Thursday, June 15, 2017

Hi Hi... Nak membebel kejap!

Amacam? Dah ada rasa nak muntah merah putih kuning biru ke baca entries pasal Dropship? Hihihi, sorry la uols, tu semua entries Schedule Posts. Gigih saya mengarang pada bulan lepas tau. Masa tu sebelum cuti sekolah lagi, dalam almost 2 weeks la saya dok pulun mengarang. Cadangnya akan ada 15 entries, tapi setakat Entries 9 jer kot sempat saya buat tu. Next, InsyaAllah kita sambung lepas raya. Kalau tak sempat lepas raya puasa, kita extend lepas raya haji hehehe.



Bila Nek Jah dan Ayah Su budak-budak ni dah balik kampung hari Ahad (iaitu hari ke-2 puasa), saya dah tak naik SOHO pun! Laptop pun letak jer kat living hall. On pun baru kelmarin sekejap buat kerja client. Dah la masa tu celcom problem, asik on-off jer connections. Nak update blog sendiri dah tak sempat, sebab Ayra dah ekk-ekkkk bangun nak susu. Dah kenyang menyusu, dia sambung tidur sampai pukul 11 lebih, tapi saya dah malas la pulak nak on laptop. So, berdua dengan Ayra dalam keadaan rumah gelap gelita sebab langsir block-out, saya pun apa lagi... tumpang membuta sama laaa hehehe.

Bila dah sahur tu, memang sampai pagi la saya tak tidur. Sebab bila tidur, badan akan jadik lesu dan lemau gila. So, baiklah saya buat apa yang patut.

Hari ni dah hari ke-20 Ramadhan. Cepatnya lahaiiii masa berjalan. Ni sebab bahagia sangat atau masa tak berkat ni? Hehhee. harap takder la masa tak berkat kan? Sebab masa pun rezeki. Yang tak dapat kita ambik balik dah yang dah lepas tu. 

Skang saya bizi marathon tadarus. Saya dah pun ABC minggu lepas. Macam biasa, sebelum ABC tu, saya akan pulun tadarus. Sempatlah sampai juzuk 13. Pastu dah stop 8 hari, baru kelmarin sambung semula. Subuh tadi baru masuk juzuk 15. InsyaAllah, saya target nak khatam sebelum hari Jumaat depan. 

Sebab, plannya nak balik kampung hari Jumaat. Tapi kalu datang wenggg nizam tu nak layan bola la... nak layan masterchef laaaa, ada jugak hari Sabtu baru balik. I ok jer hahah, sebab turn raya Keratong, malam raya pun boleh hehhee. Cuba kalu turn raya kat Besut, hari Rabu saya dah zikir kat nizam ajak balik hehe. Bukan apa, sebab Besut kan jauhhh, letih ohhh kalau balik bila orang dah start cuti sekolah. Masakkkk la kat atas jalan tu. Dah la skang dah ada budak cinonet, kesian dia lama-lama dalam kereta.

Wah sakan menaip ni, sebab Ayra tidur lagi. Dania Hariz dah pegi sekolah. Aman damai rumah ni. Ni pun menaip sambil duduk kat sopa jer. Kalau sebelum ada baby dulu, heaven dah dok dalam SOHO. Bila ada baby. rutin pun berubah. But, so far alhamdulillah. Ayra baby yang sangat mudah nak uruskan. Tidur malam pun lena. Itu yang paling penting tu, sebab mama dia kaki membuta hahhaa.


Okey, nanti bersiaran lagi, nak sambung tadarus sebelum waktu dhuha. Selamat berpuasa korang. Dah kemas rumah ke? Nanti ada masa saya share pasal deko-deko yer. Oh tahun ni takder beli apa pun untuk rumah. Eh, ada. Langsir. Tapi tak tempah lagi hehe. Balik kampung nanti baru tempah. 

Kbye! Jumpe lagi. 

No comments: