Tuesday, June 6, 2017

DROPSHIP Entry 2: Bisnes Dropship tu apa?

Entry 1: Baca Sini


Apakah maksud dropship?
Dropship ni saya ringkaskan maksudnya ialah kita jual produk orang lain tanpa keluarkan modal atau modal minimum (biasanya dipanggil commitment fees), tanpa perlu beli /simpan stok, tak payah susah payah nak bungkus parcel, nak pegi cod atau pos.

Tugas kita sebagai Dropshipper cuma promote, ambik order, ambik payment dari customer, ambik details pasal order dan alamat customer, lepas ambik komisen bahagian kita, kita bagi duit untuk supplier (iaitu individu yang kita jual barang dia tu), bagi details customer untuk Supplier tu pos.

Nak senang paham lagi,
Kita jual produk orang lain, tanpa kita kuar modal atau pegang produk tu pun. Bisnes wat lek wat pis jer. Takyah kalut nak uruskan stok bagai. Haa, paham? 

So, kita adalah orang tengah di antara Supplier - KITA - Customer.

Nak mudah paham lagi, tengok gambar ni:

Ingat!
Ambik komisen korang sesiap bila customer dah bayar tu sebelum transfer duit kat supplier. Kang korang buat amal jariah jer pulak kalau tak ambik komisen hehehe.

Dedulu saya pun tak tau apa itu dropship dan wujud jenis modul bisnes semudah ni. Mudah tapi bukan boleh diambil mudah JIKA kita bebetul nak buat duit dengan modul bisnes dropship ni. Rasanya bila saya dah join Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) pada tahun 2015 baru saya tau wujudnya konsep dropship ni. Alahai, sendunya ko ni Ayu oiii hahahha.

Masa tu, cikgu online ABDR saya jual nasi arab Al-Bayt (eh lupa ejaan dia apa). Dia kasik sekian-sekian RM komisen. Masa tu, saya tak tau pun nama konsep tu Dropship! Yang tau, promote, dapat komisen. Takyah uruskan stok. Tapi yang tak bestnya, saya sendiri pun tak penah merasa or pegang pun beras nasik arab tu. Dah tu, caner nak menjual sesungguh hati kan? Tapi dapat la jugak jual sekotak hahha. Kelakar bila ingat balik. Apa pun, semua tu pengalaman.

Dalam masa tu la saya nampak orang posting pasal bisnes ala-ala macam ni. Pastu saya try google, bisnes tanpa modal la, bisnes dari rumah la, pengalaman bisnes dari rumah la... sebab masa tu saya tatau nak jual apa lagi. Bisnes Premium Beautiful dan produk Hai-O saya dah slowly tinggalkan dalam tahun-tahun tu jugak la. Sebab bila pindah Semenyih, susah dah nak ke sana sini appoiment segala.

Then, saya try bisnes Shaklee. Tak boleh buat sepenuh hati sebab saya malas study pasal produk hahaha. Yelah, supplements ni benda nak masuk dalam perut dan badan orang. Kalau ilmu takder, salah consult orang ke apa, tak elok la kan. Takkan semua benda asik nak refer Upline jer. Kang ada aku kena maki hahahha. Nak bisnes tapi malas studi pasal produk!

Sampailah saya jumpa bisnes Dexandra Oktober 2015. Alhamdulillah, kekal sampai hari ni. Syukur banyak sangat Allah bagi rezeki melalui bisnes ni untuk saya dan team saya (Oh Wanginya). Ada yang memang sungguh-sungguh buat, boleh buat duit sangat dengan jual Dexandra ni. Saper nak dan dia usaha berterusan, InsyaAllah boleh buat duit besar dengan Dexandra.


Dalam Entry ke-3 esok, saya akan share dengan entry bertajuk:
Nak Jual Apa dan Berapa Modal

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...