Tuesday, June 13, 2017

DROPSHIP Entry 7: Kenali & Cintai Produk

Entry 1: Baca sini
Entry 2: Baca sini
Entry 3: Baca sini
Entry 4: Baca sini
Entry 5: Baca sini
Entry 6: Baca sini


Bertemu kembali bersama Kak Kintan saya dalam topik berkaitan Dropship. Sekarang dah Entry ke-7. Ikutkan schedule post saya nak buat ni, total 15 entries untuk topik Dropship. 15 entries ngko! Ni tatau la saper muntah ijooo dulu. Penulis atau pembaca hahaaa.


Dalam Entry ke-7 ni, tajuk kita ialah Kenali & Cintai Produk

Okey, bila bisnes dropship ni, kita mungkin bermula sebagai:

  • Pengguna produk... lepas tu rasa best terus rasa nak jual 
  • Beli produk disebabkan dapat produk dalam Pakej Dropship, so beli-guna-jual
  • Jual produk semata-mata, sendiri tak penah sentuh pun produk tu, apa lagi nak guna.

Saya ada pengalaman untuk ketiga-tiga situasi macam mana saya bermula sebagai dropship. Feel dia memang lain dan usaha kita pun berbeza!


Kat bawah ni, antara produk-produk yang saya jual sebagai Agent dan Dropship. Yang mana semuanya #SayaGuna dan #SayaJual. 



Let the picture do the talking :P
Ni SEBAHAGIAN koleksi shawl 2 muka byJajaKalam yang saya ada.
Memang saya suka giler dan saya jual!
Walaupun saya dah tak jual dah, tapi saya tetap pakai. 



Saya memang gila perfume!
Bila dapat jer peluang bisnes Dexandra ni. saya terus buat.
Mulanya saya join as Dropshipper jer. Lepas tu saya upgrade jadi Agent.
Bisnes ni alhamdulillah, masih kekal sampai sekarang.




Ni pulak produk based on Essential Oil (EO) iaitu Ronella.
Saya baru jer join as Dropshipper pada bulan Mac lepas.

Buat masa ni, masih lagi belum kukuh hehhee. Kekadang rasa nak buat, kadang rasa nak rehat dulu. Due to comittment lain macam kat bisnes dexandra dan job as ghostwritter + upah buat blog.
Kejap nak stop, kejap nak buat hehhe
Tengok jer la lepas raya nanti macam mana. Buat masa ni bertahan dulu
Baru sangat lagi. Apa pun, saya suka guna produk Ronella ni

Saya dah try Ronella Family Pack & Stem Diffuser. 
Memang best!






Ini pulak produk baru Ronella iaitu Ronella Mommy Relief.
Khusus untuk wanite mengandung dan boleh jugak orang tak mengandung guna, termasuklah kaum lelaki. Untuk legakan sakit-sakit badan especially sakit pinggang di kalangan wanita mengandung.



Based on pengalaman saya, seeloknya jika mampu beli dan boleh kita dan keluarga guna, apa-apa produk kita nak jual, eloklah kita beli dan guna dulu. Atau, dalam masa sama: beli dan jual. Sebab bila kita sendiri dah feel macam mana rasa guna/pakai produk tu, lebih mudah kita nak share

Share dari hati akan sampai ke hati tau.

Tapi, terpulanglah kat diri masing-masing kan. Sebab ada jugak produk yang kita jual, tapi tak sesuai untuk kita. Ada jer orang lelaki jual tudung, takkan dia nak pakai tudung tu nak ambil feel kan? hehhe. So, pandai-pandailah sesuaikan diri dan carik cara untuk kenali dan cintai produk yang kita jual

Pilihan masing-masing. Yang penting kita dapat sharing pasal produk dengan baik dan customer pun yakin nak beli dengan kita. 


Next entry:
Dropship Entry 8: Buat Saving dengan Hasil Bisnes Dropship!

No comments: