Tuesday, May 23, 2017

Majlis Berendoi & Doa Selamat Ayra Safiyya - Part 2

Malamnya Ayra nanges ajer. Dah nak subuh baru tidur
Sudahnya, pagi tu dalam pukul 9 lebih lena lagi dia tidur
Haippp... bangun! Ayra bakal jadi 'pengantin' kejap lagi ni
Schedule (wah schedule) majlis dalam pukul 10.30am

Ni lena lagi tidur haaa. Caner tu?
Terpaksa kacau-kacau suruh dia bangunnnnn.



Hahahha... macam kelakar jer Ayra pakai dress.
Well, mama tak minat baby pakai dress bagai ni
Lagi suka baby pakai rompers atau seluar jer

Dah la rambut berjambul tengah macam Dato Ac Mizal hehe
Buat majlis cukur jambul, tapi jambul takder... ciaa ciaaa ciaaaa.



Gambar masa majlis marhaban which is masa dok dukung keliling orang marhaban tu, kendian yer. Tu takder save pulak dalam laptop, sebab gambar-gambar time tu family nizam tolong snap. So layan jer gambar lain dulu.


Lepas jer setel keliling-keliling renjis air mawar & tabur bunga rampai tu dan jugak konon-konon cukur jambul tu (sorang makcik jer ambik gunting buat-buat syarat gunting sikittt jambul ayra tu ehhe), letak dalam buai berendoi, tak sampai 10 minit, terus Ayra tidur lena!


Tidur lena yang memang lena, sampai dekat sejam lebih jugak la dia tidur dalam tu. Itu yang bergambar dengan dia, dia tidur ajer. Ini memang bebetul puas hati majlis berendoi ni. Sleep tight terus hahhaaa. 

Sakan kitorang dok bergambar dan bising pun, elok jer dia tidur. Sampailah masa kaum lelaki pulak masuk dalam rumah untuk majlis bacaan tahlil dan doa selamat pulak. Masa tu baru saya angkat dia masuk dalam bilik.


Dia sambung tidur dalam bilik, sampai waktu asar. Saya & nizam siap check lagi, bernafas ke tidak budak ni hahhaa. Yelah, risau kan. Dah la pakai dress leher camtu. Kang sesia jer kalau tercekik nak melawa punya pasal :P

So, kita layan gambar dengan 'pengantinnya' tidur selena-lenanya!

Muka dah petak macam spongebox!




Mulut tu... mulut! Sampai terjuih camtu sekali lenanya :P










Our 1st time posing berlima
Terima kasih Allah untuk rezeki dan anugerah terindah ni
Syukur sangat-sangat. Sederhana tapi sempurna.


Free style la konon!
Si Alish sibuk dok makan kuih koci.




Kembor lain tahun.
Masa lahir muka Ayra sebijikkk Dania. 
Ni dah besar, macam nampak beza dah. 
Kekadang macam muka Alish pun ada.
May be sebab Ayra bulattt macam Alish kot.
Dania dulu kecik sket, takder la sebulat Ayra & Alish




Dulu... saya dan nizam nak 2 anak jer
Tapi, sejak 2 tahun lepas, rasa perlu ada 3 anak at least
Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kat kami

















Memuting jugak! Hahhaa... tetiga anak kami isap puting
Taknak pun, dipaksa-paksa jugak hahha. Dasar sangat kan!
Alah, biarlah orang nak kata nanti jongang ke apa
Asal senang nak jaga hehehe
Dania Alish elok jer tak jongang pun
Semua kuasa Allah, kalau dah feature mulut gitu
Tak isap puting pun jongang jugak
Ni pendapat saya la hehehehe.


Lena jer tidur. Abang Alish & cousins dok main bising pun Ayra still lena.
Kalau hari-hari tidur lena camni kan... bahagia mama papa awak Ayra.




Sayang sangat Alish kat adik
Padahal dulu, marah betul dia bila tau mama ngandung baby girl
Dia nak baby boy, nanti boleh main lawan-lawan.
Bila adik dah keluar, dia yang lebih eksaited
Pantang adik nanges sikit, walaupun dia tidur, dan terjaga
Dia akan pujuk adik cakap:
"kenapa Ayra Sopiya"

Ayra Sopiya terus jadik nama adik!



Kalau berkerajinan ada lagi sambungan Part 3 yer hehhe
Saja nak save gambar dan kenangan dalam blog.

No comments: