Monday, July 10, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum semua!

Hi hi hiii.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Valid lagi la kan ucapan raya ni
Raya kan sebulan, ahaks!

Ni share sekeping gambar raya kami.
Alhamdulillah, tahun ni raya ber-5
Penuh screen hp, meriahnya bila dah ada 3 anak
Syukur, alhamdullillah. Nikmat dan rezeki Allah bagi.

Ni kengkonon free style la
Sekali nizam tak reti la nak free style!
Ada ke dia pandang camera, spoiled betul laki i ni tau :P
Alish & Dania, pandai pulak posing, ikut sapooo la ni, ahaks!

Hari ni dah Syawal ke berapa? Lupa sudaaah.
Nampak nau tak kesah sangat pasal raya kan?

Tapi, dalam tak kesah tu, sakan dok kemas dan deko rumah haha
Kegilaan dan hobi yang tak pernah surut
Bak kata nizam bila saya beli pokok plastik
"Mama dah kenyang makan daun ijau kan?"
Hhahaa, hampeh sangat lakiku :P

Ni entry nak kasik hot balik la mood nak berblog
Aduhai, bizi gila la sejak lepas balik raya ni
Ayra dah mula taknak dengan orang lain
Yang boleh dia selesa cuma dengan saya dan papa dia jer
Kalau dengan orang lain, melalak-lalak

Acaner nak jadik blogger tegar ni?

Pasni, kenalah manage masa bebetul
Antara family dan bisnes
Mencabar tau bisnes dari rumah bila ada baby
Stress la jugak, sebab dah beberapa tahun rileks jer kan
Ye lah, Alish umur 6  tahun baru dapat adik
Mana daku tak terencat kejutan budaya ada baby hahaha

Nanti kita cerita lagi, ngantuk dah
Saya taip entry ni jam 1.00am hari ni
Dah selesai buat entries blog untuk client
Baru taip entry ni hehehhee

Kiranya korang baca ni yang auto-publish la yer
Kalau nak harapkan update blog pepagi macam dulu
Tak 'berasap' la blog ni jawabnya!

Eh... nanti saya share deko-deko raya yer
Deko raya konon, padahal hari-hari dok kemas umah bersepah jer haha

Ok, bye!

2 comments:

cik hani said...

Wahhh,, kak ayu... dah ada baby baru...
dah lama kami tak apdet blog.. jarang sangat jalan2 kat blog kawan2 skrg...

selamat hari raya...

Ayu Rashid said...

Selamat hari raya Hani. A'ah. Dah 5 bulan dah. Meh la jalan semenyih :)