Monday, August 21, 2017

Busy Week Kot

Khamis lepas, ada sorang kawan MMU wasap
Katanya, cepatnya esok dah Jumaat, aku rasa baru jer hari Isnin
Kannn... betul sesangat tu, masa rasa cepatnya berlalu
Lagi la last week Ayra still meragam waktu malam
Tapi ok sikit la, takder melalak-lalak
Cuma asik nak tidur atas riba, bila letak dalam 15 minit gitu melalak balik
Kena riba semula, baru ok, letak-melalak-riba
Sampailah dalam pukul 5am baru dia lena

Haaa... ngko rasa, kalau macam tu masa rasa cepat ke lambat?
Lambat okey, sebab ngantuk gilaaa
Dengan papanya memang dia taknak la kalu memalam gitu
Dan papanya bukan bangun pun kalu anak nanges, sobsss

Saja nak tayang bunga peony baru hahahhaa

Minggu ni dah last sekolah, pastu cuti seminggu
Cuti sekolah, cuti merdeka dan cuti raya haji
Tapi tak best la sebab raya haji tu dah hujung cuti sekolah kan
Rasa macam kelam-kabut gilaa tu

Rasanya kitorang ni balik Besut
Kalau nizam keje kat Kuantan next week
Kitorang ikut dia ke umah mak dia dulu
Then dia pegi keje, tinggal kitorang umah mak dia
Tak tau la dia keje sampai hari apa
Maybe Rabu kot baru balik Besut
Tengok jadual kerja dia macam mana

So dalam beberapa hari ni, nak kena berkemas sikit-sikit dah
Dapur pun bersepah lagi, mesin basuh tak bawak masuk lagi
Semalam nizam mintak pallete kat kilang dekat area umah ni
Tapi macam besar gila, membazir space pulak
Pastu mesti nampak buruk gila mesin basuh letak atas tu
Saya cakap kat dia pagi tadi sebelum dia gi keje
Kalau atas pallete ni, taknak la, sanggup lagi mesin basuh kat beranda
Hahhaha, sanggup tuuuuu 
Dia cakap nanti sebelum balik kg kita ukur
Pastu mintak abah buat
Haaa, abahhhh jugakkkkk, dah dia sendiri mana reti bertukang ni
Sikit pun tak mewarisi skill abahnya

Harini Alish tak pegi sekolah
Malam tadi balik dari makan malam, sakit perut pulak dia
Berulang-alik masuk toilet
Papa dia dah pesan sebelum gi keje tadi
Kalau dia taknak pegi, takpelah. 
Kang sakit perut kat sekolah kesian pulak
Then, saya kejutkan dia tanya nak gi skolah ke tak
Ngkoo kalau dah maknya bagi options gitu, agak-agak?
Mestila taknak pegi hahhahaa
Elok lagi tu haaa dok tidur dengan adiknya
Takpelah, last week dia dah exam
Ada dia kat umah ok jugak, pandai main dengan adik
Leka jugak Ayra main dengan dia

Okey, sampai sini dulu yer
Nak beralih arah ke blog client pulak untuk update
Hehehe, gini la mengais rezeki dari rumah kan
Nak kata susah tu, takder la susah
Nak kata senang pun tak jugak
Dulu ok jer, best sangat
Cuma sejak ada baby ni, cabaran dia dah lain la
Huru-hara dan almost lost

Takper, rehat dulu, balik lepas raya haji nanti pulun semula
Banyak benda nak buat, especially nak fokus bisnes di IG
Tapi belum berkesempatan nak catch up lagi

Apa pun, kalau dah rezeki tak ke mana
Rezeki ada baby, jaga anak dengan tangan sendiri pun
Adalah rezeki yang tak ternilai harga dia
Walaupun mataku dah jadi mata panda :P

Till then, babai & selamat bekerja!

1 comment: