Dekorasi Artificial Plant| Pokok Viral SSF

Skang ni trending dekorasi guna artificial plant
Rasanya zaman saya sekolah rendah dulu dah ada dah trend ni
Sebab kakak saya pernah beli, masa tu banyak jual kat Ayer Itam

Skang, trend artificial plan dah timbul semula
Ni mesti kes tanam pokok idop pastu asik mati ajer
Hahhaha, mengata diri sendiri tau, bukan orang lain hehhe.

Penggemar deko jugak, rasanya mesti tau beberapa jenis pokok SSF yang tengah viral
Antaranya ialah 4 jenis pokok ni:

Monstera






Fiddle leaf fig
Source: SSF Website

Dan 2 jenis pokok yang daun dia kalu tengok hampir sama
Kalu silap tengok, boleh silap beli
Tapi, mata saya tengok, jauh bezanya haha
Satu daun runcing, satu lagi daun pisang


Ni yang ala daun pisang
Pinjam gambar yer Aty :)
Google, tak jumpa pulak gambar pokok ni

Haaa... lawa giler kan?
Outstanding okey bila letak pokok ni, sejuk mata mandang

Pokok memori daun pisang

Pic credit to Aku Bukan Bidadari


Daun pisang ni cantik.
Tapi, saya suka yang daun runcing
Sebab nak letak kat sudut tepi tv dan sliding door

Sky bird tree
(kot nama dia), daun runcing

Then, nak pegi beberapa hari sebelum nak balik raya tu
Nizam cakap, tunggu je la pegi lepas raya
Dia kan tak suka bersesak-sesak
Okey, bini yang taat sabar menanti sehingga lepas raya hahhaa

Tu yang pegi SSF Mesa Mall Nilai, bersekali dengan pegi Nilai 3
Yang nak beli carpet kat Carpet Prima, tapi tak jadi beli
Sebab tak berkenan.

Masa tu pergi 3 beranak jer, Dania Alish tak ikut
Alahai, stroller tak bawak, memula tu nizam dukung Ayra
Saya pulak, dah sampai kat SSF tu (level 1 jer)
Tak kasik nizam masuk, suh dia dan Ayra dok luar kedai jer

Sebab ada kerusi kat luar tu, dan situ memang takder orang pun
Lengang gilaa, korang boleh main badminton dalam tu hahaa

Saya tak kasik nizam masuk tu, motifnya taknak dia tau harga pokok ni hahaha
Kang kalu dia tau, mesti kuar ayat dia
"membazirrrrrrrr"
Tapi, nak jugak dia masuk sambil dukung anak
So redo jer la dia ikut hahhaha

Pastu bila dia tengok harga tu, dia kata mahalnya
Betul ke ni harga dia
eh ehhh, takkan la kedai nak letak harga memain kot 
Tu sajer jer la tu, psycho aku supaya bawak-bawak la mengucap hahaha

Saya cakap, papa diam jer la, dah lama ayu mengidam pokok ni.
Dia kata, ambik la yang kecik sikit, lagi lawa
Ahh, lawa tak lawa, dah saya berkenan yang besar jugak kan
Tu psychology jugak la tu, sebab yang kecik kan lagi murah harganya

Since saya tak jadi members lagi kat SSF tu
Sign up dulu as members (RM20 jer)
Pastu, dapat la beli dengan members price dan kebetulan masa tu masih lagi ada sale
Dapat la rega RM316+

Balik tu, gigih saya dukung Ayra dari dalam Mesa Mall tu ke parking
Sib baik dekat jer
Nizam pulak usung pokok viral-lah sangat SSF tu

Masuk jer dalam kete, dia cakap apa nak tau?

"Ayra, malam ni mama dah tak makan, mama dah kenyang makan daun rega 3 ratus"


Hahhahaa, hampehhhh sangat kannnnn. 
Tapi, apa pun, saya senyum sampai telingaa sebab pokok idaman kalbu dah berjaya dimiliki hehe



Next entry saya tunjuk saya deko-kan pokok tu macam mana.
Saja nak banyakkan entries hahahaaha.

Comments

Popular posts from this blog

De'Xandra Perfume: Top 10 Selling

Idea Deko| Dilema Rumah Sempit?

Resepi Solok Lada Original Terengganu