Wednesday, July 19, 2017

Anak Belangkas!

Ayra dah umur 5 bulan pada 2.7.17 lepas. How time flies katernya. Tapi mama Ayra blom ada tanda-tanda nak kurus 😂. Okey, lepas raya start diet selow-selow. Hahahah itulah janjiku pada Nizam. Sebab suka nau dia kata saya gemuk. Macamlah dia tu kurus huh!

Skang, Ayra dah kenal mama dia sepenuh hati. Haaaa, dah sampai tahap "cant take my eyes out of you".

Hilang jer mama dari pandangan, memang meraung la. Sib baik la Dania & Alish dah boleh harap tengok-tengokkan adik. Kalau tak, lagi haru-biru.

Ayra ni macam manja lebih dengan Nizam. Kalau Nizam ada, aura tu lain macam. Jadi happy baby tu. Macam pelik jugak, sebab Dania Alish dulu takder la macam tu. Apa pun, mama Ayra lagi happy, dapat la regangkan urat sambil layan hp hahahaha.

Kerja-kerja rumah kena siapkan laju-laju. Takleh dah nak buat kerja sambil berdondang sayang. Skang kalau weeekend memang tak masak. Nizam tapau ajer. Dia pun kesian kot tgk saya keletihan. Yelah, weekdays dah hari-hari masak, weekend kasik la chance gantung kuali. Tapi bosan jugak makan luar, bukan sedap mana pun. Dah la mahal.

Bila Ayra dah jadi macam anak belangkas, saya banyak kena duduk ngadap dia jer. Aduhaiii. Dah la daku jenis takleh dok diam. Ada jer benda nak buat. Tapi kena tangguh atau buat pun tak sesempurna saya biasa buat. Sangat tak best feeling tu tau 😏.

Tapi... layan baby ni best... kalau dia tak meragam la hahahha. Ayra pun dah pandai gelak2 sakan. Geram tengok hehee.

Ni update blog guna hp jer. Ayra dah "nyanyi" ni. Till then, jumpa lagi!

No comments: