Pokok bunga ke semak samun ni?

Orang tanam pokok bunga, ada laman bagai
Awok nakkkk jugakkk.
Bab membeli pokok, memang kental la
Mati satu, ganti dua, tiga sekali beli
Tapi, bab menjaga, pemalas ya hampuunnn :P

Sejak Dania bela kucing, saya tak amik tau dah hal kat beranda
Dania dan Nizam la uruskan
Saya memang allergic bau kucing
Bukan tak suka kucing, tapi tak suka bau dan bulunya

Malam nak balik raya tu
Nizam dah buang semua kucing
Ara, Boboi dan 5 anak ara
Sedih, memang sedih
Menanges teresak-esak dania dan hariz
Buang kat kedai yang kitorang selalu pegi
Ni sejak balik raya tak pegi lagi kedai tu
Sebab nizam cakap, kalau jumpa semula
Dia akan sedih, dan nak ambik semula
So, baiklah takyah pegi

Ni bukan sebab kejam ke apa
Tapi anak-anak kucing tu berak bersepah-sepah
Sampai ke rumah jiran
Rasanya memang sah kitorang kena maki hamun kat blakang
Terpaksa buang akhirnya
Rasa bersalah dan sedih bila ingat
Tapi nak buat macam mana kan...
Dah beli pasir tempat berak pun
Bersepah jugak beraknya
Memang terbaek la bau dia

So, bila dah takder kucing ni
Baru rasa nak kemas semula beranda dan laman kat luar tu
Tunggu ada masa jer nak buat
Susah dah ada baby ni huhuuuu
Apa-apa kena buat sendiri, lagi la susah
Nak buat macam mana, kalau tak buat
Makin teruk la bersepah beranda dan pokok tak terjaga
Kena bagi Ayra ubat tidur kot hahaha
Baru buleh buat keje mengemas ni kikikiii.

Ni gambar saya snap pukul 7.30am tadi
Masa tunggu Cik La datang ambik Alish nak gi solah

Ni kat beranda
Saya letak sini masa nak balik kampung raya aritu
Kalau letak kat laman luar, panas sangat

Longgok letak macam ni jer
Sendu dah tak terjaga ni, kena beli baja nampak gayanya.


Koleksi money plant
Ni kalau gebu, lawa sangat ni sebab banyak!


Ketapang brazil (fiddle fig)
Tinggal 5 lai daun, yang lagi sepokok kan dah mati hehe
Tumbuh tunas, tapi mati jugak akhirnya, panas sangat sebab saya letak kat laman
Tak sempat letak kat beranda semula, ehhh tunas-tunas dah gugur semua

Tengok daun pokok tu, penuh habuk
Siap pakej ada taik cicak skali hahahha
Ko hadoo? Pokok bunga buat tadah taik cicak?
Takdo kan? Ayu Rashid jer hado tau :P


Ni persinggahan, sebelum ni letak dalam rumah
Yang dalam plastic kuning tu, plastik berisi pasir 'toilet' kucing
Rindu pulak kat Ara dan anak-anak dia
Tapi tenang la, sebab tak serabut dah dgn depa semua tu
Anak-anak la kesian, rindu kat Ara.
Apelah nasib 7 beranak tu huhuuu.



Ni pulak, kat laman.

Mengintai dari celah gate gitu


Tak terjaga, tapi still survived kebanyakannya hehhee
Pandai-pandai korang la nak idop
Iols nak jaga anak pun huru-hara, apalagi nak jaga korang :(


Pokok macam daun pisang mak nizam kasik tu dah tua
Kena tanam semula kot baru tumbuh anak dan tunas baru
Macamlahhh rajin!


Let the pictures do the talking haahha

Kan dah kata.
Tuan punya pokok bunga pun dah konpius
Ni pokok bunga ke semak samun?


Daun-daun kering tu bukan daun pokok bunga
Tapi daun pokok pelam jiran dan pokok gelam
Sapu dan kumpul sebelum balik raya haritu
Dah siap letak plastik sampah itam, tapi tak sempat nak sumbat dalam tu
Sudahnya, mereput la kat situ
Kalaulah saya ni ada 44 tangan dan kaki, alangkah bahagianya
Tak tercapai dah nak buat semua keje sendiri
Tunggu la bila ada masa, kena buat jugak.

Malu kat jiran-jiran, laman umah dorang bersih jer
Laman umah ni jer, azab!
Rasa nak buang pokok-pokok bunga ni, tapi sayang pulak
Kalau takder pokok bunga, baru kemas
Dah kurang satu keje nak kena buat dan maintain.
Susah sangat, angkut bawak balik kasik mak mertua
Sayang jugak nak buang pasu-pasu tu.
Tapi, cubalah dulu kemas dan susun elok-elok
Tengok macam mana, kalau dah malas sangat jaga
Itu ajer lah solution yang nampak skang.

 Pokok kesayangan, tapi tak jaga elok-elok jugak


Nanti bila dah kemas-kemas, saya share
Tapi taktau la bila zaman tu huhuhu

Till then, jumpa lagi.

P/S: Nak order Dexandra Perfume dan Body Odourless, boleh terus WA atau Telegram yer: 019 - 989 8341








Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu