Monday, June 5, 2017

DROPSHIP: Entry 1 - Hala Tuju & Pengalaman Bisnes Dropship

Amboi tajuk, dah macam sesi brainstorming zaman keje dulu ajer hahhhaa.

Saya rasa nak share tentang Dropship, sebab saya ada sikittt pengalaman buat bisnes dropship dan ada team dropship dalam bisnes Dexandra yang saya buat. Alhamdulillah, pejam celik-pejam celik, bulan Oktober 2017 ni masuk tahun ke-2 saya berbisnes Dexandra.

Saya tau, ramai kat luar sana yang carik peluang bisnes tanpa modal atau modal minimum. Yang nak carik duit dari rumah, yang nak carik duit sampingan, yang bebetul fokus nak bisnes dropship, yang bizi tapi nak bisnes, macam-macam la sebab masing-masing untuk bisnes sebagai dropshipper.

Yelah, zaman sekarang ni, segala benda mahal, harga barang asik naik jer, duit macam air mengalirnya, sampai tahap tak tau dah nak berjimat celah mana hehe. 


Duit not RM50, bawak ke kedai dah rasa risau takut tak cukup. Lagi-lagi kalau bawak anak yang jenisnya main ambikkk jer apa dia nak. Aiskrim, kalau tak Magnum takmo layan. Tak kata anak orang lain, anak saya si Hariz tu la. Si kakak tu pulak, kalau coklat nak Kit Kat Green Tea ajer! Hadoihhh, mana la papa korang tak makin banyak uban kat kepala tu. Itu yang selalu saya usik nizam: "kesian laki aku, tua sebelum waktunya hehehe". 

Sebab tu la, tak pelik kalau zaman sekarang ni, bisnes dropship ni ramai orang join. In fact, most of the founder produk kat Malaysia buat model bisnes: HQ - Stokis - Agent - Dropshipper. Sebabnya modul bisnes macam ni berkesan, pantas untuk sampai pada customer dan lebih jimat. Ni based on pada apa yang saya tau la, saya bukan pakar yer hehhe.

After all, tujuan kita ialah untuk: 
Bisnes - modal minimum, jimat masa, tenaga - Duit!


Saya akan share panduan, tips dan pengalaman saya sendiri dalam bisnes Dropship. Pengalaman saya tak seberapa. Tapi apa yang saya ada dan macam mana saya buat bisnes Dexandra saya akan share. Mana korang rasa bermanfaat, silalah ambik. Yang tak bermanfaat dan tak sesuai, sila campak jejauh. Saya tak reti nak membuai jiwa, beri harapan palsu kat orang. Im very straight to the point you hahhaa. Saya akan buat apa yang saya benar-benar suka dan menjiwai. Sebab bila saya suka, saya akan buat sepenuh hati. Haa, gitew! Poyo pulak rasanya hahhaa. Redho jer la korang terima i seadanya hehhe.

By the way, akan ada 15 entries tentang Dropship ni. Ni baru entry 1 yer, pengenalan gitew! Haaa, sempena nak menjelang Ramadhan sampai nak raya korang akan disedekahkan dan disajikan dengan entry nak dapat idea bisnes Dropship. Bulan puasa kita santai-santai jer tau. Takyah nak kalut sangat, kita bisnes santai-santai jer hihi. Matikler korang ikut style saya ni hehhee. Orang sakan nak buat duit raya time bulan puasa, saya pulak eh nak watlek watpisss pulak.

Well, suka hati memasing la kan, asal bahagia dan tak susahkan orang sudaaa. Pada saya, dah 11 bulan pulun bisnes, bulan puasa nanti saya nak rileks-rileks jer. Gitew! Ehhm bisnes Dexandra jalan macam biasa tau, borong tauuuu kot ada Dexandra Raya Sale ke kan... kita tunggu Puan Erna cakap apa nanti. Ada ke idok Raya Sales.

So, rajin-rajin la hari-hari jenguk 3 blog saya iaitu:
www.ayurashid.com
http://dexandra-perfume.blogspot.m
http://rahayu-abdulrashid.blogspot.my.

Entry sama jer saya share kat tetiga blog. Jimat masa dan otak i memikir hahaha. Lagipun, readers untuk tetiga blog ni mungkin berbeza. So, saya share jer la sekali harung yer.

Setiap hari dari hari ni (22/5/2017) hinggalah 9/6/2017 by 8.30am akan ada entry berkaitan dropship yang saya dah susun dia punya tajuk dan contents bersesuaian dengan apa yang saya nak share.

Saya buat Schedule post, so InsyaAllah akan ada entry setiap hari. Gigih tau saya menaip, berfikir nak share dengan korang, sebab saya rasa ramai yang nak tau pasal bisnes dropship, especially the experience.

Saya tak cerita yang manis ajer, disebalik manis pun saya akan cerita jugak. Sebab bila asik disajikan yang manis-manis ajer tu la ramai yang bisnes kejap dah nak stop, sebab tak dapat merasa manisnya tu. Aishh, mana ada bisnes yang hepi manjang. Join harini esok dah kaya bisnes sales masuk kepuk-kepuk. Amboii amboiiiii banyak cantekkk hahhaha! So kiranya ni the real story la. Gitew! Poyo lagi hahah. Redho tau, sila redho, jangan serius sangat, cepat tua nanti ekekekke.


Semoga sharing saya ni memberi manfaat untuk kita bersama, dunia dan akhirat. Kita niat nak sedekah ilmu yang membawa kebaikan. Ilmu nak carik duit, nak sama-sama jana pendapatan, yang mana pendapatan tu kita guna kerana Allah. Umat Islam digalakkan kaya, bila kaya lagi banyakkkk kita dapat berbuat kebaikan dengan harta dan duit kita.

Ingat tau. 15 entries pasal DROPSHIP.
So, mohon tabah hehhehee. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...