Tuesday, May 9, 2017

Make Over Bilik Dania aka SOHO - Part 1

Ni deko bilik Dania aka SOHO saya sebelum saya bersalin
Masa ni, dah sarat mengandung.
Tengok kat folder, tarikh gambar ni 11/1/2017
Haa... jangka nak masuk OT bersalin 2/2/2017
Tapi still gigih mengemas rumah
Dah macam penguin dah jalan kedek-kedek
Pastu melasak mengemas dan tolak-tarik perabot sana-sini
Tapi, perabot kecik-kecik jer la
Kalau agak-agak tak larat, mintak dania tolong

Saya tak suka mengemas time nizam ada
Suka buat sorang-sorang tanpa gangguan
See, nak mengemas pun kena fokus ehhe

Ni gambar pada masa tersebut.
Masa ni, saya dah berangan dah nak beli katil baru
Dan nak buat make-over sikitttt
Yelah, dapat seketul katil, dah boleh dah ubah deko kan
Tak semestinya nak beli set bilik tidur bagai kan.
Kita buat takat kemampuan, janji tak berhutang-piutang sudah
Semua nak, beli cash ajer. Kumpul duit sikit-sikit.
Sampai dah cukup, silalah beli apa pun dihajati, begituuu.

Cuci mata dulu
Saya pun tak ingat dah share ke belum gambar ni kat blog
Malas nak check entry lama.
Kalau ter-post 2 kali, redho jer la ye.
Ni pun semua kenangan dah kat saya
Bilik sekarang dah berubah dah.


 Sedikit ruang untuk solat dan anak-anak belajar




 Hariz suka baring atas karpet ni, lembuttt katanya.




 Rindu pulak dengan deko bilik ni
Sebab lapang jer
Sekarang bila dah masuk katil queen... alahai sempitnya rasa



Bukan main segar bugar lagi




Next entry... bilik ni yang dah bersepah gilaaaa bila saya balik dari pantang bersalin kat kampung. Huwaghhhhh. Masa tu memang azab mata nengok keseluruhan rumah. 

No comments: