Thursday, July 13, 2017

Deko Raya 2017| Ruang Tamu (SEBELUM)

Bila tengok deko ruang orang ber-geometri carpet
Rasa nak jugak
Tapi, memikirkan nanti saya akan gulung simpan
Rasa membazir pulak
Ada baby, rasa tak selesa bercarpet bagai ni
Ini pun nak raya jer bawak turun karpet ni bentang kat area sofa


Tapi, pegi jugak tu survey carpet kat Carpet Prima, sabtu lepas
Dah la ramai orang, panas pulak tu dalam tu
Tengok laju-laju (Nizam & Ayra tunggu dalam kereta)
Dania Hariz tak ikut, nak main kat umah kakak nizam

Lawa tu memang la lawa geometri carpet ni
Tapi mata saya dok berkenan yang rega RM700 - 1k+
Hahhaha, taste tinggi tapi bajet ciput :P
Dah tu, baik tak payah beli kalu bebetul tak berkenan

Ntah la, pada pendapat saya laa
Kalau yang rega below RM500 tu
Karpetnya jenis material 'panas' dan benang tak padat
Kalau beli pun, konfemmm Dania Hariz tak suka
Budak berdua tu cerewet bab cadar, sarung bantal dan karpet
Kalau jenis panas or tak selesa materialnya
Memang dorang taknak.
Dania ok lagi, kalau hariz, memang hmmmm, tatau nak kata apa
Nizam cakap hariz ikut perangai mama dia, cerewet :P

Pastu beli memahal pun gulung simpan jugak nanti
Kang ada aku pun kene gulung dalam karpet tu dengan nizam LOL

So, kita pakai jer la dulu apa yang ada

Ni deko sebelum saya letak cushion cover kalerful
Ni cushion cover (throw cushion, bukan sofa) yang dah 3 tahun punya
Nampak macam suram (ewah dan-dannn suram bila ada baru haha)






Tetiba terselit bantal peluk Ayra kat situ hahaha


Sarung ni beli kat AEON Balakong masa baru pindah Semenyih
Masa tu, masih guna sopa L-Shape gemuk.
Ada 3 bijik jenis panjang, dan 2 jenis petak
Elok kain dan jahitannya, sebab harga pun 'elok' jugak.

Skang, kita layan cap Kaison jer, murah :)
Takyah nak ber-AEON bagai, mahal
Dah tengok dah masa pegi shopping nak raya hari tu
Corak tak lawa mana pun, macam out dated jer.
Tapi, harga mahal.

Throw cushio coklat ni, dari zaman dok Istana Kayangan lagi ni
Ada lagi 2 biji lagi kaler cream, kat Besut. 


Balang kuih raya beli kat SSF Mesa Mall Nilai, Sabtu hari tu laa
Lepas ke Nilai 3, terus ke Mesa Mall.
Dania Hariz cakap: "Mama kenapa beli 3 jer"
Dah tu... kuih raya kita ada 3 jer masa ni hahahha
Eh, rasa nyesal pulak tak beli 6 huhuuuuu.


Ni kira idea deko bajet la kan
Takyah nak tukar semua baru, sarung kusyen pun dah boleh ubah mood
Naik la serinya banding hari biasa, kata rayaa kannn.

Next entry, gambar SELEPAS nya
Just tukar cushion cover jer pun haahhaa
Sakan nak buat 2 entries hihiii.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...