Monday, July 31, 2017

Bila Ayu Bizi

Banyak benda nak share dan tulis review
Dah lama nak tulis review buku dan ebook
Tapi jangankan nak tulis review, nak baca pun tak sempat
Kalau sebelum ni, buku tu jadi teman setia
Sejak ada baby, dah curang sangat dah dengan buku

Kesian tengok buku, takder sentuhan kasih sayang tuan dia dah
Tuan dia asik dok kelek baby baru jer
Nak belek diri sendiri pun tak sempat... sobb sobbb

Ni lagi la, 3 beranak tak sihat
Rasa nak jer jumpa doktor malam tadi tu
Mintak surat ngan doktor suh dia refer-kan ke hosp
Nak admit konsep serah diri gitu hahaa
Melampau kan si ayu ni... ehhehehe

Yelah, dok rumah, manada masa nak bebetul rehat
Kalau demam, yang paling nikmat ialah dapat baring
Baring dalam bilik yang sejuk dan gelap dan sunyi 
Dapat bergulun dalam selimut lepas makan ubat
Walaupun makan ubat kena paksa dulu heehhee

Dah ada baby ni, dalam mimpi jer la
Eh, manalah sempat bermimpi kan?
Kalau dah setiap setengah jam anak terkejut lalak-lalak
Pastu bila riba elok jer tidur
Letak atas tilam, setengah jam lagi dia ulang balik drama tu 
Hmmmm...

Ni pun update blog sementara ayra nap
Ikutkan mata dan keletihan badan ni
Rasa nak bergolek sama jer
Tapi, tak siap la keje huhuuuuu

Blog Ronella dah selesai di bayar customer 
Tapi, saya pulak tak siap-siap lagi edit entries
Dan saya tambah 10 entries as bonus

Ni baru sempat buat 3 entries
The rest lagi 7 tu, hrp dapat siapkan ASAP
Then boleh hand over sepenuhnya pada customer

Till then, penat dah menaip laju-laju ni
Taip pun apa rasa naik taip jer
Jangan harap nak baca semula sebelum Publish
Spelling error ke, jalan cerita berterabur ke, lantok ler disitu

Till then, jumpa lagi!

By the way, Welcome OGOS!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...