Wednesday, August 9, 2017

Cuti Sekolah & Raya Haji ke mana nak pegi

20hb nanti anniversary kitorang ke 12. Plan asal nak pegi Melaka dari hari jumaat hingga ahad (18 - 20 Ogos). Dah siap booking swiss garden melaka dah tru booking.com, tapi tak btau hariz dan dania, konon nak buat seprais untuk dorang. Takder la seprais mana pun, cuma malas nak btau hariz awal-awal. Kang 4 juta kali dia tanya bila nak pegi, lambat lagi ke, alish dah tak sabar nak mandi kolam. Nak gi memana, silalah jangan kepoh-kepoh kat dia, kepoh kat belog takper hahaa.

Sekali, harapan... harapan menjadi layuuuuuuu.

Bila dania cakap: "Mama, 21hb Dania start trial UPKK"

Huk alohhhh, punah harapan nak buat lawatan tapak kat melaka. Yelah, pegi tu memang la boleh sebab peksa pun hari Isnin startnya. Tapi, kesian kat dania laaa. Dah la tak berapa nak rajin buat revision hari biasa. Ni esok lusa nak peksa, kalau dah namanya berjalan, duduk hotel, memang buku pun ikut 'masuk air kolam' la. Memang takkan belajar punyelah.

So, diskus balik dengan nizam, kita tangguh jer, pegi lain kali. Sib baik booking.com ni bila kita cancel dalam tempoh more than 3 days, tak kena apa-apa caj. So, anniversary nanti, kita dok rumah jer la dediam, mama kena sandang jawatan Ostazah Jadian, sebab kena pantau dania blaja. Kalau subjek lain ok la, insyaAllah boleh, tapi kalau Bahasa Arab tu, tak dapek nak nolong, sebab mama dania ni langsung tak pernah belajar Bahasa Arab.

Then, ni dah dekat sebulan memasing dok kecoh cuti sekolah ni nak ke mana. Haaa, kitorang ni kalau bab cuti sekolah, cuti raya, cuti apa jenis cuti pun, memang jadi masalah negara sangat, ahaks! Nampak sangat kaki merayap kan?

Since cuti sekolah bersekali dengan cuti raya haji, plan asalnya nak balik besut la sebab turn raya haji kat besut. Kitorang raya ikut turn yer, bukan meredah jer asik satu rumah jer. Macam anak mak tak sayang jer kalu raya tak balik rumah hahhaha.

Nizam: Nak beraya ikut mak pak dia ke rumah mak sedara dia kat Lepar Utara. Situ family dorang nak buat korban, so berkumpul la adik-beradik belah abah nizam kat situ. So, may be mak abah dia nak beraya situ. EH, nak potong line nampak laki aku ni. Dah raya puasa belah mak dia, raya haji belah mak aku ler pulak hahaha. See, bini misali sangat kan? Tegas orangnya bab giliran raya ni hahaha

Saya: Macam saya kata kat atas tu la, nak raya kat besut. So cuti sekolah terus balik lepak seminggu kat sana, sampailah raya dan abes cuti skolah.

Dania Alish: Nak pegi JB! Rumah kakak saya di Taman Daya. Sebabnya dorang nak pegi mandi kolam kat teman tema air apa ntah yang baru bukak area sana. Siap nak pakej beraya kat sana. Ajak nenek jah raya sana sekali katanya. Amboii siap ada cadangan bernas gitu

Ehhh... tapi kalau ke JB pun best jugak kan. Tapi, kesian pulak kat nenek jah, sebab raya kan... sudahnya nizam cakap tengok dulu jadual kerja dia macam mana, nanti baru decide. Haaa, kena ikut perintah boss jugak yer, walaupun selalunya PA boss ni jugak yang berkuasa buat keputusan kalu bab cuti dan balik kampung ni hahhaha

Okey, ayra dah buat hint nak bangun tu. Till then, nanti sharing dan membebel lagi :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...