Thursday, May 18, 2017

Macam Mana Kerja dari Rumah dengan Baby

Hi semua,
Jarang dah saya share dan bercerita tentang famili kat blog
Tapi saya tau, masih ada kawan-kawan lama yang ikuti perkembangan saya
Kawan sekolah, kawan kolej, kawan unibersiti dan kawan kerja dulu

Perkembangan terkini korang boleh tahu jika follow fb saya
IG pulak saya private.
Hanya family dan kawan rapat jer saya approved request
Sebab dalam tu ada saya letak gambar seksi
Hhaha, takder laaa gambar seksi
Cuma saya nak lebih privacy, tu jer.

Perkembangan saya?
Macam biasa jer, masih seperti dulu
Masih kerja dari rumah, bisnes kecik-kecik
Ambik upah buat blog, jadik ghostwritter
Carik makan dari rumah, sambil jaga suami & anak

Jika sebelum ni, sejak 6 tahun lepas
Ada 2 anak seperti di bawah hahahhaa

Dania dah darjah 5, Alish pulak 6 tahun.
Besar dah anak-anak weols.
Kakak dah jadi geng lilit shawl, Alish pulak geng dengan papa
Cepatnya masa berlalu, ngilu kat perut kena belah tak hilang lagi
Ehhh, dah keluar pulak yang No. 3!



Inilah dia, si No 3. Anak bongsu dah ni.
Selamat dilahirkan secara c-sect pada 2.2.2017
(pilih tarikh sama Alish)
Lahir kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahra, Bangi dengan Dr Fazlina
Syukur, semua selamat. Nanti lain entry saya share
Dah banyak kali janji, tapi tak share lagi pengalaman bersalin di Az-Zahra kan?
InsyaAllah, soon.


Masa lahir kecik cinonet jer.
2.3+kg jer
Sekarang? membesar bagai johan, Alhamdulillah sihat anak mama.

Anak  bongsu dia punya feel lain macam tau heehhe
Ni masa balik dari inject umur sebulan kat Az-Zahra.

Masa pantang, saya berpantang 23 hari kat umah mak mertua
Hari ke-23 balik ke Semenyih sebab mak dan adik kat umah
Dorang datang tolong jaga Dania

Masa pantang kat Keratong, mak mertua layan bagaikan puteri gitu hee
Tiap-tiap kali bersalin, berpantang kat umah mak mertua sikit, mak saya sikit
Kali ni jer balik Semenyih sebab mak saya datang Semenyih
Dania sekolah, Alish pulak cuti sebulan bulan 2 tu
Suka la dia takyah sekolah
Tapi sibuk nak balik rumah, rindu rumah katanya.

Masa berpantang, saya still update blog dan bisnes Dexandra
Jangan tatau yer, tetap gigih hahaha.

Alah, bukan susah mana pun
Cuma bezanya saya ada tambahan baby jer
Dan erkkk, tak cukup tidur laa kan.

Kalau anak tidur, macam ni la keadaan saya
Saya on laptop atas katil, pastu buat keje sekejap
Dia bangun, stop jer la huhuuu


Masa ni umur Ayra less than 23 days, sebab masih kat Keratong.


Nak seribu daya, taknak seribu dalih kan?
Tapi, tu terpulangla pada individu
Sebab bisnes online ni mudah sebenarnya
Cuma kita jangan ambik mudah
Kita kena tau macam mana nak bahagikan masa
Letak priority kat mana dulu
Then, paling utama sanggup berkorban

Bukan nak cakap saya ni komited
Tapi, bila buat satu-satu benda tu, saya buat betul-betul
Saya buat dengan passion, sepenuh hati

InsyaAllah, saya akan share macam mana keadaan saya
Bila berbisnes dengan baby kecik
Memang mencabar dan letih!

Tapi, nak taknak kena jugak buat
Sebab saya dah biasa pegang duit sendiri
Saya kaki shopping, dan saya tak suka dok sesaja
Sebab saya akan rasa loser kalau saya tak buat apa-apa
Yang boleh jadikan otak saya bergerak, fizikal saya bekerja
Dan, saya tak suka bergantung dengan orang lain
Selagi boleh usaha sendiri, saya akan buat.

Okey, nanti update lagi, bye!

No comments: