Tuesday, August 22, 2017

Deko Raya 2017| Ruang Tamu dengan Deko Bajet

Haaa, minggu depan nak raya haji dah, kita kaver deko untuk raya haji terus. Eh, raya haji ber-deko jugak ke korang? Rajin sungguh tu hahahaa.

Ni gambar saya snap masa bulan Syawal lepas la yer, dan bukan snap hari yang sama. Itu yang kedudukan throw cushion, bunga, balang kuih raya dan apa-apa jelah yang termasuk dalam gambar tu berbeza-beza. 

Selalunya yang rajin susun throw cushion, bunga dan balang kuih raya ialah Alish. Ya Allah, aku rasa OCD la budak tu ahhahaa. Mama buat tak cantik katanya, Alish buat lagi cantik. Haaa, kalu begitu, buatlah... Tapi, kalau mama dia alihkan, marah okey! Sabor je lah. Jauh beza dia ngan Dania. Dania langsung tak minat nak amik tau pasal rumah. 

Layan gambar je lah yer, ni menyambil update rekod Dexandra. Kena laju-laju sementara Ayra nap. Kang dah bangun dia, apa pun tak boleh buat huuuuhuu.


Ruang ni takder perubahan apa yer, just tukar sarung throw cushion jer 6 lai. Saja pilih colors of rangoli ni, nak kasik meriah sikit. Suram jer sebelum ni dengan kaler coklat dan cream ajer.

Ini namanya deko bajet ciputttttt. Beli throw cushion cap Kaison jer, tru personal shopper. 



Punyelah malas, nak bukak sarung sopa anta laundry pun malas
Tunggulah rajin, tukar ganti pakai yang bunge-bunge tu pulak, dah bertahun simpan ajer



Haaa, kan naik sikit serinya tu hehhee










So, dengan belanja less than RM100, dah boleh ubah suasana kat ruang tamu dan sopa anda. Nanti agak-agak dah boring, beli lagi sarung throw cushion. Setel!


No comments: