya masak ikut menu nan adooo!
Ahaks!

Ada jugak surirumah yang dok gigih spring cleaning rumah
Haaa... gosok jangan tak gosok, sampai berkilat!
Saya bab spring cleaning ni, tak buat tahun ni
Tak larat. Baru nak masuk 4 bulan lepas bersalin czer
Jangan nak carik pasal berkemas rumah sakan.
Kemas sikit-sikit takper la, asal sedap mata mandang
Selebihnya, tunggu lepas balik raya baru mengemas raya
Itu pun kalauuu rajinnnnnnnn!

Bercakap pasal persiapan nak sambut puasa
Ada tak di kalangan korang atau family yang ada masalah:
Gastrik, pedih ulu hati, sebu perut, angin berlebihan dalam badan
Semua ni kita rangkumkan sebagai masalah ketidakselesaan perut 

Haaa, kalau ada masalah kat atas, korang boleh cuba produk baru Ronella ni
Iaitu Ronella Gas-C.

Saya copy paste dari blog Ronella Essential Oil saya punya la yer
Uols boleh baca kat sini atau terus ke link blog sana mengenai Ronella Gas-C




Memperkenalkan, latest produk dari Ronella sempena Ramadhan:
Ronella Gas-C





Ronella Gas-C membantu meredakan masalah:
  • Gastrik
  • Pedih ulu hati
  • Perut kembung
  • Ketidakselesaan perut


2 cara penggunaan Ronella Gas-C iaitu:
  • Hanya roll on sahaja dibahagian abdomen atau perut setiap kali anda mengalami sakit perut atau ketidakselesaan perut akibat daripada masalah pencernaan. 
  • Boleh juga dihidu secara terus bila-bila masa anda mengalami sakit perut.

BOLEH DIGUNAKAN OLEH KANAK-KANAK, DEWASA, WANITA HAMIL/MENYUSU BADAN & WARGA EMAS.

Produk selamat kerana daripada sumber semulajadi.


Harga pengenalan: RM39 sahaja
Postage: RM7


Berminat boleh terus whatsapp:
Ayu Rashid | 019 - 989 8341

Tuesday, May 23, 2017

Majlis Berendoi & Doa Selamat Ayra Safiyya - Part 2

Malamnya Ayra nanges ajer. Dah nak subuh baru tidur
Sudahnya, pagi tu dalam pukul 9 lebih lena lagi dia tidur
Haippp... bangun! Ayra bakal jadi 'pengantin' kejap lagi ni
Schedule (wah schedule) majlis dalam pukul 10.30am

Ni lena lagi tidur haaa. Caner tu?
Terpaksa kacau-kacau suruh dia bangunnnnn.



Hahahha... macam kelakar jer Ayra pakai dress.
Well, mama tak minat baby pakai dress bagai ni
Lagi suka baby pakai rompers atau seluar jer

Dah la rambut berjambul tengah macam Dato Ac Mizal hehe
Buat majlis cukur jambul, tapi jambul takder... ciaa ciaaa ciaaaa.



Gambar masa majlis marhaban which is masa dok dukung keliling orang marhaban tu, kendian yer. Tu takder save pulak dalam laptop, sebab gambar-gambar time tu family nizam tolong snap. So layan jer gambar lain dulu.


Lepas jer setel keliling-keliling renjis air mawar & tabur bunga rampai tu dan jugak konon-konon cukur jambul tu (sorang makcik jer ambik gunting buat-buat syarat gunting sikittt jambul ayra tu ehhe), letak dalam buai berendoi, tak sampai 10 minit, terus Ayra tidur lena!


Tidur lena yang memang lena, sampai dekat sejam lebih jugak la dia tidur dalam tu. Itu yang bergambar dengan dia, dia tidur ajer. Ini memang bebetul puas hati majlis berendoi ni. Sleep tight terus hahhaaa. 

Sakan kitorang dok bergambar dan bising pun, elok jer dia tidur. Sampailah masa kaum lelaki pulak masuk dalam rumah untuk majlis bacaan tahlil dan doa selamat pulak. Masa tu baru saya angkat dia masuk dalam bilik.


Dia sambung tidur dalam bilik, sampai waktu asar. Saya & nizam siap check lagi, bernafas ke tidak budak ni hahhaa. Yelah, risau kan. Dah la pakai dress leher camtu. Kang sesia jer kalau tercekik nak melawa punya pasal :P

So, kita layan gambar dengan 'pengantinnya' tidur selena-lenanya!

Muka dah petak macam spongebox!




Mulut tu... mulut! Sampai terjuih camtu sekali lenanya :P










Our 1st time posing berlima
Terima kasih Allah untuk rezeki dan anugerah terindah ni
Syukur sangat-sangat. Sederhana tapi sempurna.


Free style la konon!
Si Alish sibuk dok makan kuih koci.




Kembor lain tahun.
Masa lahir muka Ayra sebijikkk Dania. 
Ni dah besar, macam nampak beza dah. 
Kekadang macam muka Alish pun ada.
May be sebab Ayra bulattt macam Alish kot.
Dania dulu kecik sket, takder la sebulat Ayra & Alish




Dulu... saya dan nizam nak 2 anak jer
Tapi, sejak 2 tahun lepas, rasa perlu ada 3 anak at least
Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kat kami

















Memuting jugak! Hahhaa... tetiga anak kami isap puting
Taknak pun, dipaksa-paksa jugak hahha. Dasar sangat kan!
Alah, biarlah orang nak kata nanti jongang ke apa
Asal senang nak jaga hehehe
Dania Alish elok jer tak jongang pun
Semua kuasa Allah, kalau dah feature mulut gitu
Tak isap puting pun jongang jugak
Ni pendapat saya la hehehehe.


Lena jer tidur. Abang Alish & cousins dok main bising pun Ayra still lena.
Kalau hari-hari tidur lena camni kan... bahagia mama papa awak Ayra.




Sayang sangat Alish kat adik
Padahal dulu, marah betul dia bila tau mama ngandung baby girl
Dia nak baby boy, nanti boleh main lawan-lawan.
Bila adik dah keluar, dia yang lebih eksaited
Pantang adik nanges sikit, walaupun dia tidur, dan terjaga
Dia akan pujuk adik cakap:
"kenapa Ayra Sopiya"

Ayra Sopiya terus jadik nama adik!



Kalau berkerajinan ada lagi sambungan Part 3 yer hehhe
Saja nak save gambar dan kenangan dalam blog.

Monday, May 22, 2017

Majlis Berendoi & Doa Selamat Ayra Safiyya - Part 1

Masa lahirkan Dania & Hariz, takder rasa nak buat majlis berendoi bagai
Tapi, bila tau jer pregnant-kan baby no. 3 ni
Terus cakap kat nizam, nanti nak buat majlis berendoi
Nak ada pelamin, marhaban bagai

Alhamdulillah, impian terlaksana gitu.
Buatnya kat umah mak mertua.

Bab menu makanan, mak mertua uruskan
Saya bagi duit jer, mak abah uruskan
Tak kesah la lauk apa, nak buat berapa
Mak abah lebih arif gitu.

Saya uruskan bab beli bunga telur dan barang untuk goodies bag
Semuanya simple ajer. Buat syarat :)
Pegi Nilai 3 jer berdua dengan Nizam
Dania Hariz taknak ikut, panas kata dorang kat situ
Kalau kat IOI Putrajaya nak pegi
Amboiii sangattt ni. Kekecik dah fussy macam mama papa kata!
Ayra tinggal kat umah dengan Nek Jah & Ayah Su
So, berdeting la kami berdua gi Nilai 3 seminggu sebelum majlis.

Majlis berlangsung bulan 4 lepas lagi hehe
23/4/2017, Ahad.

Tema?
Takder la bertema bagai pun.
Saya cuma nak konsep kaler lembut
Cream & pink-peach gitu.

Baju kurung saya & baju melayu nizam guna yang masa kawen dulu jer
Nasib baik muat lagi hahaha. Yelah, baju kurung kan besor
Untuk Dania Hariz pulak, beli kain kat Kamdar & tempah kat taman ni
Nasib baik ada tailor sanggup siapkan dalam masa seminggu.
Dress ayra, beli kat Jusco Balakong jer.
Headband beli kat One My Shop hahaha
Semua simple-simple jer. Alah majlis nak lepaskan wishlist jer pun
After all, semua berjalan lancar, alhamdulillah.
Hepi!


Sehari sebelum majlis.
Bunga telurnya beli yang murah-murah ajer!
Kebetulan ada bunga telur kaler cream, ikut tema pakaian dan pelamin gitu.




Puteri yang diraikan. 
Meragam gila-gila waktu malam dok sini
Kenapa ntah, menanges macam nampak antuuuu. 2 malam takleh tidur
Nenek, makcik-makcik dok ngadap dia jer melalak tu
Sampai dah buntu apa nak buat huhuhu.

Masa majlis tu dia tidur lena giler sampai lepas asar baru bangun.
Kitorang dah risau, ehhh kenapa lena sangat ni
Hmmm... agaknya dah lepas hajat mama nak buat majlis untuk dia kot
Tu dia lena jer tidur.
Sampai saya & nizam check, ehhh tidur ke apa niiii
Haa, gitu la... anak tak tidur ko risau, anak tidur lena pun risau jugak tau!


Plan asal nak letak frame gambar sekali kat pelamin berendoi ni
Tapi tak sempat nak pegi kedai cuci gambar
Nak taip dan print out ink printer plak abes
Sudahnya, saya tulis cenggini jer hahahha


Boleh la, sekadar untuk jadi kenangan kan hehehhee. 


Kita share dulu gambar-gambar pelamin berendoi ni
Plan asal saya request nak semua bunga hydrange
Tapi, dorang takder hydrangea cream. Bunga rose ada kaler cream
Rose pun rose laa... janji kaler cream.

Bila dah siap pasang pelamin ni, wow!
Cantik, saya suka. Puas hati. Ikut tema yang saya nak.

Ikutkan napsu memboros ni
Nak jer ambik servis cameraman skali kan
Baru gambar bebetul lawa dan puas hati
Kang ada aku kene sekeh kepala ngan nizam hahaha
Kita snap sendiri dan mintak tolong family jer la snap
Ni gambar saya snap sendiri


  


































Next entry gambar semasa majlis pulak :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...