Kemas dan Susun Atur| Quilt, Comforter & Tilam Baby

Selain langsir, saya juga gila kan cadar, quilt dan comforter
Bila gila membeli dan buat koleksi, macam ni la jadiknya
Tak tau nak letak kat mana
Biasa letak dalam almari pakaian
Tapi, makin lama rasa makin banyak pulak
Mana nak letak langsir dan pakaian yang dah jaranggg pakai

Masa berkemas dan pack barang nak balik raya puasa lepas
Saya keluarkan semuanya dari almari
Pastu, letak atas katil bujang macam ni:

Masa menyusun tu
Eh, ni ada lagi 3,4 comforter takder ni
Mana aku letakkkk?
Carik dalam semua almari takder

Rupe-rupanya ada saya letak dalam luggage
Ni mesti masa lepas bersalin Ayra, Nizam sumbat dalam tu
Dia ada bawak 2 lai ke Az-Zahra
Sakan orang tua tu, jaga bini bersalin ke nak membuta haha
Patut la tak cukup, selamat dia simpan dalam luggage tu rupanya
Nak isi baju bawak balik kampung baru bukak luggage tu
Pecah rahsia dia tak keluarkan pun dari situ
Dah almost 5 months okey, sabor jer lahhh.

Yang tu, saya biarkan ajer untuk guna dan bawak balik kg
Yang lain, saya letak atas tilam macam ni la

Ini pulak yang paling atas, letak tilam kekabu Ayra
Saya beli dengan seller kat IG
Tak pernah guna pun lagi tilam ni
Besar dan tebal gilaaa tu!
Yang guna cuma bantal peluk 2 ketul, bantal tidur 2 ketul,
Bantal karipap seketul dan comforter
Tilam ni... tunggu jer la Ayra besar sikit
Ni just tumpangkan dia atas tilam saya atau lipat quilt
Kalau guna tilam kekabu ni, memang ambik space laaa.


Untuk elakkan kena habuk, saya bentang langsir macam ni 
Hehehe, asal boleh jer kan saya ni?
Janji tak berhabuk kan
Sayang pulak kalau nak biarkan terdedah macam tu
Bila tutup macam ni, nak guna pun tak risau
Just spray dengan fabrezze jer bila nak guna
Sekali sekala kalau rajin tu, boleh la tukar cadar tu
Tepuk-tepuk dan sidai semua ni

Erkk... tapi kat atas ni memang sentiasa panas
Takyah kot nak sidai bagai hehehe
Nampak nau pemalasnya hehehehe.

So, bila dah buat camni, jimat space dalam almari
Kalau tak... sendat!

Okey, gitu la cara saya simpan comforter
Saya tak suka letak atas almari atau bawah katil

Till then, jumpa lagi :P

Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu