Tuesday, July 25, 2017

Hand Over Blog Ronella

Kadang-kadang tak semua benda kita boleh genggam.
Makin kita genggam, kita sakit, dia pun sakit
Jadi, lebih baik dilepaskan untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Haa... begitu :)

Ni just nak kabor kat korang
Saya dah stop buat bisnes Ronella Essential Oil
http://ronella-essential-oil.blogspot.my/
Lama dah, seminggu sebelum raya puasa lepas

Bila Nek Jah dah balik Besut hari ke-2 puasa tu
Saya dah huru-hara uruskan family, bisnes dan job blogging

Macam Dexandra takper
Sebab urusan parcel dan postage saya outsource
Saya just uruskan order tru online jer
So bisnes Dexandra jalan macam biasa
Cuma urusan rekod sale dan payment transaction jadi huru-hara
Berminggu baru saya update huhuu
No more ayu yang sangat sistematik buat keja



Then, bisnes Ronella pulak benda baru 
Banyak saya nak kena belajar, hafal dan catch up
Team memang aktif gila dan membantu
Tapi, what for kan?
Saya sendiri yang tak boleh commit
End up, saya jadi serabut dan rasa saya kene buat something

Pastu, saya offer kat member blog tu
RM700, dia setuju
Tapi, saya pulak tetiba rasa sayang nak stop hahaha
Sebab saya nampak potensi besar dalam bisnes Essential Oil
Lagi-lagi blog tu dah masuk 1st google page

Then, tak jadi jual.

Ehh.. day by day, rasa serabut balik hahahha
By that time, kawan tu dah taknak, dia nak guna blog sediada jer
So, takper le

Balik raya ni, saya buat entry kat blog Ronella tu:


After a few deal, akhirnya blog ni dah dapat jual
Alhamdulillah. Kalau nak beli rak tv ssf dah lepas ni hahahhaa
Siap cakap ngan nizam tu
"Papa, jom gi SSF, beli rak tv baru, duit minyak dan tol ayu bayar"
Hhahaha... kemahen.
Dah beli rak tv baru nak letak mana?
Junjung atas kepala keeeee? Ahaks

Its ok untuk melepaskan bisnes yang kita rasa tak mampu buat
Sebab saya nak try jual produk Annona pulak hahhaa
Gatal sangat kan?

Takper, cuba lagi. 
Ni rasa nak fokus jual kat IG jer la

Gigih join kelas online kat FB dan ni nak beli ebook blaja IG pulak
Tapi, tak tau la bila masa dapat blajo
Malam, asal anak dah tidur, saya pulak malas dan letih dah
Tidur lewat pun, memang tak daya nak nak perah otak huhuhu.

Hmmm... workoholic ke saya ni?
Sampai tahap nizam cakap
Dah-dah la tu, buat jer takat mampu
Tapi... saya suka apa saya buat :P

Rindu nak bertapa kat SOHO


Apa pun, doakan semoga semuanya dipermudahkan
Sesaper nak tips bisnes dari rumah, InsyaAllah saya boleh share
Semuanya based on pengalaman saya
Takder la tahap gempak, tapi boleh laaa kan
Pompuan ni, takder income sendiri, sangap ohhh
Lagi-lagi kaki shopping macam saya ni. 
Ehhhh :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...