Tuesday, June 20, 2017

Idea Deko Pokok Jurai-jurai

Saya ni peminat tegar money plant
Tapi pokoknya asik ler mati
Kalau panjang umur pun, pokoknya macam bantut jer
Macam tuan dia jugak, tak memanjang ahahha
So, nak tunggi pokok tu berjurai-jurai, memang jenuh la
Makanya, layan ajer lah pokok jurai-jurai artificial pulak

Ini beli sekali dengan monstera & fiddle leaf fig
Dah bagitau dalam previous entry kan



Jom, kita style-kan pokok jurai ni dalam #SOHOAyuRashid


Kita just pakai konsep sangkut jer kat dinding haaha
Guna benda alah ni jer, apa nama pun i tata lah hehe



 Lekatkan benda alah ni dulu
Nak letak wall shelf, malas pulak nak kena beli dan drill bagai
Pastu, kalau nak alih kedudukan workstation pun dah susah dah
Nanti tak sesuai pulak kan
Kang nak alih wall shelf tu, ada aku kene sekeh kepala ngan nizam ahaha
So, buat konsep gini sudah!
Lagi pun, saya jenis cepat bosan, nanti mudah nak alih-alihkan pokok ni
Haa, prektikal gitu konsepnya



 The tangkainya



 Dah siap!



 Ranting-ranting pokok ni, pepandai la ejas yer
Nak menjalar tang mana dan bagaimana, asal cantik di mata sendiri


The whole view







Review pasal pokok ni dari saya ialah cantik dan puas hati
Harga RM25 tak silap (harga bukan ahli) dan tak termasuk pos + upah PS la

Saya ada beli jugak daun jenis macam ni kat Nilai 3
Sebijik sama, cuma saiz yang Nilai 3 jer lagi besar.
Cantik jugak. Harga dah lupa. Hehehe
Beli pokok tu masa pegi Nilai 3 nak beli bunga telur untuk majlis cukur jambul Ayra
So, lagi awal la dari beli SSF punya ni

Nanti saya tunjuk yer

Beli kat mana, tak kesah pun, asal pandai memilih
Kena tengok pokok tu nampak real ke tak
Ada bajet, kita beli yang mahal, kalu tak berapa ado bajet
Cap Nilai 3, or memana kedai pun ok!
Gitew


DIY Gubahan Bunga | Monstera - Bakul dan Deko

Sambungan entry semalam.
Senang jer nak nampakkan kelainan untuk deko items bunga ni
Tukar jer bekas isi bunga atau pokok tu, berubah la rupa dia
Macam kita jugaklah
Hari-hari tak pakai maskara, tetiba pakai
Haa.., mesti nampak kelainan
Sesilap orang kata "eh, ko buang tebiat ke"
Hahhaha. Contoh macam tak mecing jer kan?

Tak perlu berbelanja lebih, kita tengok ajer
Apa jadik dengan monstera ni bila cuba letak dalam 4 bekas
Nanti antara 4 tu, ada la yang paling sesuai gitew.


Ni pasu asal monstera



3 pasu sediada, dan bakul tu baru beli



Cobaan pertama.
Tak cantik, sebab pasu ni kecik sangat *ngam-ngam
Tapi, tanah pokok tu still nampak, so tak lawa



Cobaan kedua
Ni ok sikit banding yang atas, sebab pasu ni besar sikit saiznya
Boleh laa... tapi mata saya ni cerewet, still tak sesuai katernya
Kita tukarrr lagi!



Cobaan ketiga
Ini ok-ok jer. Kalau pasu ni semua putih, lagi cun
Dari segi saiz pasu dah sesuai dah dengan monstera ni

Nak tukar lagi kasik yang lagi mecing. 
Maklumler dah ada bakul baru kaaannnn haha
Memang beli nak letak monstera ni pun sebenarnya :P


Haaa, kan dah serasi bersama gitew


Tapi, since bakul ni agak tinggi, monstera tu macam tenggelam sini
So, kita ejas sikit kedudukan dia

Ambik jer apa yang ada kat tepi masa buat keje ni ehhe
Ni plastik parcel, gunakan ajer!


Jangan susahkan benda yang senang, kita sumbat ajer haha
Plastik parcel sekali dengan consignment note aku sumbat
Dasat tak tahap kemalasan dan nak cepat ni?



Dah siap!



Ada kawan saya tanya, cantik tak daun monstera tu?
Ada macam pokok hidup tak?

Yes!
Jawapan saya begitulah
Memang cantik, berbaloi dengan harganya

See, pucuk dan daun tua dia, memang nampak cun dan perfect
Pastu, kualiti dia pun ok sangat

Saya dah tengok yang kat Nilai 3
Tapi tak secantik ssf punya
Tapi, kalau nak jimat bajet, ok jer cap Nilai 3 pun
Asalkan monstera, belasah jer hehehe.
Ok la daripada berterusan jadi #PembunuhPokokBersiri kan?
Kita layan yang artifical pulak, senang nak jaga
Lagi-lagi dah ada baby ni, kena carik benda yang mudah nak menten.



Saya letak kat mana monstera ni?










Sejuk mata mandang. Suka!



Bakul dan monstera ni saya beli tru personal shopper
Nak ajak nizam pegi, tunggu kucing bertanduk belum tentu dapat pegi
Dia taknak pegi? Apa ada hal
Bini dia layan jer la shopping tru personal shopper hehehee.

Okey, nanti ada sharing lagi pasal pokok dan deko-deko.
Kan dah minggu nak raya ni, mesti korang suka entry deko-deko kan
Walaupun dekonya nan hadooo, sepah deko ado laaa.
Malas nau-nau sejak dah bersalin ni

Jumpa lagi!

Monday, June 19, 2017

Cantikkan 'gubahan' Fiddle Leaf Fig & Monstera

Sambungan entry semalam
Kita kembang-kembangkan dedaun fiddle leaf fig & monstera
Biar depa nampak merimbun dan banyak daunnya.


 Ni baru kembangkan sikit-sikit. 



Nampak yang dahan bawah tu kuncup lagi
Kan tak lawa kalau kita biarkan daun dia kuncup camtu
Maka, gigihlah mengembangkan daun-daun yang ado



 Tengok pucuk dia, sebijik macam pokok idop
Berbaloi beli walaupun rega rasa nak terentap jantung hahaha



 Daun-daun tua pun macam real.
Patutlah pokok ni jadi viral sebab menggila orang beli
Manjang sold out kat outlet ssf.


Ni saya buat perbandingan dengan fiddle leaf hidup
Ni sepokok lagi pokok saya yang masih survived till today
Ada 5 lai daun uols hahaha

Kaler dia nampak lagi cerah due to lighthing berbeza dengan gambar pokok artificial tu
Dan beza dia jugak pucuk hidup ni nampak macam pink sket.



 Setelah daun dikembangkan dengan jayanya
Kan cantik tuuu :P





Dah siap kembangkan, kita sumbat ajer dalam bakul
Dah siap!


Ni pulak, kita kembangkan dedaun Monstera pulak.




 Mulakan dengan bahagian daun paling luar sekali


 Kembangkan sampai dapat bentuk yang cantik ikut mata korang



Tengok daunnya, real sangat kan?





Dah siap!

Aisehhh gambar blur la pulak hahaa
Nanti saya share, macam mana nak deko-kan monstera ni dengan beberapa jenis pasu
Pasu atau bakul mainkan peranan untuk cantikkan lagi pokok hiasan kita
Tak letopsss la kan kalu semata guna pasu sediada ni
Kena la style-kan sikit atau tukar-tukar bekas untuk nampakkan kelainan

Jumpa lagi!


Sunday, June 18, 2017

Pokok Artificial & Bakul Viral

Pokok apa yang viral tu?
Tak lain tak bukan, fiddle leaf fig aka ketapang brazil & monstera
Dedua ni dari SSF

So, saya pun beli la jugak melalui personal shopper
Ni bulan 5 lagi, baru nak share sini
Skang dah berhabuk pun hahahaa
Lepas balik dari kampung raya nanti baru nak lap or cuci terus
Kalau lap skang, by the time balik dari kampung dah bersawang semula
Tak menahan la habuk, tak kwase nak menjaganya

Ni saya share gambar masa pokok dan bakulnya baru sampai.

Ada 4 items saya beli
Fiddle leaf fig, monstera, pokok jurai-jurai (semua SSF punye)
dan bakul (tak ingat dari mana, nanti update)


Meh kita keluarkan dan snap gambar satu per satu

Fiddle leaf fig



 Monstera



Pokok jurai-jurai
Yang beli sebelum ni, jenis daun semua hijau, ni ada putih-putih sket
Saiz sama. Comel jer



Bakul ni untuk letak fiddle leaf fig

Nanti saya share gambar pokok-pokok ni yang dah 'dikembang-kembangkan' daunnya
Haa, dah beli tu kenalah kembangkan daunnya, baru cantik
Jangan la biarkan kuncup macam dalam plastik tu
Tak lawa nanti, rugi beli tau.

Nanti saya share yer, sekali dengan saya letak dalam pasu terus.
Buat entry pepanjang, rugi hahaha
Sebab nanti dah takder benda nak share hahaha
Ok bye!

PS: Harga jangan tanya, saya dah lupa. Dah 3x czer urat banyak putus oiii, nyanyuk terus hahaha. 

Saturday, June 17, 2017

June 17, 2017

Lagi Seminggu Nak Raya & Deko Raya

Amboi, sakan korang bershopping yer
Sana sini kengkawan FB dok update status jalan jammed!
Bangi Gateway, Bangi Sental & Seksyen 7 Shah Alam.
Tu memang kawasan carik pasal la kalu pegi area sana

Eh, tapi rasanya semua mall pun bersesak-sesak la kan
Gigih yer uols.
Kitorang ni, memang tak laaa nak meredah lautan manusia
Dok umah jer dediam
Wat lek wat pisss. Lagi pun, kitorang takder la bershopping sakan
Skang dah umur cenggini, makna raya tu dah lain
Janji dapat sama keluarga, balik kampung, dah cukup
Baju raya selai dua buat syarat sudah laa

Anak-anak pun saya tempah baju sorang sepasang
Kain beli dengan tailor jer terus, dia anta gmbr kat wa hehe
Pastu, ukuran baju pulak, mintak mak dia ukurkan
Then, wa ukuran kat dia
Setel!

Tahun ni, anak-anak baju kaler mint green
Alish la pilih kaler green
Dania & Ayra redho jer la menerimanya hehhee
Papa mama pulak, tak decide lagi
Sebab belum selongkar lagi lemari
Baju kurung  & baju melayu kaler apa nak pakai
Haaa... kami laki bini takder baju baru uols
Sebabnya malas nak meredah nak membeli

Saya pulak, jubah tempah 2 helai tahun lepas tak penah pakai lagi
Baju kurung 2 pasang pun ada tak penah pakai lagi
Dah tu... nak gatal beli baju baru buat apa
Lagi pun, bukan kerap pakai pun
Sejak tak keje, baju kurung jadi tukun dalam lemari huhu

Okey, minggu ni, mesti korang dah bizi kemas rumah kan?
Wah sakan berdeko raya uols
Saya ni, tak buat apa-apa pun
Malas, laki bini dedua malas
Ada masa dok umah, kitorang dok layan tv
Layan Masterchef Canada & Australia
Pastu layan My Dream House, layan movie
Memang tahap buat kuak lentang la atas tilam hehhe

Takpelah, raya bukan kat umah pun
Balik kampung dah seminggu lebih
Lepas raya la berkemas dan berdeko
Itu pun kalau rajin laaa. Macam tak rajin jer
Nak bukak sarung sopa anta laundry pun malas, caner tu?

Saya pun, dok marathon nak khatam quran ni
Harini baru masuk juzuk 20
InsyaAllah sempat khatam Jumaat ni.
Ada baby ni, jadual pun dah jadik huru-hara
Kena ikut timing Ayra, ikut mood dia

Minggu ni, sampai hari Jumaat
InsyaAllah saya akan share pasal deko, gubahan bunga
Dan apa-apa berkaitan deko
Saya kutip jer la gambar yang ada dalam hp dan labtop
Banyak jer gambar yang saya snap
Cuma snap dari bulan 4 & 5 tapi tak sempat nak share sini
Biasa saya share kat Instagram jer @_ayurashid_

Macam gambar kat bawah ni, dari bulan 5
Sampai deko kat sini dah berubah dah sikiittt

Al-kesahnya salur air keluar mesin basuh sumbat lagi!
Dah tak daya nak buat apa dah
Dah panggil plumber 2x
Dia just jolok2 salur air dengan besi, kena caj RM180 ngkoo
2 hari sumbat semula
Panggil lagi, buat gitu jugak, sib baik kali ni tak kena caj
Kalu kene melampau tuuu
Tapi sehari dua lepas tu jadi lagi

So, saya dah tensen gilaaa sebab air melimpah naik
Basuh baju kena tunggu tepi washing machine
Untuk tekan button PAUSE bila air tengah keluar
Kadang-kadang bila lupa atau tak sempat
Air dah melimpah ke simen. Gila ngkooo tak stress!

Sudahnya, nizam letak washing machine tu kat beranda
Haaa, dah macam orang kaya nau-nauuu la
Mesin basuh baru letak kat beranda!
Dah malas rasa nak basuh baju, sebab kena angkut baju keluar
Nak sidai pun kena berpanas kat beranda tu

Memang dah tahap fedap gila dah dok sini
Tolong laa. Semoga nizam kena transfer ke mana-mana
So that kami dapat pindah dari sini
Macam-macam masalah kat umah ni
Me dislike!

Bayangkanla
Mesin basuh dah takder sini pun
Salur tu still sumbat!
Sedangkan salur tu cuma yang keluar air dari bilik air & sinki
Nasib baik saya perasan macam ada bekas minyak-minyak atas lantai
Mandi dan buat kerja kat sinki kenalah 'berhemah'
Arghhh tensennya.

Ni gambar area dapur tu bila dah takder washing machine kat situ
Ni sebelum air melimpah lagi sekali
Saya letak kedudukan rak buku macam ni.









Gambar full yang latest nanti saya snap JIKA RAJIN
Ni kita ambik mood nak update gambar deko dulu
Guna jer apa gambar yang ado :)

Till then, jumpa lagi!

Friday, June 16, 2017

DROPSHIP Entry 9: Bayar Hutang Credit Card Hasil Bisnes Dropship

Entry 1: Baca sini
Entry 2: Baca sini
Entry 3: Baca sini
Entry 4: Baca sini
Entry 5: Baca sini
Entry 6: Baca sini
Entry 7: Baca sini
Entry 8: Baca sini


Hi. 
Entry ke-9 dah. Hari ni kita nak share tajuk Bayar Hutang Credit Card Hasil Bisnes Dropship

Sebelum tu nak menjemah sikit. Saper kat sini masih dibelenggu hutang credit card? Haaa, baik ngaku kat diri sendiri cepat hehehe.

Alhamdulillah, saya dan suami takder dah hutang credit card. Hutang credit card ni nampak jer macam bulan-bulan bayar sikit jer minimum payment kan. Contoh RM150. Tapi kalau hutang kita ada 5k, boleh imagine berapa tahunnnn nak setelkan kalau kita dok layan bayar minimum payment jer. 

Saya still ada credit card Maybank Mastercard. Credit limit cuma 7k jer. Tu the one and only credit card yang saya ada dan apply dari dulu sampailah sekarang. Masa kerja dulu, datang la orang bank promote kad apa pun, saya tak layan. Ada 1 tu saya memang tak plan nak closed, sebab manalah tau nak guna. Sebab kekadang nak booking hotel online senang guna credit card. Bila bayar bila nak check-out kat hotel tu baru guna cash or debit card. Sejak saya dah buat full settlement credit card, saya memang dah tak guna.

Ni pun, kad baru tak pegi ambik pun kat Maybank Semenyih. Kad tu sebelum ni dorang dah anta kat rumah flat pkns sama. Hahhaha, daku tak update alamat walaupun dah dekat 4 tahun pindah. Dasar pemalas betul. Masa call maybank bulan lepas baru update. Then, dorang anta semula kad tu kat Maybank Semenyih. Eh, seriusly lupa nak gi ambil. Surat dah sampai, kalau lebih dari 2 weeks tak ambik, dorang akan anta semula kat tu ke Maybank CC Centre. 

Nampak tak, sejak tak guna cc, dah tak ambik port dah. Sebab saya memang avoid guna cc. Apa saya nak beli, saya akan kumpul duit dari bisnes dropship dan bisnes servis yang saya buat. 


Bisnes Dropship bukan bisnes main-main. Kalau nak buat duit besar, nak bayar hutang credit card, atau apa-apa hutang, kita buat la bisnes dropship sesungguh. Modal takder atau modal kecik giler, tapi hasil yang kita boleh dapat, memang diluar jangkaan asalkan kita konsisten. 

Saya pernah share pasal kisah saya dan credit card ni. Korang boleh baca kisah benar ni, macan mana saya buat full settlement credit card dengan duit hasil bisnes Dexandra.

Korang boleh klik link ni: 


Next entry:
Entry 10: Bayar komitment bulanan dengan duit hasil bisnes Dropship


Thursday, June 15, 2017

June 15, 2017

Hi Hi...

Amacam? Dah ada rasa nak muntah merah putih kuning biru ke baca entries pasal Dropship? Hihihi, sorry la uols, tu semua entries Schedule Posts. Gigih saya mengarang pada bulan lepas tau. Masa tu sebelum cuti sekolah lagi, dalam almost 2 weeks la saya dok pulun mengarang. Cadangnya akan ada 15 entries, tapi setakat Entries 9 jer kot sempat saya buat tu. Next, InsyaAllah kita sambung lepas raya. Kalau tak sempat lepas raya puasa, kita extend lepas raya haji hehehe.

Bila Nek Jah dan Ayah Su budak-budak ni dah balik kampung hari Ahad (iaitu hari ke-2 puasa), saya dah tak naik SOHO pun! Laptop pun letak jer kat living hall. On pun baru kelmarin sekejap buat kerja client. Dah la masa tu celcom problem, asik on-off jer connections. Nak update blog sendiri dah tak sempat, sebab Ayra dah ekk-ekkkk bangun nak susu. Dah kenyang menyusu, dia sambung tidur sampai pukul 11 lebih, tapi saya dah malas la pulak nak on laptop. So, berdua dengan Ayra dalam keadaan rumah gelap gelita sebab langsir block-out, saya pun apa lagi... tumpang membuta sama laaa hehehe.

Bila dah sahur tu, memang sampai pagi la saya tak tidur. Sebab bila tidur, badan akan jadik lesu dan lemau gila. So, baiklah saya buat apa yang patut.

Hari ni dah hari ke-20 Ramadhan. Cepatnya lahaiiii masa berjalan. Ni sebab bahagia sangat atau masa tak berkat ni? Hehhee. harap takder la masa tak berkat kan? Sebab masa pun rezeki. Yang tak dapat kita ambik balik dah yang dah lepas tu. 

Skang saya bizi marathon tadarus. Saya dah pun ABC minggu lepas. Macam biasa, sebelum ABC tu, saya akan pulun tadarus. Sempatlah sampai juzuk 13. Pastu dah stop 8 hari, baru kelmarin sambung semula. Subuh tadi baru masuk juzuk 15. InsyaAllah, saya target nak khatam sebelum hari Jumaat depan. 

Sebab, plannya nak balik kampung hari Jumaat. Tapi kalu datang wenggg nizam tu nak layan bola la... nak layan masterchef laaaa, ada jugak hari Sabtu baru balik. I ok jer hahah, sebab turn raya Keratong, malam raya pun boleh hehhee. Cuba kalu turn raya kat Besut, hari Rabu saya dah zikir kat nizam ajak balik hehe. Bukan apa, sebab Besut kan jauhhh, letih ohhh kalau balik bila orang dah start cuti sekolah. Masakkkk la kat atas jalan tu. Dah la skang dah ada budak cinonet, kesian dia lama-lama dalam kereta.

Wah sakan menaip ni, sebab Ayra tidur lagi. Dania Hariz dah pegi sekolah. Aman damai rumah ni. Ni pun menaip sambil duduk kat sopa jer. Kalau sebelum ada baby dulu, heaven dah dok dalam SOHO. Bila ada baby. rutin pun berubah. But, so far alhamdulillah. Ayra baby yang sangat mudah nak uruskan. Tidur malam pun lena. Itu yang paling penting tu, sebab mama dia kaki membuta hahhaa.


Okey, nanti bersiaran lagi, nak sambung tadarus sebelum waktu dhuha. Selamat berpuasa korang. Dah kemas rumah ke? Nanti ada masa saya share pasal deko-deko yer. Oh tahun ni takder beli apa pun untuk rumah. Eh, ada. Langsir. Tapi tak tempah lagi hehe. Balik kampung nanti baru tempah. 

Kbye! Jumpe lagi. 




Wednesday, June 14, 2017

DROPSHIP Entry 8: Buat Saving Hasil Bisnes Dropship

Entry 1: Baca sini
Entry 2: Baca sini
Entry 3: Baca sini
Entry 4: Baca sini
Entry 5: Baca sini
Entry 6: Baca sini
Entry 7: Baca sini

Berjumpa lagiiiii kita dalam entry ke-8 tentang Dropship. Kali ni tajuk kita ialah Buat Saving Hasil Bisnes Dropship. Wallaweeiii... sangatt sangattt best okey!

Sebelum mula membebel, nak tanya dulu:


BETUL KE BETUL?
Mesti la BETUL kan? Saper tak suka dapat banyak income dari bisnes kan!



Dah dapat income dari hasil bisnes dropship yang kita buat tu kan, nak guna untuk apa?

Dah duit korang, pandai-pandai la korang decide nak buat apa.



Jangan tak caya yer, dah ramai orang yang buat bisnes dropship buleh buat income sampai puluh ribu bersih sebulan. Tu, jangan tanya saya la macam mana dan bisnes apa dorang buat, tapi memang ada! Sebab income sebagai Dropshipper is unlimited. Nak jual produk apa, berapa jenis produk nak jual, tu terpulang. Ikut daya upaya korang macam mana. 


Tak kesah la berapa pun yang kita dapat hasil dari bisnes dropship, seeloknya buat la saving. Sebab tu kita perlukan rekod yang proper supaya kita dapat buat catatan/rekod duit masuk/duit kuar secara harian. So dari rekod harian tu kita dapat tengok untuk mingguan, bulanan dan tahunan.

Make sure!
Asingkan duit modal (jika ada guna modal) dengan duit income atau komisen sale kita. Kita jangan sesuka hati sesedap rasa jadik 'perompak duit' bisnes kita sendiri. Itu yang meniaga macam nak rakkk, tapi end up duit tatau ke mana!

Tak kata orang, tapi mengata diri sendiri sebab saya dulu perompak duit bisnes sendiri yang hebat hehehhe. Mula-mula dulu saya memang enjoi katak okey! Syokk ohhh, bisnes dari rumah secara online jer, tapi duit masuk tetiap hari. Jarangggg sangat takder sale langsung masa bisnes Dexandra tahun lepas.

So, bila dah timbul keinsafan heheh, saya pun mulalah buat saving gila-gila punya. Konon nak kaver semula la duit yang saya dah rompak dengan bahagia tanpa rasa bersalah dulu hehehe. Sampai tahap suami saya cakap "amboii berkiranya mama ni, duit banyak tak luak la". Amboiii, pandai bodek!

Saya buat saving dalam akaun CIMB. Sebab saya tak guna akaun CIMB untuk business transactions. Saya bukak akaun cimb khas untuk saving. Tapi, soon rasa kena guna jugak sebab ramai customer dan dropship guna jugak akaun cimb untuk buat payment.





Untuk transactions bisnes, saya guna Maybank. Saving sebelum saya pindahkan ke akaun CIMB saya akan simpan sekian-sekian amount pendapatan sehingga cukup 1k. Setiap kali transfer dari Maybank ke CIMB saya akan genapkan 1k, barulah saya transfer. Setiap transactions saya akan buat proper rekod. 



At the end of every month, saya akan check target sale saya tercapai ke tak. Saya jugak check banyak mana saya dah spent dan buat saving.

Seronok tau bisnes bila kita nampak dalam akaun kita saving makin bertambah. Dan seronok jugak online shopping hahahhaha.

Bisnes, bisnes jugak kan. Penat tau bisnes dari rumah sambil jaga family dan buat servis job lain (ghostwritter & upah buat blog), tapi it worth it! Saya kerja dulu pun tak pernah dapat buat saving macam saya buat bisnes Dropship.


Dalam masa setahun lebih saya bisnes, saya dapat beli apa saya nak tanpa susahkan husband. Dan yang paling best, saya dapat share rezeki dengan mak dan keluarga saya. 

Nak buat saving besar tak mustahil dengan dropship. Walaupun kita surirumah, sambil jaga anak pun boleh. Cuma, pengorbanan tu perlu. Takder benda mudah dalam dunia ni. Kalau kata penat, memangg penat. 


Tapi, kepuasan tu tak terkata. Sebab apa saya dapat adalah dengan izin Allah bagi melalui bisnes dari rumah ajer. Last but not least, no pain no gain! Its not easy, but it worth it.

Inilah tempat saya 'mengais :P



Kalau saya boleh, korang pun passtiiiii boleh!


Next entry:
Entry 9: Bayar Hutang Credit Card Hasil Bisnes Dropship