Saturday, June 17, 2017

Lagi Seminggu Nak Raya & Deko Raya

Amboi, sakan korang bershopping yer
Sana sini kengkawan FB dok update status jalan jammed!
Bangi Gateway, Bangi Sental & Seksyen 7 Shah Alam.
Tu memang kawasan carik pasal la kalu pegi area sana

Eh, tapi rasanya semua mall pun bersesak-sesak la kan
Gigih yer uols.
Kitorang ni, memang tak laaa nak meredah lautan manusia
Dok umah jer dediam
Wat lek wat pisss. Lagi pun, kitorang takder la bershopping sakan
Skang dah umur cenggini, makna raya tu dah lain
Janji dapat sama keluarga, balik kampung, dah cukup
Baju raya selai dua buat syarat sudah laa

Anak-anak pun saya tempah baju sorang sepasang
Kain beli dengan tailor jer terus, dia anta gmbr kat wa hehe
Pastu, ukuran baju pulak, mintak mak dia ukurkan
Then, wa ukuran kat dia
Setel!

Tahun ni, anak-anak baju kaler mint green
Alish la pilih kaler green
Dania & Ayra redho jer la menerimanya hehhee
Papa mama pulak, tak decide lagi
Sebab belum selongkar lagi lemari
Baju kurung  & baju melayu kaler apa nak pakai
Haaa... kami laki bini takder baju baru uols
Sebabnya malas nak meredah nak membeli

Saya pulak, jubah tempah 2 helai tahun lepas tak penah pakai lagi
Baju kurung 2 pasang pun ada tak penah pakai lagi
Dah tu... nak gatal beli baju baru buat apa
Lagi pun, bukan kerap pakai pun
Sejak tak keje, baju kurung jadi tukun dalam lemari huhu

Okey, minggu ni, mesti korang dah bizi kemas rumah kan?
Wah sakan berdeko raya uols
Saya ni, tak buat apa-apa pun
Malas, laki bini dedua malas
Ada masa dok umah, kitorang dok layan tv
Layan Masterchef Canada & Australia
Pastu layan My Dream House, layan movie
Memang tahap buat kuak lentang la atas tilam hehhe

Takpelah, raya bukan kat umah pun
Balik kampung dah seminggu lebih
Lepas raya la berkemas dan berdeko
Itu pun kalau rajin laaa. Macam tak rajin jer
Nak bukak sarung sopa anta laundry pun malas, caner tu?

Saya pun, dok marathon nak khatam quran ni
Harini baru masuk juzuk 20
InsyaAllah sempat khatam Jumaat ni.
Ada baby ni, jadual pun dah jadik huru-hara
Kena ikut timing Ayra, ikut mood dia

Minggu ni, sampai hari Jumaat
InsyaAllah saya akan share pasal deko, gubahan bunga
Dan apa-apa berkaitan deko
Saya kutip jer la gambar yang ada dalam hp dan labtop
Banyak jer gambar yang saya snap
Cuma snap dari bulan 4 & 5 tapi tak sempat nak share sini
Biasa saya share kat Instagram jer @_ayurashid_

Macam gambar kat bawah ni, dari bulan 5
Sampai deko kat sini dah berubah dah sikiittt

Al-kesahnya salur air keluar mesin basuh sumbat lagi!
Dah tak daya nak buat apa dah
Dah panggil plumber 2x
Dia just jolok2 salur air dengan besi, kena caj RM180 ngkoo
2 hari sumbat semula
Panggil lagi, buat gitu jugak, sib baik kali ni tak kena caj
Kalu kene melampau tuuu
Tapi sehari dua lepas tu jadi lagi

So, saya dah tensen gilaaa sebab air melimpah naik
Basuh baju kena tunggu tepi washing machine
Untuk tekan button PAUSE bila air tengah keluar
Kadang-kadang bila lupa atau tak sempat
Air dah melimpah ke simen. Gila ngkooo tak stress!

Sudahnya, nizam letak washing machine tu kat beranda
Haaa, dah macam orang kaya nau-nauuu la
Mesin basuh baru letak kat beranda!
Dah malas rasa nak basuh baju, sebab kena angkut baju keluar
Nak sidai pun kena berpanas kat beranda tu

Memang dah tahap fedap gila dah dok sini
Tolong laa. Semoga nizam kena transfer ke mana-mana
So that kami dapat pindah dari sini
Macam-macam masalah kat umah ni
Me dislike!

Bayangkanla
Mesin basuh dah takder sini pun
Salur tu still sumbat!
Sedangkan salur tu cuma yang keluar air dari bilik air & sinki
Nasib baik saya perasan macam ada bekas minyak-minyak atas lantai
Mandi dan buat kerja kat sinki kenalah 'berhemah'
Arghhh tensennya.

Ni gambar area dapur tu bila dah takder washing machine kat situ
Ni sebelum air melimpah lagi sekali
Saya letak kedudukan rak buku macam ni.









Gambar full yang latest nanti saya snap JIKA RAJIN
Ni kita ambik mood nak update gambar deko dulu
Guna jer apa gambar yang ado :)

Till then, jumpa lagi!

No comments: