Friday, May 12, 2017

Make Over Bilik Dania aka SOHO - Cadar Munge-munga Cinta

Bercerita pasal cadar dulu yer
Dania & Hariz, kalau bab cadar & sarung bantal
Ommgggg... dorang punya cerewet tu hazabedah!

Langsung taknak guna kalau fabrik tu berbulu, kasar atau bukan cotton
Rasa tak selesa kata dorang

Even cadar quilt patchwork yang saya beli dari Laurea Home Furnishing pun dorang taknak
Siap cakap panas, tak selesa

So, saya memang tak pakai untuk kegunaan dorang
Dan erkkk... saya pun sebenarnya tak suka hahhaa
Jadi, bila pasang kat katil tu, hanya sekadar hiasan!

Hariz lagi laaa
Nak tukar sarung bantal pun tak boleh
Dulu 2 lai dah lunyai koyak rabak
Pastu dah saya buang yang 2 lai tu,
Ganti pakai yang lain, itu pun mengamuk taknak mulanya tu
Sampai skang, dah lembek kainnya
Tunggu masa lunyai dan koyak rabak, baru berganti
Nak cuci pun kena pujuk dulu
Pastu bila cuci kena keringkan cepat-cepat, sarungkan semula
Dania ok lagi, asalkan kain cotton yang lembut, dia ok jer

Masa nak bersalin hari tu
Ada beli 2 set cadar kat Jusco, jenama apa lupa dah
Mahal la jugak, kalu tak sales RM100+
Dah sales dapat la RM80+
Pun dorang taknak, eii sabor jer lah
Last-last mana-mana cadar dah lunyai tu jer lenjan guna
Susahnya lahai dah biasa selesa ni huhuuu
Nizam cakap cerewet ikut mama. Hmmm ye la kot hihi.

Pastu, saya ada mintak kawan tolong belikan cadar kat Ikea
Quilt
Ala... korang mesti dah jemu guna kan cadar camni hehe.
Iols baru nak merasa ok!

Hope anak-anak suka la guna
Kalau suka, nanti mama beli lagi cadar cap Ikea ye

Pilihan ialah cadar munge-munge cinta ni.
Kiut corak dia. Sib baik kain best
Itu pun saya tanya kawan dulu, ok tak kain dia
Dia cakap ok, so saya pun mintak dia belikan.


Tak lupa, beli jugak benda alah ni
Tapi, tak pakai pun lagi setakat ni
Just bentang cadar semata jer, ok jer
Senang nak cuci.



Puas hati guna cadar ni, best
Ada lagi order dengan personal shopper ikea
This week sampai insyaAllah.
Dasar kaki shopping sangat kan
Itulah sebabnya nizam takmau bawak saya gi ikea haha
Eleh, tak bawak pun i order online jer
Kih kih kihhhh.




So... kita kasik teaser dulu
Cadar munge-munge cinta dalam bilik kedua aka SOHO
Next entry, saya kasik gambar full hasil deko bilik ni.

No comments: