Thursday, May 25, 2017

Bahang Ramadhan Kareem

Assalamualaikum & Hi semua!

Pepetang baru sempat update blog
Pagi tadi masak dulu, tak masuk SOHO
Bila dah masak dulu, memang tak masuk SOHO dah
Lepas solat zuhur baru dok sini
Ayra pun dok main ngan Ayah Su & Alish
Nek Jah kat bawah, terlena dah nampaknya tu hehee

Plan asal nak anta Nek Jah & Ayah Su esok
Tapi, tetiba tengahari tadi, wasap dengan nizam
Nak tak kalu anta hari Ahad.
Dapat la mak puasa sehari kat sini
Mak kata okey, dan abang yang nak ambik kat sana pun ok
So, dapatla merasa sahur dan berbuka dengan mak 


Plan lagi asal... nak bercuti sekolah kat Besut jer

Tapi, tak jadi
Tak larat pulak rasanya nak balik
Dah la umah mak berbulan-bulan tinggal
Tak daya aihh nak mengemas hahhaa


Lagi pun, nizam cakap


Kalau dah cuti sekolah kat besut (2 minggu tu lama ok!)
Raya dah tak balik Besut dah

Sebab baru 2 minggu balik, ehh nak balik lagi
Penat katanya. Jauh


Eh... no no no no

Mana aci camtu kannnn.
I sanggup sangap kat umah cuti sekolah ni
Daripada raya tak balik kampung umah mak kita sendiri kan

Lagi pun, lama gilaaa tak balik besut

Last balik bulan September tahun lepas!
Tu pun balik sebab arwah abang ipar sakit 

Lagi pun, masa tu saya dah pregnant
Memang tak larat nak jalan jauh
Raya nanti jer la panjang umur baru balik
Skang tak balik tak terasa sangat walaupun dah lama giler tak balik
Sebab Nek Jah asik datang sini jer hehehe

Wah! Korang sakan dah eh membersih dan mengemas rumah
Dah ada tu... macam nak raya dah, siap ber-deko bagai
Bestnya tengok umah-umah cantik kat IG
Especially yang deko-deko scandivian

Cantik! Mak jeles nok. 

Teringin jugak nak spring cleaning sebelum puasa

Tapi, harinya tinggal esok jer sehari

Sempat ke tuuuu?
Memang takk la kannnn


Tadi sebelum masuk waktu zuhur
Sempat la vacum bilik SOHO ni
Pastu sapu & mop tangga, ruang tamu dan dapur
Rasa sedap sikit kaki memijak lantai
Kalau takkkk... terasa habuk melekat kat kaki
Tu yang dalam umah manjang pakai slipa
Takder la terasa umah berhabuk hahahha

Ni baru wasap ngan nizam
Esok... dia ajak kemas-kemas laman
Kemas tempat pokok bunga, kemas beranda

Wah, macam rajin kan laki aku?

Padahal... motip dia ialah nak letak tempat berak kucing

Kat tempat laman pokok bungaku.

Amboiii.. ajak mengemas ada makna!
Hahhaha... sabor jer lah.

Tapi, saya cakap kat dia
Esok nak ajak gi hardware
Nak beli cat nak mintak adik cat rak tv
Nak beli rak baru, bajet tak berapa nak ado
Sebab kalu beli, nak la yang puas hati kan

Lagi pun, kalau beli  yang sediada ni nak letak mana
Nak buang sayang, sebab elok lagi
So, guna jer la selagi boleh

Manalah tau, kot bebila pindah rumah
Terus leh beli rak tv baru, baru best kan
Ehh... kenapalah aku ni asik rasa nak pindah jer
Hmmm... the truth is, dah takder ati dok sini.

Okey, selamat mengemas la buat korang yer|
Kita sambut kedatangan tamu yang mulia dengan rumah yang bersih
Eh, bukan rumah jer nak kena bersih
Hati ni haaa... lagi la nak kena clorox terus.

Jomlah kita perbanyakkan istiqfar
Mohon keampunan dariNya
Semoga bila dah berkurang dosa
Lagi berkat ramadhan kita

Tak sabar nak berpuasa
Semoga dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik
Amin.

No comments: