Monday, June 12, 2017

DROPSHIP Entry 6: Bisnes Kita Tanggungjawab Kita

Entry 1: Baca sini
Entry 2: Baca sini
Entry 3: Baca sini
Entry 4: Baca sini
Entry 5: Baca sini

Bersambung kita di Entry ke-6. 

Adess gigih i menaip, carik gambor dan memikir nak share apa tau heheh. Takpe, saya infak-kan apa yang saya share ni kerana Allah untuk korang. Manalah tau dalam banyak yang saya share ni, sikit-sikit pun dapat korang implements untuk bisnes korang.


Hari ni nak share tajuk Bisnes Kita Tanggungjawab Kita.

Basically, konsep bisnes Dropship ni hampirrrrr sama dengan MLM. Hampirrrr sama yer, bukan sama. #JanganKecam saya pulak kalau apa saya cakap ni tak tepat. Berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ado ni, sebab saya pernah buat bisnes MLM iaitu Hai-O Marketing Sdn Bhd dan Shaklee, kita ada konsep Syarikat - Stokis - Distributor

Distributor tu pulak ada pangkat berbeza-beza ikut level dan pencapaian. Kita biasa panggil upline - downline. Pastu, nak bagi gelaran best sket dan tak nampak sangat orang atas-orang bawah, digelar sebagai Leader (untuk orang yang sponsor atau atas kita).



Begitu jugak konsep Dropship.
Kita boleh anggap bahawa tuan punya produk yang kita jual (Supplier tu laa), as a leader. Sebab selain daripada kita jual produk dia, dia juga biasanya akan bantu kita dari segi:

  • Bahan-bahan untuk promosi (produk info, gambar, testimoni, copywriting, etc)
  • Kasik info semasa (promosi, produk info yang latest, perkembangan terkini)
  • Kasik semangat dan motivasi
  • Kasik coaching, bimbingan dan teguran (jika perlu la teguran ni hehe)
  • Provide seminar, training & classes
  • Kasik rewards (ni ikut kemurahan hati supplier la yer)
  • Support group (fb group, telegram, whatsapp)


Kalau kita tengok contoh 'bantuan' yang diberikan oleh Supplier kat kita, rasanya dah lebih dari cukup untuk kita konsisten buat bisnes dan buat duit. Sebab tu saya rasa bisnes Dropship ni bisnes bersuap dengan sudu emas! Nak apa, semua dikasik. 

Kalau dalam support group whatsapp, sampai tahap rasa kesian kat Supplier, sebab asik bunyik cengkerik kriikkk krikkk jer dalam group haahha. Memasing menyepi jer. Sedih tau! Sebab saya pun ada team WA group bisnes saya hahahha. So i bercakap dari hati tau kah kah kahhh.

Tapi, bila fikir balik, lantak koranglah nak reply ke tak. Nak respon ke tak. Janji ada jer dalam tu yang buat sales. Depa akan order secara personally kan. Lagi pun, saya sendiri memang tak gemar whatsapp group terlalu aktif. Semak rasanya hahha. 

Dalam WA group team saya, memang saya hadkan pada urusan berkaitan bisnes jer. Takyah nak hantar gambar wish-wish assalamualaikum ke, selamat malam ke, masak apa harini ke hahah. Kita bincang dan share hal bisnes jer. Sikit-sikit nak beramah-mesra tu boleh la. So far, saya suka dengan group saya. Alhamdulillah, semuanya baik ajer dah kurang lebih 2 tahun dah.


Itu antara tanggungjawab supplier pada kita as their Dropshipper.

Tanggungjawab kita pada bisnes kita pulak macam mana?

Ini yang kita selalu terlepas pandang! Selalunya kita akan jadi terlalu bergantung pada supplier. Kita anggap dorang kemaruk sales dari kita. Sampai ada yang fikir supplier harapkan kita semata-mata untuk dapatkan sales, kalau kita tak jual, tak laku la produk dorang. Amboiiii! Choii sangat pendapat tu kan!

Yang nak carik duit sekarang ni saper? Yang nak jual produk orang tu saper? Kita jugak kan? Kita patut bersyukur dan berterima kasih tau, sebab ada syarikat atau supplier yang share peluang untuk kita carik duit. Dah la modal tak kuar langsung, atau kalau kuar pun ciput ajer, segala kerja orang lain uruskan. Keje kita as dropshipper ni senang ajer. Itu pun jadik malas? 

Kalau tak dapat sale, mulalah nak down tak tentu pasal. Mulalah nak salahkan founder la, syarikat la, supplier la. Produk pun disalahkan jugak. Eh, pesaing pun disalahkan jugak! Hahhaa matik la meniaga macam ni, asik nampak salah orang lain jer kalau produk kita jual takder orang beli.

Dah tu, macam mana nak meniaga. Kalau sebulan 2,3 kali jer share pasal produk. Kat fb manjang asik dok meroyan merapu. Orang nak membeli dari kita pun seram hahaha. Pastu, update wall pun krikk krikkkk. Study pasal produk pun tak. Sikit-sikit nak refer supplier. Kalau supplier lambat reply atau tak reply, dah mula salahkan dia. Tak membantu katanya. Tak bertanggungjawab.

Aduhai. Kalau benda simple pun 10x nak kena bagitau benda sama, iols pun malas nak layan tau hahaha. Mereput la kat situ. Sebab ramaiii lagi dropshipper lain yang perlu dijaga dan dilayan. Saper yang perform, of course akan dapat keutamaan. Itu biasa, bukan isu pilih kasih ke apa. Tapi, bak kata orang: "Nak follow silakan, lambat sory i terpaksa tinggal!"

Bisnes is all about time jugak. Takkan kita pun nak mereput sama dengan orang yang redho mereput. Rugi jer tunggu. You'll say no, I'll saya NEXT!

So. malas nak taip panjang-panjang, bila kita join bisnes as Dropshipper ni, tanggungjawab kita 99%, 1% tu jer tanggungjawab supplier or leader. Kita takleh pentingkan diri, nak dia layan dan hadap kita jer. Kita yang kena usaha lebih.

Percayalah, supplier akan sangat hepi kalau kita tunjuk effort kita. Takder sale kencang takper, asalkan usaha. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan. Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa lihat dalam diri dia, setakat mana usaha dia, apa lagi perlu dia buat untuk upgrade. Supplier hanya bantu kita, the rest is ours!

Bekerja dalam team atau bisnes berjemaah is better than buat sesorang. Trust me!

Next entry:

Entry 7: Cintai Produk

No comments: