Friday, August 25, 2017

Dekorasi Bilik| Antara Kelabu dan Pink

Nak kata saya ni suka pink, tak jugak
Dania lagi laaa, memang anti terus dengan kaler pink
Poyo betul, dia kata tak suka, warna pompuan sangat
Dah tuuu... awak tu lelaki ke hehehe

Tapi, untuk dekorasi bilik saya terrrsuka kaler pink
Ehh, suka ke, kebetulan ke, atau mindset tatau la
Bilik anak pompuan, pink paling sesuai
Padahal kalau pandai main kaler, cantik jer kaler lain pun kan
Apa pun, taste memasing

Haa, dalam suka pink pun
The one and only langsir kaler pink, ni jer pun hahhaa
Suka kaler dan langsir ni
Ala-ala pink belacan sikit, very nice kaler
Kain cap nagoya, murah jer, beli kat nagoya segamat rasanya
Pastu mak nizam jahitkan hehehe


Rindu pulak bilik ni masa guna katil bujang
Lapang jer rasa



Ni bila dah berkatil queen, amik kooo, sendat!
Katil rapatkan ke dinding, sebab nak bagi space untuk ruang solat
Tak cantik la macam ni, nak bukak-tutup langsir pun susah


Pastu, sebelum puasa, saja try tukar langsir kaler kelabu ni
Konon matching dengan kaler lukisan dan ada quilt baru ikea
Cenggini haaaaa.


Tapi, bila dah pasang tu, rasa macam kurang seri bilik ni
Malap dan terlalu gelap jadinya
Dah la langsir jenis block out, warna pulak kelabu gelap gini

Pastu 2 minggu lepas, orang datang nak check ekon 
Sebab ekon kat living hall dan bilik ni dah tak sejuk
So, bersepah la bilik ni bila dah tarik katil tu sebab nak panjat tengok ekon

Dah alang-alang bersepah tu
Terus la datang roh nak mengemas semula 
Nak tukar langsir, cadar dan ubah sikit susun atur bilik ni
Since saya pun dah tak naik sini buat keje sobbb sobbbsss

Ni gambar-gambar sebelum. Bersepah ngkooo!
Lepas raya kan, balik dari kampung
Amik masa nak kemas semula
Apa-apa main letak jer huhuhu, tak sempat nak kemas bebetul
Ada baby, banyak terbatas nak buat keje
Saya pulak, dah tengahari membawak ke petang
Saya malas dah naik berkemas, panas wehh tak sanggup!


Meja coklat tu yang letak dekat sofa masa raya hari tu
Pun dah bawak naik atas
Saya tak suka banyak barang kat bawah, nak kena ruang lapang jer
Rimas banyak barang



Bunga pun dah senget-senget dah huhuhu


Haaa, meja SOHO pujaan hati yang saya dok bertapa tu, dah jadi cenggini dah huhuuu



Kita tukar jer la langsir pink
Antara kelabu dan pink... pink jugak win!

Next entry gambar selepas dah siap!



2 comments:

Zie Azi said...

kemas dan cantik.. tersusun je..boleh ceduk idea ayu ni hehehe

Nona Qiyah said...

Pink lerr.. I love pink tp bukn yg trying gler tu