Thursday, June 8, 2017

DROPSHIP Entry 4: Macam mana nak mula bisnes Dropship?

Entry 1: Baca sini
Entry 2: Baca sini
Entry 3: Baca sini

Nak mula bisnes dropship ni basically macam ni jer:

1. Kenalpasti matlamat kita nak bisnes untuk apa
Ni tepuk dada, tanya poket memasing la yer. Kenapa nak buat bisnes dropship. Jangan lupa, tepuk sekali dahi tu, kenapa aku perlu buat bisnes. Suka-suka nak isi masa lapanggg-lahh sangat? Nak ikut trend bisnes dropship secara online, memang nak tambah pendapatan, memang nak kena ada income sendiri? Haaaa, ini sendiri tanya sendiri kita jer yang tau jawapan. Takyah tanya jiran sebelah umah, jawapan tu ada dalam diri sendiri. Sekian!




2. Survey produk apa kita nak jual

Ni crucial part. Nak jual produk apa, cubalah survey dulu. Search la dulu kat google, rerajin la lawat wall orang kat FB. Jangan lawat wall gossip pulak hahaha. Lawat wall orang-orang yang ada proven success dalam bisnes berkaitan dropship, founder produk, dan sifu-sifu bisnes. SELALUNYA laa, depa ni ada jer boleh bagi kita idea atau peluang untuk jadi dropship. Tinggal kita jer nak rajin buat 'kajian'. Then, dah jumpa tu buat la istikharah ke dulu kan, mohon Allah bagi petunjuk.


3. Lihat pasaran, meluas ke tak
Kalau boleh, biarlah niche produk tu kita tau untuk saper. Pasaran meluas ke tak, produk tu untuk saper, kat mana nak carik 'lubuk' tempat prospek berkumpul. Lagi best macam saya cakap kat previous entry, kalau boleh produk tu biarlah sepanjang tahun akan ada permintaan, produk 'pakai-habis' dan ramai orang jual.




4. Ramai tak pesaing? Kalau ramai maksudnya produk ada demand
Ramai tak pesaing ni, ikut terms macam saya cakap kat point #3 kat atas: ramai orang jual'. Saya tau, mungkin kita rasa takut nak jual produk yang dah ramai orang lain jual. Market tepu katernya. Ramai nauuu menjual, dah tu saper nak membelinya? 

Uols, kalau ramai yang jual tu, maksudnya permintaan produk tu tinggi. Ramai orang nak. Kalau takut sangat nak bersaing, carik jerlah produk yang krikk krikkk jer jumlah sellernya. Haaa, pulun la sales seseorang hehhee. 

Tau tak, secara tak langsung bila ramai seller lain (atau disini kita sebut Dropshipper) lain dok jual jugak produk tersebut, sebenarnya depa dok tolong kita 'promote' produk tuuuu. Sebab tak semestinya orang nak beli dengan dia, mana tau rezeki kita prospek nampak dia promote, tapi Allah gerakkan hati dia untuk beli dengan kita. Semua tu REZEKI. Allah tak pernah aihh tersilap kasik rezeki kat hamba DIA. Kalau dah tertulis untuk kita, maka kitalah yang akan dapat. So, kerja kita? USAHA jer la secara konsisten!


5. Takyah nak kaji banyak sangatlah! Do it now, do its right. 

Orang kampung saya kata... saya tak kata tau:

"Too much analysis lead to paralysis"



Amboi, khelass orang kampung i kan? hahahaa. 
Haaa, betul ni. Ada tak antara kita ni asik dok kaji situ, dok kaji sini. Itu tak sesuai, ini tak boleh, itu tak best, ini tak masyuk, yadaaa yadaaaa... end up sampai ke sudah, takder satu bisnes pun dia buat! Kerja dia asyik mencarik dan mengkaji jer! Buatnya tidak jugak. Orang lain dah makin ke depan, dah buat sale turbozz dah, dia dok mengkajiiii ajer. Haa, mereput la ko kat situ yer. Babai la jawabnya hehe.




So, macam mana nak mula bisnes dropship?
Rangkumannya ialah: 


  • Carik produk apa nak jual
  • Contact individu yang jual produk tu 
  • Follow apa perlu dibuat
  • JUST DO IT UNTIL YOU MAKE IT!





Nesxt entry:

Entry 5: Dah join Dropship, apa perlu saya buat?


Images source: Googled

No comments: