Wednesday, July 26, 2017

Personal Branding di Social Media

Last few week, ada wasap dengan kawan saya, yang juga merangkap client blog. Lama dah kenal dia, dari zaman bisnes PB 2011 dulu. Alhamdulillah, kekal sampai sekarang. Malah dah jadi rakan a shoulder to cry on dan semestinya rakan gossip hahaha. 

Nasib ler saya dah tercampak kat Semenyih ni, kalau still kat Shah Alam, konfem Istana Kayangan tu jadi port lepak kawan-kawan. Kat sini, hmmm menyangap la ko sesorang Ayu. Tensen!

Then, kami ada sembang pasal branding diri kat online bisnes ni as apa? Dia tu ada fizikal bisnes, dah masuk majalah dan newspaper beberapa kali, malah dah ada tulis buku pun seketul. Pastu, dia jugak attend course eHati. Haa, dah taraf boleh jadik Coach eHati dah. Beruntungnya lahai dapat kawan best macam tu kan. Tu pun rezeki, alhamdulillah. 

Bila dia tanya, kita ni agaknya apa orang 'anggap' bila tengok kita di online, especially fb. Sebagai apa? 

Ehhh... saya pun tatau nak jawab apa hahah. Terus rasa kecelaruan identiti gitu. Sebenarnya, sebelum ni memang dah pernah fikir dah. Aku ni nak branding-kan diri sebagai apa? Oh, kalau nak tau, individu yang buat bisnes online kena seeloknya ada Personal Branding sendiri. Sebab itu akan bagi trust pada orang pada kita. So, bila orang dah trust dengan kredibiliti kita, kita jual apa atau bagi servis apa sekali pun jauh lebih mudah. 

Saya bukan terer pun bab Personal Branding (PB) ni. Tapi, adalah tau sikit-sikit sebab pernah pergi kelas Online Positioning (OP) yang mana OP dan PB adalah macam twins gitew. Takder salah satu, tak complete gitu.

Saya ni pun mulalah mikirkan. Aku nak branding apa ekk? Sebab kat FB tu asik dok merapu jer hahaaha. Pegi jer blaja OP, tapi tak ikut pun ilmu OP tu hihii. Asal boleh jer update status dan sharing. Ntah, kekadang rasa tak kena dengan jiwa, nak jugak buat apa yang saya suka.

Bila tanya member tu, kalau Lya tengok kak ayu di FB, apa yang Lya fikirkan dan 'letak chop mohor' kat Kak Ayu. Dia cakap:

  • Working at home mother 
  • Dexandra
  • Dekorasi
  • Blogger 
Oh begitu yer pandanganmu. Pernah jugak tanya cikgu ABDR, itu jugak dia cakap. So, kira ye lah kot. Tapi kenapa saya sendiri rasa macam apa saya sharing di FB tu merapu jer hahahaa. Kekadang bila baca semula, rasa macam poyo giler kah kahhh. Tu ada yang status lama saya Delete dengan bahagianya :P

Apa pun, skang ni saya tengah fikirkan nak buat satu 'benda baru'. Bisnes jugak, more to service-based business untuk orang meniaga online kat IG. Tengok dulu macam mana, BAD dulu apa-apa pun. Kalau dah tertulis tu saya akan buat, nampak gayanya saya kena fikirkan macam mana nak uruskan Ayra. Sebab benda ni kena allocate lebih masa dan more commitment. 

Dalam dilema la nak anta anak kat orang jaga. Hmmm ni akan share dalam entry lain. Penat dah menaip. Till then, jumpa lagi. 

No comments: