Wednesday, June 14, 2017

DROPSHIP Entry 8: Buat Saving Hasil Bisnes Dropship

Entry 1: Baca sini
Entry 2: Baca sini
Entry 3: Baca sini
Entry 4: Baca sini
Entry 5: Baca sini
Entry 6: Baca sini
Entry 7: Baca sini

Berjumpa lagiiiii kita dalam entry ke-8 tentang Dropship. Kali ni tajuk kita ialah Buat Saving Hasil Bisnes Dropship. Wallaweeiii... sangatt sangattt best okey!

Sebelum mula membebel, nak tanya dulu:


BETUL KE BETUL?
Mesti la BETUL kan? Saper tak suka dapat banyak income dari bisnes kan!



Dah dapat income dari hasil bisnes dropship yang kita buat tu kan, nak guna untuk apa?

Dah duit korang, pandai-pandai la korang decide nak buat apa.



Jangan tak caya yer, dah ramai orang yang buat bisnes dropship buleh buat income sampai puluh ribu bersih sebulan. Tu, jangan tanya saya la macam mana dan bisnes apa dorang buat, tapi memang ada! Sebab income sebagai Dropshipper is unlimited. Nak jual produk apa, berapa jenis produk nak jual, tu terpulang. Ikut daya upaya korang macam mana. 


Tak kesah la berapa pun yang kita dapat hasil dari bisnes dropship, seeloknya buat la saving. Sebab tu kita perlukan rekod yang proper supaya kita dapat buat catatan/rekod duit masuk/duit kuar secara harian. So dari rekod harian tu kita dapat tengok untuk mingguan, bulanan dan tahunan.

Make sure!
Asingkan duit modal (jika ada guna modal) dengan duit income atau komisen sale kita. Kita jangan sesuka hati sesedap rasa jadik 'perompak duit' bisnes kita sendiri. Itu yang meniaga macam nak rakkk, tapi end up duit tatau ke mana!

Tak kata orang, tapi mengata diri sendiri sebab saya dulu perompak duit bisnes sendiri yang hebat hehehhe. Mula-mula dulu saya memang enjoi katak okey! Syokk ohhh, bisnes dari rumah secara online jer, tapi duit masuk tetiap hari. Jarangggg sangat takder sale langsung masa bisnes Dexandra tahun lepas.

So, bila dah timbul keinsafan heheh, saya pun mulalah buat saving gila-gila punya. Konon nak kaver semula la duit yang saya dah rompak dengan bahagia tanpa rasa bersalah dulu hehehe. Sampai tahap suami saya cakap "amboii berkiranya mama ni, duit banyak tak luak la". Amboiii, pandai bodek!

Saya buat saving dalam akaun CIMB. Sebab saya tak guna akaun CIMB untuk business transactions. Saya bukak akaun cimb khas untuk saving. Tapi, soon rasa kena guna jugak sebab ramai customer dan dropship guna jugak akaun cimb untuk buat payment.





Untuk transactions bisnes, saya guna Maybank. Saving sebelum saya pindahkan ke akaun CIMB saya akan simpan sekian-sekian amount pendapatan sehingga cukup 1k. Setiap kali transfer dari Maybank ke CIMB saya akan genapkan 1k, barulah saya transfer. Setiap transactions saya akan buat proper rekod. 



At the end of every month, saya akan check target sale saya tercapai ke tak. Saya jugak check banyak mana saya dah spent dan buat saving.

Seronok tau bisnes bila kita nampak dalam akaun kita saving makin bertambah. Dan seronok jugak online shopping hahahhaha.

Bisnes, bisnes jugak kan. Penat tau bisnes dari rumah sambil jaga family dan buat servis job lain (ghostwritter & upah buat blog), tapi it worth it! Saya kerja dulu pun tak pernah dapat buat saving macam saya buat bisnes Dropship.


Dalam masa setahun lebih saya bisnes, saya dapat beli apa saya nak tanpa susahkan husband. Dan yang paling best, saya dapat share rezeki dengan mak dan keluarga saya. 

Nak buat saving besar tak mustahil dengan dropship. Walaupun kita surirumah, sambil jaga anak pun boleh. Cuma, pengorbanan tu perlu. Takder benda mudah dalam dunia ni. Kalau kata penat, memangg penat. 


Tapi, kepuasan tu tak terkata. Sebab apa saya dapat adalah dengan izin Allah bagi melalui bisnes dari rumah ajer. Last but not least, no pain no gain! Its not easy, but it worth it.

Inilah tempat saya 'mengais :P



Kalau saya boleh, korang pun passtiiiii boleh!


Next entry:
Entry 9: Bayar Hutang Credit Card Hasil Bisnes Dropship

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...