Wednesday, May 10, 2017

Make Over Bilik Dania aka SOHO - Part 2

Balik jer dari berpantang bersalin hari ke-23
PENGSAN tengok rumah!
Nak nanges rasa

Dari ruang tamu, dapur, 3 bilik
Semua bersepah



Orang meroyan kalau bab jaga anak
Saya pulak rasa nak meroyan tengok rumah!

Im OCD person huhuu
Kalau kata mata orang lain maybe dah rasa kemas
Tapi tidak pada saya

Mana tak stress kalau tengok keadaan jadi macam ni
Sedangkan sebelum sehari dua nak bersalin tu
Macam haper saya berkemas rumah

Tinggal rumah baru 22 hari jer pun
Sobbb sobbbb... sedeh dan kecewa gilaaa rasa.
Orang ocd jer paham perasaan tu macam mana
Kalau orang dah biasa hidup dalam suasana sepah
Mesti dia rasa ehhh ok jer umah ko


 Saya dah mula bisnes online yer masa dalam pantang
Ala ambik order dan process order tru online jer
Postage semua saya tak buat
Ada orang lain uruskan bp saya

Pastu, blogging ada la sikit-sikit ikut kelapangan
Tapi, saya still masuk SOHO

Dengan keadaan SOHO bersepah ni
Saya buat-buat pejam mata tak nampak jer
Dengan kata lain, masa buat kerja kat workstation tu
"Jangan pandang belakang"
Sebab macam ni la rupa belakang workstation saya!




Lepas tu, saya beli online katil queen sebijik
Beli dengan servis Personal Shopper
Sebab nak ke kedai, memang nizam malas la nak ke sana

Extra charges pun extra la
Janji dapat apa saya nak dan dapat ubah bilik ni
Sakit mata mandang ni

Lagi pun, saya perlukan katil queen kat bilik ni
Senang nak angkut Ayra letak atas katil bila saya nak buat kerja
Katil bujang kang susah pulak
Ada baby jatuh tergolek bila mama ralit buat keje.

Ni rupa bila katil bujang antik tu dikuarkan dari bilik
Saya letak kat bilik sebelah (bilik ketiga)


Oh ya
Balik dari kampung tu, karpet kat living hall bawak naik atas
Tak selesa pulak ada baby guna karpet bulu-bulu
Less is more
Malas dah nak jaga banyak benda.
Angkut letak dalam bilik ni
Sekali, rasa macam tak sesuai pulak.

Next entry... katil baru sudah sampai
Kita tengok proses mendeco pulak.


No comments: