Monday, May 22, 2017

Majlis Berendoi & Doa Selamat Ayra Safiyya - Part 1

Masa lahirkan Dania & Hariz, takder rasa nak buat majlis berendoi bagai
Tapi, bila tau jer pregnant-kan baby no. 3 ni
Terus cakap kat nizam, nanti nak buat majlis berendoi
Nak ada pelamin, marhaban bagai

Alhamdulillah, impian terlaksana gitu.
Buatnya kat umah mak mertua.

Bab menu makanan, mak mertua uruskan
Saya bagi duit jer, mak abah uruskan
Tak kesah la lauk apa, nak buat berapa
Mak abah lebih arif gitu.

Saya uruskan bab beli bunga telur dan barang untuk goodies bag
Semuanya simple ajer. Buat syarat :)
Pegi Nilai 3 jer berdua dengan Nizam
Dania Hariz taknak ikut, panas kata dorang kat situ
Kalau kat IOI Putrajaya nak pegi
Amboiii sangattt ni. Kekecik dah fussy macam mama papa kata!
Ayra tinggal kat umah dengan Nek Jah & Ayah Su
So, berdeting la kami berdua gi Nilai 3 seminggu sebelum majlis.

Majlis berlangsung bulan 4 lepas lagi hehe
23/4/2017, Ahad.

Tema?
Takder la bertema bagai pun.
Saya cuma nak konsep kaler lembut
Cream & pink-peach gitu.

Baju kurung saya & baju melayu nizam guna yang masa kawen dulu jer
Nasib baik muat lagi hahaha. Yelah, baju kurung kan besor
Untuk Dania Hariz pulak, beli kain kat Kamdar & tempah kat taman ni
Nasib baik ada tailor sanggup siapkan dalam masa seminggu.
Dress ayra, beli kat Jusco Balakong jer.
Headband beli kat One My Shop hahaha
Semua simple-simple jer. Alah majlis nak lepaskan wishlist jer pun
After all, semua berjalan lancar, alhamdulillah.
Hepi!


Sehari sebelum majlis.
Bunga telurnya beli yang murah-murah ajer!
Kebetulan ada bunga telur kaler cream, ikut tema pakaian dan pelamin gitu.




Puteri yang diraikan. 
Meragam gila-gila waktu malam dok sini
Kenapa ntah, menanges macam nampak antuuuu. 2 malam takleh tidur
Nenek, makcik-makcik dok ngadap dia jer melalak tu
Sampai dah buntu apa nak buat huhuhu.

Masa majlis tu dia tidur lena giler sampai lepas asar baru bangun.
Kitorang dah risau, ehhh kenapa lena sangat ni
Hmmm... agaknya dah lepas hajat mama nak buat majlis untuk dia kot
Tu dia lena jer tidur.
Sampai saya & nizam check, ehhh tidur ke apa niiii
Haa, gitu la... anak tak tidur ko risau, anak tidur lena pun risau jugak tau!


Plan asal nak letak frame gambar sekali kat pelamin berendoi ni
Tapi tak sempat nak pegi kedai cuci gambar
Nak taip dan print out ink printer plak abes
Sudahnya, saya tulis cenggini jer hahahha


Boleh la, sekadar untuk jadi kenangan kan hehehhee. 


Kita share dulu gambar-gambar pelamin berendoi ni
Plan asal saya request nak semua bunga hydrange
Tapi, dorang takder hydrangea cream. Bunga rose ada kaler cream
Rose pun rose laa... janji kaler cream.

Bila dah siap pasang pelamin ni, wow!
Cantik, saya suka. Puas hati. Ikut tema yang saya nak.

Ikutkan napsu memboros ni
Nak jer ambik servis cameraman skali kan
Baru gambar bebetul lawa dan puas hati
Kang ada aku kene sekeh kepala ngan nizam hahaha
Kita snap sendiri dan mintak tolong family jer la snap
Ni gambar saya snap sendiri


  


































Next entry gambar semasa majlis pulak :)

No comments: