Tuesday, July 18, 2017

Deko Raya 2017| Langsir Sliding Door

Masa beli kain langsir kat Nagoya PAS tu
Saya beli kain sebanyak ikut ukuran langsir grey-hitam sediada
Langsir tu railingnya rapat sampai ke siling

Tapi, bila nak tempah jahit tu
Saya decide nak buat pendek sikit
Sebab nak ikut ukuran langsir-langsir sediada dari Istana Kayangan
Ada la dalam 7 lai kot, tu pun kira yang letak kat Besut huhu
Memang dasar gila langsir sangat!

Sejak pindah sini, dok pakai langsir hitam tu jer
Dah 3 tahun tak berganti, sebab tu jer yang ada
Langsir sediada dari Istana Kayangan tu pendek sikit
Tak sesuai dengan ketinggian railing

Kebetulan pulak, railing day curtain tercabut
Alish laa... main bergayut pusing-pusing dalam langsir tu
Masa sebelum bulan puasa lagi
Bila dah tercabut railing tu, tak dipasang-pasang nizam
Sampailah nak ganti pasang langsir baru ni

Then, saya suruh nizam bukak railing kayu, turunkan
Pasang semula ikut ukuran langsir baru dan sediada
So, lepas ni, kerap la bertukar-tukar langsir
Maklumler, banyak langsir terperam heeehhe.


 Nizam cakap tak cantik bila tak penuh sampai siling
Memang la tau tak cantik, tapi disebabkan nak berganti langsir lain, redho jer la
Dah la bahagian atas tu nampak macam kotor la bekas-bekas lubang dan bertanda pensil masa nak tebuk railing atas tu.

Takpe, Ayah Su datang kita mintak Ayah Su cat
Harapkan nizam, memang dia tak layan la hahahhaha.
So buat masa ni, redho jer la keadaan macam tu, buat-buat tak nampak sudah cacatnya itu :P


Langsir bari night curtain tu pendek sikit, tak betul-betul cecah lantai
Ni kes tak ukur betul-betul la masa nizam nak pasang railing tu
Takdernya dia nak bukak - tebuk - pasang semula railing tu
So, sekali lagi kene redhoo menerimanya hahahha.

Day curtain sheer putih ni, dari Istana Kayangan punya
Bukan yang tempah kat Nilai 3 sekali dengan langsir grey-hitam tu
Bila dah turunkan railing, try pasang yang dari Istana Kayangan
Sekali, terlabuh pulak.
Kena sekali lipat jahit, baru ok tak berserabut sampai ke lantai

Maka, gigih la saya duduk bersila kat situ, jahit pakai tangan haha
Nizam suruh jahit butang seluar tertanggal, aku buat derk jer
Bila tang langsir, gigih okey bersila menjahit
Biarlah jarak jahitan tu dah 2 cm, janji melekat hahahha.
Bab menjahit, saya memang tak expert dan tak suka.
Tapi demi langsir, aku tabah menghadapinya hahaha.



Bila dah siap jahit pendekkan day curtain, baru nampak elok.
Sliding door ni jenis bukak tepi (bahagian langsir yang kiri ni)
So, sekali sekala boleh la ikat macam ni
Time hari cuti tak sesuai, sebab budak-budak dan nizam suka kuar-masuk
Ni time baru pasang dan time dorang takder ok la buat macam ni
If not, sila ikat tengah jer, senang nak kuar masuk
Dan dapat elakkan langsir cepat kotor hehee.



Sekali lagi... abaikan bahagian atas yang lopong dan comot itu
Rumah sewa jer kan, so takyah la nak ikut sangat ukuran kat sini
Bukan nak dok sini sampai bebila pun. Ikut hati, harini jugak nak pindah dari sini
Jenuh oii, washing machine pun letak kat beranda sebab salur air sumbat
Bosan!



Nampak... senteng sikit night curtain tu
Bila ikat tak obious sangat, tapi kalu lepas jer, nampak la sentengnya tu
So, tak berapa cantik sebenarnya bagi mata yang cerewet macam mata saya hehe




Cangkuk tu pun nizam baru pasang. Senget jadiknya sebab skru tak dimasukkan rapat ke dinding
Sabooo jerlah laki aku buat keje huhuuu.

Raya haji nanti kita tukar langsir lain hehehhehe.
Teringin nak pasang day curtain kaler biru
Railing dah rendah ni, senang la nak panjat tangga sendiri
Kalau yang tinggi tu, tak berani... gayat!

Till then, akan bersambung lagi entry Deko Raya #rumahayurashid katernya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...