Thursday, August 24, 2017

Dekorasi Artificial Plant| Pokok Viral SSF

Ni sambungan entry ni yer Pokok Viral SSF

Daun pokok ni hijau dia memang cantik
Memang real macam pokok hidup

Jangan caya sangat gambar ni, sbb lighting teruk haha
Rumah ni hall dia gelap, saya pulak tak suka lampu
Nak snap gambar on lampu pun malas tak suka
Tu yang gambar saya snap tak berapa cantik
Konon beli camera samsung j7 untuk gambar cantik
Dah kalu tak reti nak ambik angel menarik
Tetap la nan hadoo cantiknya gambar tu

Boleh laa takat nak tengok tu kan :P

Pokok ni kalau tak silap tinggi 106cm kot (jangan caya sebab tak sure)
Tapi dia lagi tinggi dari saya :P

Sebab tu la pokok ni nampak outstanding kalau letak dekat corner
Cantik sangat!



Takkan la nak letak macam ni jer kan, dengan pasu tak semenggah ni
So kita boleh letak dalam bekas atau pasu yang lebih sesuai.



Tengok daun dia, cantik kan?
Sebab tu la harga pun alahai, tambah sikit lagi dah boleh beli wing chair ikea seketul!


Daun dia asalnya kuncup-kuncup jer tau
So, kita kenalah kembang-kembangkan daun tu, baru nampak real dan meriah gitu

Saya punya pokok dah cantik dikembang-kembangkan staf SSF
Sebab saya ambik yang display punya hahhaa
Pastu, siap pilih yang mana nampak paling lawooooo
Promoter SSF tu redho jer melayan makcik hakak cerewet ni



Saya ada beli bakul dari Spotlight (rasanya laaa) tru personal shopper
Mulanya letak fiddle leaf fig
Tapi, dah ada kesayangan baru ni, yang lama sila beri laluan yer hehee

Jom kita deko-kan pokok viral SSF ni dengan bakul

Begini bahan-bahannya 



Caranya, sumbat ajer la dalam bakul tu!
Haaa, kan cantek tuuuu.


Nak lagi cantik dan ada style?
Kita letak ini pulak!


Ada pokok jurai-jurai?
Kalau ada... kita letak pokok ni pulak as accecory tambahan




Begini...



Cantik kan?
Ehh sendiri buat sendiri puji hahhaha!
Matik ler perasan diri ni berseni lah sangattt




Dah siap!





PERHATIAN

Pokok ni memang cantik meletops!
TAPI... AWAS yer, hujung daun ni tajam dan agak keras

So, bahaya!

Kalau yang ada anak, saya tak galakkan.
Unless uols letak pokok ni dekat area yang jarang anak pegi
Ehhh, kita sendiri pun sesilap boleh kene
Takutt kalau kena mata huhuuuuu

Saya sendiri pun selalu pesan kat anak-anak dan suami hahaha

"Pokok tu tajam, jangan main kat situ, hati-hati"

Haaa, pesan kat anak dan laki kemahen lagi
Saya sendiri sebenarnya yang selalu pegi area ni
Sebab nak menyapu la, mengemop la, me-vacuum laaa
Dan yang tetiap hari buat ialah ikat & bukak tali langsir tu

So, kalau uols suka pokok yang ala-ala daun pisang tu
Pokok tu lebih selamat
Atau fiddle leaf fig pun lawa
Beli yang besorrr tu, harga lebih kurang sama jer

Tapi, kalau suka pokok ni pun boleh jer
Asalkan letak tempat yang jarang pegi, lalu lalang atau anak-anak main

Macam saya, area ni bebudak ni tak ke sini
Saya jer la yang selalu berisiko hahahhaa

Nizam cakap: 

"Takpe la kalu kena mata mama pun, pokok mahal kan.

nanti kena mata, papa carik la mama baru"

Hampeh tak sudahhhh hahhahaha.

Actually, saya ada pre-order pokok fiddle leaf tru online shopper
Tapi ni bukan SSF punya
Murah la banding yang SSF
InsyaAllah lepas raya haji kot sampai

Pasni, dah taknak beli apa-apa dah
Dok dediam sudah, dah semak dah rasanya rumah ni dengan pokok haha

Till then, nanti share lagi pasal deko-deko
Bye!


No comments: