Wednesday, August 23, 2017

Deko Raya 2017| Balang Kuih Raya

Dah 12 tahun kawen, tak pernah beli balang kuih raya
Yang ada, cuma bekas kuih yang ambik dari umah mak haahha
Tu pun bekas kakak yang beli, bagi mak
Pastu, saya ambik 'pinjam' dari awal kawen kot
Lupa... punyalah lama dah buat harta sdn bhd pulak :P
Bukan apa, untuk mak kat kg saya dah belikan yang lain
Lagi pun, bekas macam ni tak sesuai sangat untuk isi makanan
Nanti lemau, sebab boleh masuk angin lelama


Semua ada 6 bijik la kan... 1 set
Tapi raya ni saya cuma guna 3 bijik jer
Yelah, biskut raya ada beberapa jenis jer pun heehhe




Then, ada la pegi SSF Mesa Mall Nilai nak beli artificial plant
Terrbeli sekali 3 bijik balang kuih ni
Murah jer, ada 3 saiz. Saya amik 1 jer each size
Takyah beli sampai 6 bijik, bukan guna sangat pun


 Kerja Alish la ni, mama susun tak cantik
Haaa, cantik sangat la tu dia susun 




Flatlay katernya :P

Saya ni jenis tak suka ada banyak benda atas meja
Tak kira la coffee table ke, dining table ke
Ntah aper aper kan?
Lepas jer abes syawal, biskut pun abes
(Kecuali choc cip tu, sampai sekarang beberapa bijik jer luak)
Ada rasa susu, so saya tak makan, Dania Alish pun taknak jugak
Sayang pulak, dekat 50 bijik lagi tu



Apa pun, raya dah abes
Bekas-bekas ni pun dah selamat masuk almari hehehe
Sebab tu saya tak suka beli barang dapur 
Macam pinggan mangkuk, cawan segala tu ha
Mana perlu guna dan sentiasa guna jer ada
Sebab end up simpan jugak, buat penuh almari jer

Tapi, seksa jugak kan kalu orang datang
Hahhaa, datang #RumahAyuNizam jangan carik pinggan-mangkuk-cawan lawa yer
Sampai ke sudah takkan jumpa :P

No comments: