Deko Raya 2017| SOHO AyuRashid

Amboii... SOHO pun ber-deko raya keee?
Over sangat kannnnn iols nih :P

Sajer jer, nak kasik gempak sikit
Entry untuk hari Isnin, dihujung-hujung Syawal kene gempak
Kasik semangat sikit kat korang yang sudi jenguk blog sendu ni
Dan jugak, untuk saya simpan gambar buat kenangan gitu
Maklumlah, hobi saya snap gambar, dan cita-cita pulak delete gambar ahaks!

Ni gambar bilik kedua aka SOHO AyuRashid
Gambar ni masa berkemas-kemas nak balik raya sebenarnya
Bila Nek Jah dan Ayah Su budak-budak ni dah balik kampung hari kedua puasa tu
Kosong la dua buah bilik
Dan of course la kena berkemas semula hahahhaa.

So, sesambil kemas pakaian nak balik kampung tu
Kemas la sekali bilik

Tukar cadar, alih workstation ke dinding lain pulak
Tarik masa meja solek dari bilik utama ke bilik ni
Tukar-tukar bunga, dan last sekali vacuum dan mop lantai

Ohoii, buat kerja macam orang dah lama operate perut
Padahal baru nak masuk 5 bulan masa tu
Nak pakai Premium Beautiful tak muat lagi
Doa jer la semoga takder memudaratkan diri
Erkk, tapi esok pagi tu memang sakit pinggang giler-giler lahh
Pastu nizam cakap "esok tarik lemari baju pulak yer"
Hahahahampeh sangat lakiku!

So, kita layan gambar seperti biasa
Membebel pulak kita, mentang-mentang Ayra dan anak-anak dah tidur
Nizam pulak sakan dok layan hp kat sopa
*Masa menaip ni dah pukul 12.27am 17.7.17
Haaa... gigih tau update belog sebelum tidur
Nak update siang hari, hmmmmm... pepaham jer la ada baby ni
Dah tak seindah dulu dah cara nak berblog huhuu.

Ehhh... tercerita panjang lagi hahahhaa.
Layannnnnnn...

 Subur tak fiddle leaf fig kiterrrr?
Ahaks!



 Gini jer la alihnya pun.
Deko raya bilik katernya. Nak jugak tuuuu :)



 Cadar ni quilt patchwork. Tapi anak-anak tak suka, dorang kata kasar tak selesa. Padahal beli yang dah agak mahal. Sarung bantal saya suka guna yang plain. Mix & match dengan cadar bercorak, baru naik dia punya seri. Giteww!



 Ni quilt dari Ikea. Baru beli. Anak-anak kata kasar jugak. Aduhaiiiii.
Beli tru PS, nasib la elok ke tak kan, sebab takleh rasa sendiri kain tu macam mana
Just tengok corak berkenan kat mata, then order.
Kalau yang pink beli sebelum ni tu best giler, sejuk dan lembut jer kain dia. Berbeza dengan yang ni. Harga sama jer kalu tak silap. Lupa pulaks

Lepas ni, nak kena beli brand Jean Perry atau Akemi jer kot. Puas hati, guna sampai nak lunyai pun elokkk jer kainnya.

Tapi, mengenangkan harga tu, alahai... gigil-gigil rasa haahaha.



 Saya ni, obses dengan langsir, cadar dan segala benda berkait dengan fabrik
Ntah, memang suka sangat. Termasuk la beli dan tempah baju kurung masa zaman kerja dulu
Ni dah tak kerja, kena tahan napsu gila membeli kain hehehe.



 Macam janggal pulak letak meja solek kat situ, sebab warnanya kot.
Haaa, bila dah macam ni, memang tak lama la dok kat sini kan
Bab mengalih perabot sana-sini, itulah kepakaran hobi saya 

Pastu, sakit badan... padan muka! Saper suruh carik penyakit.
Tapi, dah hobi... nak buat macam mana kan.



 Saya tak suka letak barang atas almari solek.
Serabut



Kelmarin, saya dah selamat pun alihkan meja solek ni semula ke bilik tidur utama
Keh keh kehhhh. Kan dah kataaaaaa. Memang tak lama la dok sesatu tempat tu kalau mata ni rasa tak berkenan atau bosan.

Okey, dah minggu last syawal ni
Sempat lagi saya marathon sharing deko raya 2017 kan
So, doakan saya ada kesempatan update blog setiap hari.

Jumpa lagi dan selamat bekerja uols!

Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu