Wednesday, July 12, 2017

Deko Raya 2017 | Ruang Tangga

Skang takder masa nak bercerita membebel pepanjang
Kena intro sikit, terus tepek gambar
Ini pun Ayra tidur semula lepas menyusu
Haaa, kejap lagi dia bangun aptb

Ni nak share deko area tangga
Just sapu-sapu dan mop tangga yang dah berhabuk gila haha
Then, pasang langsir (day & night curtain) dedua baru
Sheer putih tu beli dan tempah kat Nilai 3 Sabtu lepas
Pegi sana konon nak beli geometri carpet kat Carpet Prima
Sudahnya rasa tak berkenan pulak, terus tak jadi beli

Yang beli kat situ cuma langsir sheer
Itu pun rega kain  upah RM40 jer hehehe

Day curtain tu pulak kain yang beli kat Nagoya PAS
Ni bersekali dengan sliding door.
Buat 4 keping jer, tingkap lain tak payah
Tempah dengan kawan sekampung nizam

Pastu basuh bunga dan lap-lap pasu
Sumbat-sumbat bunga tu semula, setel

So, cenggini jer pun kejadiannya hehehe.
Simple jer, sebab saya tak suka berserabut ni
Semak mata memandang nanti



Fiddle fig ni jadik perangkap habuk yang berjaya
Belum rajin lagi nak cuci


Tali pengikat tak sempat siap, guna ajer tali jubah yang saya bukak hahaha
Stylo apa ikat tepi macam tu hihihi

Tambah pokok jurai-jurai SSF yang sebelum ni saya sangkut kat dinding SOHO
Dah tak masuk SOHO buat keje kat situ dah sejak lepas raya ni huhu
So, bawak jer la ke bawah pokok jurai-jurai ni
Kan saya suka alih situ, alih sini :P


Bila dah cuci, terus nampak segar-bugar macam baru beli
Cuma konsepnya basuh setahun sekali or dua kali jer la
Cepat gila berhabuk kat umah ni huhuhu.


Ni pun perangkap habuk terbaek nampak gayanya
Masa bersih lagi, buleh la zoom in hahaha






Langsir saya suka pattern jahit bodo macam ni jer
Just untuk masukkan kayu
Senang, ringan dan jimat kos upah :P

Sekian. Deko raya-lahhh sangat kat area tangga rumah saya
Nanti share lagi yer. 

1 comment:

Nana Sharia a said...

Hi saya pun suka deko2 rumah. Sila2 follow kita ye sis untuk bertukar2 idea pasal deko rumah.