Friday, June 16, 2017

DROPSHIP Entry 9: Bayar Hutang Credit Card Hasil Bisnes Dropship

Entry 1: Baca sini
Entry 2: Baca sini
Entry 3: Baca sini
Entry 4: Baca sini
Entry 5: Baca sini
Entry 6: Baca sini
Entry 7: Baca sini
Entry 8: Baca sini


Hi. 
Entry ke-9 dah. Hari ni kita nak share tajuk Bayar Hutang Credit Card Hasil Bisnes Dropship

Sebelum tu nak menjemah sikit. Saper kat sini masih dibelenggu hutang credit card? Haaa, baik ngaku kat diri sendiri cepat hehehe.

Alhamdulillah, saya dan suami takder dah hutang credit card. Hutang credit card ni nampak jer macam bulan-bulan bayar sikit jer minimum payment kan. Contoh RM150. Tapi kalau hutang kita ada 5k, boleh imagine berapa tahunnnn nak setelkan kalau kita dok layan bayar minimum payment jer. 

Saya still ada credit card Maybank Mastercard. Credit limit cuma 7k jer. Tu the one and only credit card yang saya ada dan apply dari dulu sampailah sekarang. Masa kerja dulu, datang la orang bank promote kad apa pun, saya tak layan. Ada 1 tu saya memang tak plan nak closed, sebab manalah tau nak guna. Sebab kekadang nak booking hotel online senang guna credit card. Bila bayar bila nak check-out kat hotel tu baru guna cash or debit card. Sejak saya dah buat full settlement credit card, saya memang dah tak guna.

Ni pun, kad baru tak pegi ambik pun kat Maybank Semenyih. Kad tu sebelum ni dorang dah anta kat rumah flat pkns sama. Hahhaha, daku tak update alamat walaupun dah dekat 4 tahun pindah. Dasar pemalas betul. Masa call maybank bulan lepas baru update. Then, dorang anta semula kad tu kat Maybank Semenyih. Eh, seriusly lupa nak gi ambil. Surat dah sampai, kalau lebih dari 2 weeks tak ambik, dorang akan anta semula kat tu ke Maybank CC Centre. 

Nampak tak, sejak tak guna cc, dah tak ambik port dah. Sebab saya memang avoid guna cc. Apa saya nak beli, saya akan kumpul duit dari bisnes dropship dan bisnes servis yang saya buat. 


Bisnes Dropship bukan bisnes main-main. Kalau nak buat duit besar, nak bayar hutang credit card, atau apa-apa hutang, kita buat la bisnes dropship sesungguh. Modal takder atau modal kecik giler, tapi hasil yang kita boleh dapat, memang diluar jangkaan asalkan kita konsisten. 

Saya pernah share pasal kisah saya dan credit card ni. Korang boleh baca kisah benar ni, macan mana saya buat full settlement credit card dengan duit hasil bisnes Dexandra.

Korang boleh klik link ni: 


Next entry:
Entry 10: Bayar komitment bulanan dengan duit hasil bisnes Dropship


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...