Wednesday, August 30, 2017

August 30, 2017

Artificial Money Plant jurai-jurai meriah uols!

Nak sangat pokok money plant jurai-jurai kan?
Pastu beli la yang dah berjurai sakan
Tapi, end up... semakin layu dan layu
Pastu, innalillah
Kalau ada lagi yang hidup pun, jangan kan nak berjurai-jurai panjangnya
Nak tambah pucuk baru selai dua pun, alahaiiii

Begitulah, kalau nak tanam pokok
Tapi tak cukup kental dan bersemangat waja nak menjaga dan membelai
Nak belai diri dan laki pun dah tak sempat
Apelagi nak belai pokok heehehe

So, solution sentiasa ada demi kegilaan ni
Ape lagi... artificial plant kan bersepah jual skang
Kita beli ajer!


Ni beli dengan ikeamini_onestop jugak
Pokok ni dari Romantika jer, murah giler
Tapi, dah ko dok terperuk kat Semenyin ni kan
Mana nak pegi Romantika bagai, lainlah dok SA dulu kan
PAS tu dah macam rumah kedua dah :)


Saya beli 2 tangkai jer, tapi meriah uols daun dan juntaian kasih pokok tu
Cantik, sebab barang dan daun dia lembut jer
So, flowly dia cantik jer 'jatuh' terbuai-buai ditiup angin kipas hahaha

Memula beli tu, gantung jer sini dulu
Sebab tengah ada plan nak deko sikit kat SOHO baru kat bawah ni
Sementara waktu tu, gantung kat sini ajer.

2 tangkai tu, gantung sekali. 
 


Lepas pada tu, saya alihkan dedua tangkai ni kat tempat lain
Kann... saya ni suka alih sana-sini 
Takder keje carik keje sebab cepat bosan dengan deko sama

Nanti share lagi!

Tuesday, August 29, 2017

August 29, 2017

Semanis Pink Peony

Haaa, pink ala-ala purple sikit tone kaler peony yang ni
Cantik!
Pegi la beli korang. Ada lagi 2,3 kaler lain
Jangan lupa visit IG shop ikeamini_onestop heehhe










Si biru dan si pink



Ni sementara jer letak sini
Lepas tu saya letak dalam 'tong' ikea then letas atas SOHO

Ni gambar latest harini masa entry ni di taip (23/8/17)
SOHO baru siap deko sepenuhnya :P

Peony pink di atas meja!




Monday, August 28, 2017

August 28, 2017

Setenang Peony Berwarna Biru

Peony biru

Kaler berbeza sikit dari yang real due to lighthing
Cantik sangat kaler bunga ni
Harga RM30 jer.

Beli dengan Fyda (personal shopper) yang saya selalu beli barang Ikea tu
Dok layan IG Shop dia, abes la aku hahahha.

 Ni real color, without flash. 
Umah ni gelap, terpaksalah guna flash heehe.
Malas nak naik atas semata nak snap gambar 
Snap kat dapur jer, atas meja makan hehhehe










Kebetulan ada vase kaler biru
Lipat sikit batangnya biar pendek
Sumbat ajer dalam tu. Siap!



Letak tepi tv, pesan kat anak-anak
Hati-hati pasu ni tinggi, takut jatuh pecah nanti

Anak-anak ni kena pesan
Tapi kalau benda dah nak jadi, nak buat macam mana
Sesilap bukan anak yang jatuhkan dulu, tapi mama dorang hahaha
Maklum ler, mama kelam kabut sokmo buat keje
Semua nak cepat ajer :P

Alhamdulillah, setakat ni selamat lagi.


Selamat tak selamat, saya terjebak beli kaler pink pulak!
Aduiii Ayu, kaki online shopping betul la ngko
Next entry saya share yer. Pink ni cantik gilerrr!
Aku... kalu bab membakor kannn

Saper nak beli, ni IG Sop tu:
ikeamini_onestop

Silalah follow, nak beli petik nama Ayu Rashid tau hahahhaa.

Sunday, August 27, 2017

August 27, 2017

Entry Lapor


Hi korang! 

Weekend & school break, bestnya lahai dok rumah. Dah la dari semalam hujan, pastu dalam kul 3am tadi pun hujan, haaa sejuk ngkooo. Dah lama tak merasa tidur berebut selimut ngan husband hehee. Biasa manjang panas, sejuk pun takat sejuk kipas, mana ada feel.


Pagi ni, rajin sikit. Goreng mihun buat sarapan merangkap lunch terus. Petang ni kalau jadi, plan nak pegi area Bangi Sentral & Bangi Gateway nak beli baju suar tudung untuk saya dan dania. Ya Allah, dah gemuk sangat saya ni sejak lepas bersalin Ayra

Sebelum ni tak perasan pun dah gemuk camni skali. Tapi, last week masa our 12th Anniversary, try la baju-baju dan seluar lama nak pakai untuk kuar makan malam. Sekali, takder selai pun ok! Semua dah sendat. Wawaaaa, kegemukan apakah ini?

So, nak taknak kena jugak beli selai dua pakaian buat pakai jalan. Takkan la sepanjang masa berjalan nak pakai jubah dan baju kurung kan. Wanita lindungan kaabah sangat ko ayu hahahha. Then, balik Besut nanti nak ajak nizam gi Kamdar, carik kain nak tempah buat blouse paras lutut. Dapat buat dalam 4 lai jadik ler. Boleh la takat nak buat basahan jalan yang lebih sopan gitew :)

Lately ni, tak tau la apa yang di-stress kan. Asik nak makannn ajer. Kekadang takder benda nak buat, saya isi masa dengan makan. Makan jer la apa yang ada kat umah ni. Pastu nizam pulak keje KL jer, tetiap malam dia tapau makan malam. Haaa, makan lagi. Pastu berangan nak kurus. Kata nak start diet bulan Ogos, ehhh rupanya yang terjadi bulan Ogos ni pulak semakin menjadik-jadik napsu makan ku :P

Takpe, kita tunggu September, lepas raya haji kita diet, okehhhh? Yelah tuuuu. 

Ni entry hari minggu macam ni, sementara Ayra tidur lena sangat ni, nizam pulak sedap landing atas sopaku, abesss laaa lenyekkk. Pastu, dania alish pulak dari pagi kat atas, tak tau la belaja ke tengok tv yang lebih. Bukan buleh caya sangat tu budak berdua tu hahhaha. Sunyi jer kat bawah ni, dengan gelapnya.

So, menyambil la saya transfer gambar dari hp ke laptop, tengok gambar makanan masa makan malam on our anniversary Ahad lepas (20/8/17). Kan anniversary kalini kami dok rumah jer dengan tabah, so malam tu just kuar makan kat Pizza Hut Semenyih jer. 


Muncung jer dania, sebab dia nak makan kat Secret Recipe. Tapi, mak bapaknya taknak ke situ, sebab situ seat dia limited giler dan sempit. Sangat tak selesa untuk kami yang beranak tiga ni, sebab siap pakej bawak stroller skali msuk kedai! So, Pizza Hut sini lapang giler dan environment dia pun best. Jadi dania muncung jer hahaha. Tapi dah dapat aiskrim dan muffin tu, ehh suka kemahen dia. Macam la besday dia kan, nak kena ikut selera dia nak makan mana hehehe. 

Ni jer kitorang makan. 

Anak-anak dah besar, kenalah order 2. Kalau makan pizza spageti bolognese ciken ni wajib untuk dania dan alish



 Ciken finger ni sedap sangat



Feveret saya dan nizam



Hariz, selalu ajak makan kat pizza hut sebab nak makan ayam ni



Terasa nak makan pizza tuna. Tapi sikit pun tak makan, bawak balik rumah jer
Esoknya panaskan buat sarapan


Ini sedap!
Uikkss terasa-rasa kat tekak


 Bila eskrem dah mula mencair tu... bergabung pulak dengan coklat muffin tu
Perghhh... rasa macam damainya tekak :P



Hariz, kalau bergambar... pandai betul buat pose poyo!

Wahh.. laparr... laparrrr. Petang ni kalau pegi Bangi teringin nak cuba mc flurry mcD. Yang durian punya tu. Nampak ramai nau dok share cakap sedap, terasa-rasa duriannya. Apa lagi, terus tergoda nak try. Napsu apekah ini, membela saka ke apaaaa?

Till then, bye!

August 27, 2017

Dekorasi Bilik Grey & Hitam

Bulan puasa lepas, beli set quilt kaler grey
Cantik corak ni.
Cuma, kain dia tak sesejuk dan selembut yang putih bunga maroon tu
Anak-anak tak suka cadar yang ni, tak selesa katernya
Dorang bab cadar dan sarung bantal, memang cerewet gila


Tapi memang yer pun, saya prefer yang kaler putih bunga maroon tu
Apa pun, depends la pada memasing kan
Saya tengok kat IG ramai jer orang guna cadar ni
Sebab corak dia memang cantik.



Saya combined-kan dengan throw cushion kaler grey & hitam ni
Kebetulan ada kaler gini kan, boleh la cuba




Boleh la takat nak buat basahan. Sebab bilik ni selalu kitorang melenjan waktu siang
Bila memasing kepanasan dok bawah, nak guna ekon, semua naik berloggok dalam ni.

Dania & Alish pun kalau nak blajo on weekend, papa dia kerah masuk sini
Bilik lagi satu tu (SOHO) dorang tak suka sangat sebab takder tv
Hahha, nak jugak tv tu
Tau kat papa dorang memang kene bebel la.
Suh naik atas untuk blajo, kekadang depa layan jer tv senyap-senyap!
Tapi selalunya mama dorang la yang tukang layan tv hehe




Tu jer nak share, mana ada gambar, saya share sini
Sebab nak penuhkan entry sempena cuti seminggu hahahhaa

Schedule post uols :P
Cuti-cuti manada napsu nak on laptop update blog kan
Sib baik boleh buat schedule posts. Senang keje!

Saturday, August 26, 2017

Dekorasi Bilik| Selembut & Seceria Pink Karer

SELEPASNYA...

Ubah sikit ajer, tapi mata saya ni nampak sangat lainnya bilik ni. Wah gitu!

Tarik katil ke tengah, kasik ada ruang untuk letak side table kat tepi tingkap. Senang nanti nak tarik langsir, nak vacuum, nak mop lantai dan nak pandang view kat luar. Eleh view luar la sangat, takat ngadap belakang rumah orang (bilik jugak) hahaha.

Nasib la gambar sepesen jer pun, malas nak pilih. Masuk jer mana gambar yang ada. Ni konsep update blog dengan penuh perasaan gelojoh nak cepat :P

















Nampak pink sangat bilik ni, padahal langsir jer main items yang kaler tu. Pastu bunga cadar tu sebenarnya kaler maroon. Hydrangea tu pun naikkan lagi kaler pink bilik ni. So, bolehlaaa. Ceria jadinya bilik ni. Senang jer nak ubah deko kan, takyah kuar bajet pun boleh. Kuarkan tenaga dan korbankan lemak ajer :)

Alahai, gambar pun banyak tak sharp. Biasala ayu, tangan tak skolah sangat bab snap gambar ni. Asal boleyyy jer. Semua nak kena cepat bila ada baby. Haaa, begitulah cabaran sebagai dekorasi blogger yang tak berapa nak tegar ni heehe

Till then, bye!