Monday, July 24, 2017

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Hari ni dah last day of Syawal.

Mana-mana yang saya tak berpeluang nak mohon maaf secara berdepan atau dengan apa cara sekalipun, saya ambik kesempatan ini untuk mintak maaf zahir dan batin. Jika ada sebarang dendam atau kisah-kisah lama yang saya pernah buat atau melukakan, maafkan saya.


Saya tak nak simpan benci, apa lagi dendam. Dengan umur sekarang, dan kematian yang bebila masa jer berlaku, saya taknak bawak dendam dan dosa sesama manusia ke sana. 

Yang saya mahu, cuma ketenangan. Salah satu cara nak dapat ketenangan hati ialah dengan memaafkan. Saya tak minta ia dilupakan, kerana kita bukan computer boleh reset memory. Apa pun, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan insan-insan yang pernah mewarnai perjalanan hidup saya.

Till then, sehingga berjumpa lagi :)

No comments: