Friday, May 19, 2017

Susun Atur Bilik Ketiga yang dah jadik ala-ala stor!

Kesian bilik ketiga or what so-called bilik Hariz ni
Dah jadik ala-ala stor barang!

Macam saya cakap la dalam previous entry
Bila kecik-kecik, dan bilik ni paling kecik
Maka, nak taknak apa-apa barang jarang guna
Longgok ajer dalam bilik ni

Dah tak tau nak letak mana dah perabotnya
Tu la, menambah beli katil lagi hehehe
Takpe, doakan semoga nizam dapat tukar keje tempat lain
Pastu kitorang dapat pindah
Kali ni kalau pindah sebolehnya taknak dok umah 2 tingkat
Nak dok umah setingkat atau apartment jer
Lagi best dok umah atas kayangan, selesa.

Okey, ayu dan melalut berpisah tiada hehhehe.

 Dulu gatal sangat nak deko dengan table lamp bagai kat ruang tamu
Haaa, kan dah dekat setahun angkut naik atas, letak sini
Tak guna pun, sebab rasa macam semakkk jer. 



 Beg AF tu pulak, tatau nak letak mana, letak jer atas drawer tu
Bunga orkid tu haa... antara yang taknak dah tu
Vase kaca putih tu sebagai langkah keselamatan
Kalau letak vase kaca purple tu sesaja, mudah tergolek jatuh
So, letaklah dalam vase petak tu, selamatlah sikit.



 Sungguh pun bilik ni takder orang guna pun
Sebab takder ceiling fan, tapi dah ada katil, kenalah kemas elok-elok
Guna jer apa benda yang sediada.
Terus jadik bilik pink-merah gitu, kebetulan ajer ni.


 Bukan main blur lagi gambar hehehe






 Roman blind dan langsir lama ajer. 
Teringin nak tempah roman blind baru, tapi malas nak tempah kat Nilai 3
Mahal la situ.
Kat Nagoya & Kamdar tak ambik tempahan roman blind.




Ni jer dapat buat untuk bilik ni
Ada almari baju besar kat tepi pintu (setentang tingkap)
Itu pun, kena sengetkan sikit almari tu
Kalau, tak... takleh hulur tangan nak on-off lampu
Plug lampu kat situ
Pastu, plug untuk pasang kipas kat dinding belakang almari tepi table lamp tu
Haa... memang bercinta la kalau masuk bilik ni sebab panas
Masuk carik baju dalam lemari dalam 3 minit pun boleh berpeluh
Memang bilik sauna sangat ni.

Okey, tu jer deko-deko bilik stor hehee
Siap dah berkemas bilik yang bersepah-sepah sejak saya bersalin
Tapi by the time saya buat entry ni, dah bersepah semula
Sebab mak dan adik datang sini semula
So, pepaham jer la kalau dah ramai ni

Tunggu raya nanti je la kita deko-deko semula
Cadar ikea lagi 1 set dah beli lagi hehehee.
So, semangat la sikit nak mengemas ye dok?

Okey, till then jumpa lagi.
Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...