Thursday, July 20, 2017

Cabaran kerja dari rumah bila ada baby

Fuh! Memang mencabar keimanan, fizikal dan mental!

Yelah, sebelum ni dah bersenang-lenang sebab Dania Alish dah besar
Dah pandai uruskan diri sendiri
Memang saya dapat fokus pada keja blogging dan bisnes
Ada masa duduk kat SOHO fokus bisnes
Ada masa nak buat segala rekod, target, dan performance
Memang senang la

Tapi... bila dah bersalin, semua berubah
Dalam masa 4 bulan umur Ayra ok lagi
Sebab Nek Jah dan Ayah Su budak-budak ni duduk sini
Walaupun penat lain pulak iaitu asik masak ajer haha
Tapi, still ada orang yang tolong jaga Ayra
Saya dapat jugak fokus pada kerja-kerja kat SOHO

Bila dorang dah balik kampung, bermulalah perjuangan sendiri
Bak kata orang putih: the struggle is real!

Nak buat kerja bisnes, kena curik-curik masa
Dah takder dah my own sweet time nak buat kerja dengan fokus dan teratur
Saya ni jenis semua nak teratur dan sempurna
So, memang tak boleh dah la kan
Buat jer setakat yang sempat dan boleh
Asalkan siap!

Tak payah nak pikir sempurna sangat
Kang tak jadik kejer la ngko ayu oiiii
Haaa, begitulah konsepnya kerja dari rumah bila ada baby

Basically, wanita yang kerja dari rumah
Tak boleh buat semua kerja sendiri
Kami perlukan sokongan suami, anak-anak dan family
Macam nizam, tak boleh harapkan dia sangat
Sebab dia banyak kerja kat luar banding dok rumah
So, apa sangatlah yang dia boleh bantu huuu
Kiranya 98% urusan anak dan rumah saya buat sorang-sorang
Yes... ia memang penat giler
Kadang nak nanges rasa sebab penat dan stress

Tapi, nak buat macam mana kan?
Ni pun kira untung sangat dah saya kerja sendiri dari rumah
Rasanya kalau kerja makan gaji lagi letih
Sebab saya dah rasa dedua tu, kerja dari rumah lagi senang
Dan paling penting tak payah nak layan kerenah orang sangat
Dan palingggg pentinggggg takder boss yang nak arah-arahkan saya ehehhe

Yelah, dalam umur yang dah masuk kategori remaja purbakala ni kan
Taknak la tambah benda-benda yang boleh menambahkan lagi stress
Dah la baru 3 malam lepas terbaca kawan share kat FB
Salah satu punca kanser merebak dengan cepat atau boleh terkena kanser
Ialah STRESS.

Huhuu... takuttt dan nauzubillah
Dah la keturunan saya ada kanser huhuhuu

So, from time to time memang struggle jugak
Nak urus emosi dalam kehidupan harian
Sebab tu mana-mana kerja or bisness
Yang boleh buatkan saya serabut dan stress, saya akan tinggalkan
Tak guna ada duit pun, kalau tak happy
Dan saya tak suka orang push melampau

Biarlah tak kaya pun, biarlah tak berjaya pun
Sebab after all, apa yang saya nak ialah kegembiraan dan ketenangan
Bukan nak kata duit tak penting
Takder duit pun pengundang stress jugak kan?
Tapi, selagi ada jalan dan cara lain untuk dapatkan duit
I will go for it

Doakan semoga perjalanan hidup saya dan keluar baik-baik ajer
Dan saya doakan untuk korang jugak!


Till then, kena stop dulu
Nak masak pulak sementara Ayra tidur ni
Harini Alish request nak makan lauk kurma ayam
Suka tengok anak makan berselera dengan hasil air tangan mama
Walaupun seminggu 2 kali ulang tayang lauk yang sama hhaaahhaa.

Asalkan anak cakap
"Mama, sedap la mama masak, Alish/Dania suka"

Itu dah cukup membahagiakan saya
Tak dapat jadik masterchef untuk orang lain
Jadik Mastercess untuk anak-anak dah cukup membahagiakan.

Kbye!

No comments: