Friday, June 9, 2017

DROPSHIP Entry 5: Dah Join Dropship, Apa Perlu Saya Buat?

Entry 1: Baca sini
Entry 2: Baca sini
Entry 3: Baca sini
Entry 4: Baca sini


Dah Join Dropship, Apa Perlu Saya Buat?
Apa susah, dok jer sesaja, goyang kaki dapat duit.
Amboiii gurau pun tak boley heehhee.


Okey, ni antara yang perlu kita buat bila dah join dropship, dan inilah yang saya buat. So far, alhamdulillah berkesan. Konsisten ke tidak tu, sendiri tau jawapan la kan. Nak ikut, ikut. Takmo, terpulang laa. Pilihan memasing.

Biasanya supplier (kita rangkum semua as supplier la senang yer, iaitu samada: founder, stokis, agent yang tuan punya produk korang nak jual tu), akan kasik produk info, gambar, testimoni kat kita, kan?  In fact, sekarang ni... storitelling copywriting pon dikasik! Tak cukup dengan itu semua, kasik jugak post-post apa yang nak share kat media social.

OMG! Kalau malas jugak nak bisnes bebetul, tatau nak kata apaaa dah! Ini bukan tahap bisnes bersuap ni, tapi bersuap dengan sudu emas! Apa lagi yang kita nak? Dah dikasik kan? Pastu kita nak supplier bantu macam mana lagi, kalau kita yang taknak buat sungguh-sungguh.

Well, saya pun tak rajin jugak sebenarnya haahha. Sebab bila dah terlalu bersuap ni, rasa macam lemau la pulak. Haaa, tak mengata orang... tapi mengata diri sendiri lagi :P


Tapi BIASANYA saya ada la rajin lebih sikit. Ni saya akan buat bila join dropship:

1. Google gambar, info, testimoni berkaitan produk dan save untuk digunakan.
Biasanya ada yang lain daripada supplier kasik. Kita takleh nak harapkan 100% daripada Supplier yer saiyang-saiyang sekalian. Lebih banyak ilmu, info dan bahan untuk promosi, itu lebih bagus!


2. Study pasal produk
Nak bisnes kena study pasal produk. Contohnya cuba guna, jiwai produk, study macam mana nak guna, fungsi, dan sedia dengan soalan yang mungkin customer akan tanya. Ni biasanya untuk produk berasaskan kesihatan dan kecantikan laa. Apa jua jenis produk kita jual pun, mesti 'master' pasal produk. Selow-selow blaja yer.


3. Snap gambar cantik-cantik 
Ini penting. Memang la Supplier dah kasik gambar cecantik, siap ada tulisan-tulisan bagai kekadang tu kan. Tapi, kan ke lagi outstanding berbanding seller/dropshipper lain kalau kita guna gambar lain dari yang lain, especially gambar produk yang kita snap sendiri. 

Saya memang sawan camera hahaha. Dan saya memang sukaaa snap gambar produk yang saya jual. Dulu masa jual shawl byJajaKalam pun, gigih saya posing pakai shawl tu tau hahahha. Alhamdulillah, sales boleh tahan meletops walaupun saya menyambil jer jual shawl tu. Nanti ada masa, dalam entry lain saya akan share contoh gambar produk yang #SayaJual dan saya #SnapGambar sendiri. Oh! #DIYProductPhotoshot katernya! Hahhaha, taknak kalah tu!



4. Buat Promosi di media social pilihan atau offline pun boleh
Ni suka hati korang la nak guna medium marketing yang mana. Fesbuk, instagram, blog, fb ads, etc. Kalau offline pulak, terpulang jugak. Tapi bila nak buat offline mesti nak ada produk kat tangan kan? Baru lebih mudah nak tunjuk produk. Well, tu terpulang cara mana korang suka.

Saya cuma guna online sepenuhnya iaitu blog, fesbuk dan ig (ig sendu jer hehehe), tapi ada jugak sale masuk, alhamdulillah. Maksimumkan penggunaan media social yang ada, tapi kalau nampak medium mana paling BERKESAN, korang fokus kat situ pun dah ok.


5. Set target
Ini penting yer. Bisnes dropship pun buleh dapat ribu-ribu sebulan. Nak ribu gemuk ke, ribu kurus ke, korang yang tentukan. Set target tu molek-molek. Bisnes takder target, baik takyah bisnes hahaha. Target boleh buat simple-simple dan achieveable. Be realistic. Mula-mula bulan pertama, set la rendah dulu, macam ratus - 1k ke. Dah bulan seterusnya, set lebih tinggi... lebih tinggi lagi. Kalau tak dapat, revised target tu. So, takder la kita tertekan tak capai target manjang kann.

Target buleh set camni:
  • Tahunan
  • Bulanan
  • Mingguan
Based on these, korang buat la pecahan target tu. Kecikkan skop dari minggu - bulanan -tahunan. Bila dah nampak 'kecik', senang sikit nak all out buat. Paham ke dok ni? Nantilah, ada masa saya tunjuk cara set target tu. InsyaAllah, kalau rajin dan berkesempatan. I dah ada baby uols, masa sangat mencemburui. Kalau lagi balik dari outstation lagi la nak layan baby tua tu lagi. Anje-anje sangat tu... hahhaha. Tetiber selit hal laki kan, ko dah kenapa Ayu? Hahahha. Saja jer, serius sangat korang baca entry ni kan, kerut-kerut dah dahi tu. AWAS! Jangan kerut dahi, nanti cepat tua kekkeke.


6. Sediakan buku rekod
Ini part crucial jugak yer. Benda penting tapi kita ambik remeh jer. Padahal, inilah penanda aras (wow perkataan!) untuk kita tengok takat mana progress bisnes dropship kita ni. Dulu saya pun tak tulis sangat hahaha. Main ingat dalam pala otak jer. Amboi, ingat otak ko macam CPU ke, memory banyak dan kekal lama. Padahal otak ni dah taraf memori daun pisang dah sejak dah nak jejak umo 40 tahun ni!

Antara buku rekod yang disarankan ada ialah:
  • Rekod jualan 
  • Duit (duit masuk, duit kuar)
  • Database (prospek, pelanggan)
  • Wisihlish, Impian dan azam (saya ada buku ni hahah. aku kan suka berangan!)


7. Bersedialah untuk buang ego, sedia dibimbing dan ditegur
Kadang benda ni yang buatkan bisnes dropship kita 'lumpuh'. Sebab kita rasa kita dah ada pengalaman bisnes lain, dah ada ilmu, dah tau itu, dah terer ini. Pastu, bila supplier tegur sikit atau nak share dengan kita, kita rasa kita lagi tau, lagi hebat!

Haaa, ini bahaya yer. Dalam mana-mana bisnes atau ilmu yang kita nak dapat... always half glass empty. Maksudnya kita bersedia untuk terima ilmu, teguran, nasihat dan bimbingan. Mana elok kita ambik, jika sebaliknya... abaikan dan jadikan panduan. Gitew!

Tapi, saya pun kekadang kepala angin jugak hahhaa. Well, im just a human being. Ada masa tak berkenan tu, diamkan ajer, takyah la ko nak gi sindir supplier ko kat fesbuk kan hahah. Abes-abes pun, saya ngadu kat my bff dan suami jer. Kalau nizam dengar saya bebel, dia diam ajer. Dia dah masak dah perangai bini dia caner. Dah lepas bengang tu, saya diam dan buat bisnes semula macam biasa hahha. Pompuan sengal keh keh kehhh.

Last but not least, kita kena buat sungguh-sungguh. Kalau dah rasa tak boleh sangat dah, terpulang la kalau kita nak stop the biz. Peluang bisnes sentiasa ada, cuma jangan la asik tukar-tukar bisnes. Pening orang nanti. Trust pun akan berkurang kalau kita terrrlalu kerap tukar bisnes atau produk yang kita jual

Nak jual lebih dari 1produk tu boleh jer, cuma kita jer la larat ke tidak. Memang letih pun jual lebih dari 1 produk. Macam saya dulu fokus jual Dexandra jer. Bila saya start jadi Dropship Ronella Essential Oils, phewwww... berpeluh makcik nak kejor dedua bisnes!

Apa pun, semoga Allah permudahkan urusan kita nak raih rezeki darinya. Apa jua kita lakukan, kita jangan lupa utamakan mintak dengan DIA dulu. DIA Maha Kaya, kita mintak sikittttttt jer dari Kekayaan DIA tu. InsyaAllah, sentiasa ada rezeki bagi yang tak lupakan DIA dan berusaha.

Till then, penat aku menaipppppp! Hahhahhaa


Next entry:
Entry 6: Bisnes Kita, Tanggungjawab Kita




No comments: