Monday, May 8, 2017

Beli Langsir Raya kat Nagoya Plaza Alam Sentral

Tahun ni, memang wishlist raya nak buat langsir baru untuk sliding dan tingkap dekat tangga. So, gigih la berniaga minyak wangi Dexandra kan. Maklumlah, kalau mintak duit ngan laki nak beli langsir, memang booo layannn la. 


So, sebagai surirumah yang suka berboros-borosan dan gila langsir juga barang-barang deko, kenalah saya usaha carik duit sendiri. Haaa, begitulah wanita yang bijak haha. Kena pandai carik duit sendiri, baru apa kita wishlist-kan kita boleh dapat. Usaha tangga kejayaan. Gitew!

Bulan April lepas, masa nak pegi ambik buku rekod imunisasi Hariz kat Poliklinik Al-Hikmah Seksyen 7 Shah Alam & mintak Dr. Zul Klinik An-Nisa sign rekod injection Hariz, menyempatlah singgah kat Plaza Alam Sentral.

Waktu tu dah lepas solat Maghrib, then terus meroket masuk Plaza Alam Sentral. Nizam dan anak-anak pegi tingkat 2 yang tempat orang jual-jual computer dan gadjet (Ayra tak bawak, tinggal kat umah ngan Nek Jah  Ayah Su). 

Saya pulak sesorang masuk Nagoya. Aman damai memilih kain sesorang. Kalau anak-anak ada sama, hilang fokus nak memilih kain, sebab susah hati nak kena pantau dorang. Yelah, tempat macam ni, anak dah besar pun sekelip mata kalau benda nak jadik, boleh jadik jer. So, anak-anak sila jadik anak itik pulang petang ikut papa itikmu pegi tambah game dalam PSP kat tingkat 2 sana.




Plan asal nak beli kain warna putih jenis block out. Tapi, kalu putih takder. Yang ada pun kaler ala-ala grey cerah. Kecewaaaaa tak dapat kaler putih. Jenis lain ada la jugak, tapi kain jenis keras kejung  kain jersi nipis murah tu. Tak minat la pulak kain gini. Saya nak kain block out. Kan kitorang ni suka bergelap dan nak sejukkkk jer. 

Koleksi warna langsir jenis block out
Biru tu cantik tau!
Menyesal pulak tak ambik at least 5 meters untuk langsir bilik.


Kaler gini lawa la. Cuma saya nak kaler putih atau off white.
Ni tak block out, cuma kain dia soft, jatuhan flowly tu mesti cantik.



Ini ada kaler putih, tapi kena redho la kain keras kejung
Tak lawa jadik flowly nanti.
So, takyah ambik risiko langsir tak cantik semata-mata nak kaler putih.



Kaler-kaler block-out yang ada. Banyak jugak pilihan dan cantik jugak
Harga pun murah okey kalau nak banding dengan harga Nilai 3 punya
Seriusly, Nilai 3 punya kain langsir mahal.
Nanti next entry saya buat perbandingan antara Nilai 3 dan Nagoya
(based on pengalaman saya beli laaa)



Akhirnya, ni kain yang saya pilih
Tak putih, tak grey, tak off white
Ntah, saya pun tatau nak describe kaler apekah kejadian kain ni hehee
Walaupun bukan pilihan macam saya nak, tapi boleyyy laaa
Harga pun murah jer. After less cuma RM11/meter.
Saya beli 13 meter ke 12 meter lupa pulak dah hahahha

Tak bawak balik Keratong lagi ni untuk tempah
Sempat siap sebelum raya
Tahun ni kita beraya dengan langsir sliding dan tingkap baru

Ni takder ber-eyelet bagai
Jahit bddo jer, takyah beria sangat
Save bajet, asalkan langsir baru sudaaaaa.

Korang tukar langsir baru jugak ke raya ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...