Wednesday, June 7, 2017

DROPSHIP Entry 3: Best ke Bisnes Dropship, Nak Jual Apa & Berapa Modal?

Entry 1: Baca Sini
Entry 2: Baca Sini


Apa yang paling best bila buat bisnes dropship?
Pada pendapat dan pengalaman saya, yang paling best ialah 'kedai' kita OPEN 24/7. 



Tak kiralah pukul berapa, bila, cuti sekolah ke, cuti raya ke, hujan-ribut ke apa, kita sedang cuti bersalin ke, kedai kita sentiasa OPEN selagi kita berkerajinan nak bisnes. 

Sebab apa?
Sebabnya ialah kita perlu promote, ambik order dan uruskan order tru online jer. Tak perlu susah payah nak uruskan stok, bungkus parcel, COD/pos. Kita deal sahaja dengan customer & supplier. Setel. Duit pun masuk jer. Kan seronok tu!




Nak jual apa bila nak bisnes Dropship?
Nak jual apa, tu terpulang kat kita. Seeloknya jual apa yang kita dah ada pengalaman guna/pakai produk tu. So, bila kita dah ada pengalaman sendiri guna, kita dah dapat feel dan jiwai produk tu. Orang kata, tak kenal maka tak cinta gitew.

Tapi, boleh jer nak jual produk yang korang pun tak pernah guna. Terpulanglaaa. Takder betul dan takder salahnya aihh nak jual apa pun. Asalkan benda halal, tak langgar peraturan negara, dan kita rasa pasaran untuk produk tu ada. 



Antara produk yang laku keras untuk bisnes dropship ialah:
  • Produk kecantikan & kesihatan
  • Pakaian
  • Gadjet
  • Buku & majalah
  • Permainan kanak-kanak
  • Cookies (musim perayaan)


Kalau nak lebih best bisnes dropship, pilih produk yang:
  • Tidak bermusim, sepanjang tahun orang akan perlukan
  • Produk 'pakai-habis' 
  • Ramai orang jual (menandakan produk tu laris & ada demand)
  • Syarikat atau founder buat mass marketing




Berapa modal nak join dropship?
Kita biasa tengok iklan ala-ala macam ni:

 Yer, bisnes Dropship memang kebanyakannya tanpa modal. Free-free jer kita boleh join bisnes. Dah la bisnes ala-ala watlek watpis jer. Modal pun takyah kuar ngko! Gila tak seronok nak bisnes macam ni kan.

Ada jugak bisnes yang perlukan modal, tapi biasanya sikit jer modalnya pun. Itu biasanya kita panggil Commitment Fees. Selalunya bayar commitment fees ni pun, kita dapat produk. So, at least kita 'dipaksa' beli produk supaya kita dapat 'pegang-tenung-sentuh-atau-guna' produk tu. Jadi, takderla fake melampau kita jual produk yang kita sendiri pun just dok tengok gambar jer heheh.

By the way, saya pun ada jugak join Dropship dengan takder guna atau beli lansung produk tu. End up, memang tak ke mana pun bisnes nya tu hahaa. Memang bisnes 'tounch & go' jer la akhirnya. Kelakar bila ingat paling masa memula bisnes dropship dulu. Well, pengalaman mematangkan gitu. Kalau bukan dari pengalaman sendiri, tak best la nak share kan? Sebab tu awal-awal entry pasal dropship ni saya buat tajuk The Experience gitu.

TAPI kan korang.
Bahaya jugak bisnes tak keluar modal langsung atau modal tersangattt minima ni. Sebab kita MUNGKIN akan rasa bisnes tu tak sampai ke jiwa. Maksudnya kita tak rasa nak buat sepenuh hati sebab kita rasa "Aku tak kuar modal pun, atau alah modal berapa jer, tak rugi la kalau bisnes ni tak jadi pun"

Yes! Inilah antara 'perangkap' yang boleh jerat kita untuk buat bisnes cuit-cuit tinggal! Tak mengata orang lain, mengata diri sendiri lagi haahhaha!


SELAIN MODAL DUIT.
Jangan lupa yer, kita sebenarnya perlukan modal-modal lain. Macam gambar kat bawah ni:

Inilah modal yang kita selalu terlepas pandang dan ambik remeh. Kita mudah give up, rasa bisnes tu bukan produk kita, kita sendiri takder ilmu dan takder rasa nak upgrade ilmu, ilmu pasal produk pun takder atau malas nak blaja, semua nak harap leader suap, kemahiran untuk bisnes kita taknak belajar atau upgrade dan paling UTAMA ialah MODAL DIRI, di mana tanpa usaha dan kesungguhan kita, takder siapa dapat tolong kita melainkan diri kita sendiri.

Jika tak dapat macam orang lain dapat, kita jangan nak salahkan leader, stokis, hq atau founder. Tilik diri kita dulu, sebelum kita menilik orang lain untuk kita tunding kesilapan pada orang lain.

Seeloknya saya share pasal MODAL ni dalam entry asing, tapi takkan sampai sebulan kot saya nak share pasal dropship hahaha. Kasik chance la entry pasal puasa & raya menempel sama kat blog.Banyak sangat entry pasal dropship ni kang, korang konfem muak. Macam la aku ni expert nau pasal ni hahaha. Padahal diri sendiri pun sendu dan masih banyak nak kena blaja lagi. InsyaAllah, kita sama-sama upgrade diri dan ilmu yer. Nak buat duit bukan senang, nak perabih duit shopping lagi senang. Eh, tetiber!


Bersambung next entry:
Entry 4: Macam Mana Nak Mula Bisnes Dropship

No comments: