Friday, May 5, 2017

Bukak Wallpaper Then Cat Putih Ajer

Eh, diam tak diam dah nak masuk 2 tahun pasang wallpaper ni
Bila carik balik entry pasang wallpaper ni baru ingat semula
"Pasang Wallpaper Akhirnya Menjadik"

Masa baru siap pasang, terus semangat mendeko walaupun mata ni tak berkenan dengan coraknya
Rasa sempit rumah dan sesak mata nengok.
Kalau langsir plain putih or off-white ok laaa.
Ini langsir pun bercorak sakan. Hmmmmm.


Pastu, gigih dok zikir kat nizam nak bukak wallpaper ni
Nak cat putih ajer
Dia cakap penat dia buat, sayang duit beli tu
Eh... ehh, kita yang kuar duit ratus-ratus tau
Beli wallpaper dan gam
Dia kuar tenaga dan masa jer memasang
Tapi memang gigih la tengok dia pasang hehee

Pastu harus la bagi ayat paling padu kat dia:
"Ayu kan dok rumah 24 jam. Bosan tengok benda sama"

Dia kata nak bukak, bukak la sendiri atau mintak tolong Ate
Ate tu adik saya, Ayah Su budak-budak ni
So, saya apa lagi dah dapat green light tu

So, bulan Mac lepas
Maka bermulalah acara bukak wallpaper dan cat semula
*punyalah lama, baru nak share kan?



Dari nak beli lagi, saya tak berkenan dengan corak ni
Dah dapat imagine, mesti nampak messy jer
Tap, nizam nakkk jugak sebab dia dah malas kot nak menjelajah kedai-kedai kat Nilai 3 tu.
Maka, saya redho jer walaupun tak sukaaaaa.

Dalam hati dah agak, tak lama ni.
Memang setahun dua, aku akan bukak jugak!
*Aku? Aku nak bukak wallpaper?
Hahahhaa, bertuah la saya buat keje-keje camni
Lembekkkkk mana buleh buat keje camni.


Maka, proses membukak pun dijalankan oleh adik saya
Jenuh jugak tengok dia nak tanggalkan gam kat dinding tu
Saya tanya kawan, dia cakap spray air panas senang gam tanggal
So, begitulah caranya adik saya buat.






Ni version dah siap bukak semua
Belum cat lagi.
Nak cat putih jer, takmau kaler-kaler dah
Dinding umah ni bukan elok pun!
Kang berkulat lagi, buang duit buang masa buang tenaga


See, walaupun belum cat lagi
Terus nampak lapang dan luas ruang ni kan?

Tu laaa, faktor pemilihan wallpaper dan cat mainkan peranan
Apa-apa warna pun
Putih jugak warna yang paling selamat
Nak deko-deko pun mudah jer nak match dengan perabot dan soft touch

Okey, nanti saya share gambar dah siap cat
Ehhh... ada ke tak gambarnya.
Rasa tak snap pun hahhaha

Yelah, masa ni bulan Mac
Saya baru abes pantang, bizi lagi dengan baby
Dan baru nak sesuaikan diri ada baby lagi

Kalau ada gambar saya share
Kalau takder, saya share jer gambar ruang ni yang ada

No comments: